TARIKH : 13 MAC 2011 (AHAD)
LOKASI : TELUK BATIK, LUMUT
GELAGAT JURUFOTO
Di atas jambatan Marina Island
Warisan untuk generasiku
23 Mac 2011 Ulasan Dimatikan pada JAMBOREE LASAK MTB TELUK BATIK
TARIKH : 13 MAC 2011 (AHAD)
LOKASI : TELUK BATIK, LUMUT
GELAGAT JURUFOTO
Di atas jambatan Marina Island
02 Mac 2011 Ulasan Dimatikan pada Kayuhan Kota Puteri 2
TARIKH : 27 FEBRUARI 2011
LOKASI :KOTA PUTERI SEKSYEN 5
JARAK : 25 KM
21 Feb 2011 Ulasan Dimatikan pada KAYUHAN PAIP BESAR 2
TARIKH : 20 FEBRUARI 2011
LOKASI : KOTA PUTERI/BATU ARANG
JARAK : 25 km
20 Feb 2011 Ulasan Dimatikan pada KAYUHAN PAIP BESAR 1
TARIKH : 20 FEBRUARI 2011 (AHAD)
LOKASI : KOTA PUTERI – BATU ARANG
JARAK : 25 km
JUMLAH PENGAYUH : TIGA (3)
13 Feb 2011 2 Komen
TARIKH : 13 FEBRUARI 2011
MASA : 8.00 PAGI
Kayuhan ini disertai hanya empat (4) pengayuh tegar KSCC iaitu Sdr Ahmad Nasir, Sdr Sa’i, Sdr Asa’ari dan Sdr Zulkifli. Kayuhan bermula dari Kota Puteri, ke Bukit Mayong dan Taman Alam Jaya. Keadaan muka buminya berbukit bukau.
07 Feb 2011 Ulasan Dimatikan pada Kayuhan Ke UITM, Puncak Alam
Pada 06 Februari 2011, seramai tiga (3) orang pembasikal RB iaitu Sdr Ahmad Nasir, Sdr Mat Nasir dan Sdr Asa’ari telah menjejakkan kaki ke Kampus UITM, Puncak Alam. Rancangan asal cuma setakat Puncak Alam, tetapi di atas arahan Tuan Presiden yang telah berjaya mendapatkan keizinan daripada pihak keselamatan kayuhan diteruskan sekeliling kampus. [Nota : Setinggi penghargaan kepada pihak UiTM]. Ternyata kampus ini menyediakan kemudahan laluan khas berbasikal di sekitar kampus kepada para pelajarnya. Dengan landskap dan bentuk geografi yang menarik kayuhan keseluruhan sekitar kampus sahaja mencecah 10 km. Syabas kepada pihak pengurusan UiTM yang arif tentang hal ini.
Pihak kami tidak dapat memaparkan foto-foto yang menarik kerana Tuan Presiden tidak membawa kamera pada kali ini. Beliau berjanji akan mengulangi kayuhan ini di suatu masa nanti. Harap Maaf.
Kayuhan akan datang “ROMBONGAN ALUMNI UiTM KSCC”, terbuka kepada semua pembasikal yang rasa-rasa masih ada keinginan hendak menjadi “mahasistua”.
Catatan : Tuan Setiausaha, silakan menguruskan surat kebenaran lawatan daripada pihak pengurusan UiTM, Puncak Alam.
03 Feb 2011 Ulasan Dimatikan pada Kayuhan Pecah Tanah
Tarikh : 3/2/2011 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Hanya seramai 6 orang yang turut serta dalam kayuhan ini. Bermula di Taman Assam Jawa melalui Jalan Rancangan Tanah Kg Api-api ke Sasaran (Sg Buluh). Kayuhan disertai oleh Sdr Asa’ri, Sdr Zamri, Sdr Nahar, Sdr Reza dan Sdr Nasir melalui Jalan Bukit Kuching ke Jalan Rizab Deraman. Di Jalan Simpang Tiga Jeram, operasi pecah tanah dimulakan berhampiran kawasan kuari. Oleh kerana keadaan sekitaran yang tidak selamat, keputusan menangguhkan kerja-kerja seterusnya terpaksa diambil sehingga suatu masa kelak. Keberangkatan pulang pula melalui Jalan Pantai Jeram, dengan jarak keseluruhannya 64 km.
16 Jan 2011 Ulasan Dimatikan pada KAYUHAN ECO-5 BERADIK
Tarikh : 16 Januari 2011
Masa : 0800 pagi
Lokasi : Taman Damai Utama, Kuala Kubu Baharu
Penganjur : Assakinah Cycling Club
Peserta KSCC :
1. Ahmad Nasir bin Saji
2. Zulkifli bin Zali
3. Mat Rozi bin Noor
4. Mohd Ilham bin Mohd
5. Mohammmad Nur Azam bin Bahtiar
Foto-Slid Kayuhan Santai Eco-5 Beradik Assakinahcc:
09 Jan 2011 Ulasan Dimatikan pada Kayuhan Bersama Adun Batang Kali
Tarikh : 9 January 2011 (Ahad)
Lokasi : Kg Rasa Tambahan, Kuala Kubu Baharu
Destinasi Kayuhan : Empangan Sungai Selangor
Foto-Slid Kayuhan Bersama Adun Batang Kali
05 Dis 2010 Ulasan Dimatikan pada BERNAM JAYA MTB JAMBOREE 2010
Kelab Pengayuh Basikal Kuala Selangor (KSCC) tidak ketinggalan turut menyertai kayuhan ini. Seramai 14 orang pengayuh telah mengambil bahagian. Acara BJJ 2010 ini berlangsung di Bernam Jaya, sebelahan dengan Tol Tanjung Malim. Pihak penganjur iaitu PKNS MTB telah berjaya mengendalikan acara ini dengan baik tanpa sebarang kecacatan. SYABAS dirakamkan kepada semua petugas yang bernaung dan bersatu-hati. Khabarnya inilah satu-satunya acara yang terbaik untuk tahun ini dari segi penganjuran. Jamboree akan datang akan diadakan di KOTA PUTERI, IJOK.
Keputusan Rasmi :
1. 200 Lelaki Terbaik
2. 10 Wanita Terbaik
02 Nov 2010 Ulasan Dimatikan pada JAMBOREE KUALE 2010
Seramai 18 orang ahli KSCC telah menyahut cabaran kali ini. Dengan enam (6) kenderaan mereka telah bergerak ke Kuala Kangsar seawal jam 2.00 petang. En.Mat Rozi memulakan perjalanan bersama ahli-ahli keluarganya sekaligus balik kampung melalui Hilir Perak. Tuan Cyfu bergerak jam 2.15 petang bersama En.Zul Zali dan En.Jamali (Chef de Mission) melalui Lebuhraya PLUS. Tiba di KK jam 4.30 petang terus menguruskan pengambilan Goodies. Sementara menunggu ketibaan Mat Rozi, ronda-ronda Kuale. Manakala empat (4) lain bertolak jam 5.00 petang melalui Hilir Perak. Mereka tiba pada jam 8.00 mlm, terus ke tempat penginapan Homestay No.46, Tmn Raja Bendahara, Bukit Chandan. Seperti biasa sebelum tidur, semua jentera diperiksa dan diselenggara terlebih dahulu.
Tepat jam lima (5), ayam telah berkokok untuk mengejutkan mereka yang masih diulit mimpi. Persiapan teliti dilakukan sebelum bertolak ke tempat permulaan. Jamboree kali ini menampilkan kehebatan peserta KSCC menamatkan dan melalui semua kelima-lima check point dengan jayanya. SYABAS!
http://images.travelpod.com/bin/tripwow/flash/tripwow.swf
10 Okt 2010 Ulasan Dimatikan pada Kayuhan Kolam Udang
Tarikh :10 Oktober 2010
Lokasi : Kolam Udang, Kg Pasir Tuntong, Kuala Selangor
From Kayuhan Kolam Udang |
18 Mei 2010 2 Komen
Apabila diwar-warkan acara ini di laman Facebook oleh Sdr Jai (JBC) dan Sdr Assry (PujMac), penulis mula berkira-kira tentang agenda pada bulan berkenaan. Sebenarnya sudah lama tidak menjengok tempat ini yang telah banyak meninggalkan kenangan pahit-manis, suka-duka, susah-senang kehidupan sekitar tahun 70an dan 80an.
Sila Klik DI SINI untuk keterangan lanjut.
Alamat HOTEL PENGINAPAN
Kami ahli-ahli daripada KUALA SELANGOR CYCLING CLUB (kuSCyC) akan turut serta untuk memeriahkan acara ini. Di samping itu, kesempatan diambil untuk melihat semula suasana Kuala Lipis tiga (3) dekad yang lalu. JUMPA DI SANA KEUTAMAANNYA ANAK-ANAK LIPIS DAN RAUB KHUSUSNYA. JOM KITE KAYUH WEHHH.
08 Mei 2010 Ulasan Dimatikan pada Kayuhan KSCC-PUJMAC
Acara : Lawatan Sambil Berkayuh
Tarikh : 8 Mei 2010
Lokasi : Kuala Selangor
Destinasi : Bukit Malawati-Keramat Tanjung-De Palma-Villa Malawati-Pekan-Telok Piai-Kg Sepakat-Telok Penyamun-Kg Kedah-Kg Kuantan (Kelip-kelip)-Jln Keretapi Lama-Bandar Baru-Kg Baru -Kolam Udang – Tmn Malawati Jaya-Bandar Malawati.
06 Mei 2010 Ulasan Dimatikan pada JASIN MTB JAMBOREE 2010
Acara jamboree ini telah di adakan pada 2/5/10 di Stadium Jasin, Melaka yang lalu. Seramai enam (6) orang ahli Kuala Selangor Cycling Club (KuSCyC) telah menyertai kayuhan sejauh 50 km. Empat (4) orang daripadanya telah berjaya menamatkan kesemua 4 Check Point, seorang 2 Check Point dan seorang lagi terpaksa menamatkan di awal kayuhan kerana basikalnya mengalami kerosakan mekanikal (rantai putus).
Kami semua telah bertolak dari rumah pada 1/5/10, jam 11.00 pagi dengan dua kenderaan mengangkut basikal dan pengayuh. Perjalanan dimulakan dengan singgah di Kedai Basikal CMS, Shah Alam untuk membeli keperluan basikal.
Pada awal kayuhan terjadi masalah salah laluan, sebahagian besar pengayuh terpaksa berpatah balik ke laluan yang betul.
20 Apr 2010 2 Komen
Putrajaya Critical Mass kali ini diadakan khusus untuk menyambut ulang tahun kedua. Perkara ini diwar-warkan pada kayuhan yang lepas. Para pengayuh yang berkesudian dialu-alukan datang dengan membawa buah tangan yang termampu. Kita akan sama-sama memeriahkan sambutan tersebut pada malam itu. Sila bawa ramai lagi rakan-rakan.
Tarikh : 30 April 2010
Tempat : Istana Keadilan (Mahkamah)
Tempat letak kereta : Sebelah Istana Keadilan arah selatan.
Masa berkumpul : 9.00 mlm
Nota :
Sebarang perubahan sila rujuk blog Putrajaya Critical Mass
13 Apr 2010 Ulasan Dimatikan pada MEREDAH SENTOSA
Kali ini seramai lima (5) ahli KuSCyC menerjah dengan berani Bukit Sentosa bersama pasukan Sentosa Cycling Team, KayuhBeb, PKNS MTB, Penjara Sg Buloh, Tasik Puteri dan peserta solo. Terima kasih kepada tuan rumah SCT yang sudi menerima kami walaupun tidak menerima kad jemputan. Budi tuan-tuan besar maknanya. ketibaan kami di sambut mesra di Tol Bukit Beruntung, mana ada orang buat masih ini zaman sekarang. Itu yang buat kami amat terharu.
09 Apr 2010 2 Komen
Pelaksanaan program pada tahun lepas yang baik, telah mendorong pihak penganjur mengulanginya sekali lagi pada tahun ini. Syabas diucapkan.
Untuk mengimbau peristiwa, sila kliks DI SINI, juga DI SINI
Sehingga berjumpa lagi di sana.
07 Apr 2010 Ulasan Dimatikan pada SEDIA REDAH DAN TERJAH JASIN MTB JAMBOREE 2010
Ahli-ahli KUSCyC (Kuala Selangor Cycling Club) telah sedia untuk meredah sekaligus menerjah sebarang halangan dengan keazaman fizikal dan mental. Kali ini Kuscyc menghantar seramai lapan (8) orang ahli yang perkasa untuk menyahut cabaran di bumi Hang Tuah.
1. 301 Sdr Zulkilfi
2. 303 Sdr Azzrul Azzrin
3. 304 Sdr Asari
4. 305 Sdr Nahar
5. 306 Sdr Amat Nasir
6. 307 Sdr Sa’i
7. 308 Sdr Ijass
8. 479 Sdr Zaidi
Walaupun masa berlangsung lebih kurang sebulan daripada sekarang, latihan untuk memantapkan stamina dan ketahanan fizikal telahpun bermula. Sebahagian ahli Kuscyc terpaksa menggantungkan diri basikal RoadBike masing-masing buat sementara waktu. JUMPA DI SANA.
29 Mac 2010 Ulasan Dimatikan pada REDAH BUKIT FRASER
Hasrat kalangan ahli KUSCYC untuk meredah Bukit Fraser suatu masa nanti sememang sudah ada di dalam Rancangan Program Tahunan. Program ini cuma ditunda supaya masa yang secukupnya dapat dilaksanakan dengan baik termasuk menjadikannya salah satu program keluarga. Jemputan daripada rakan blog Kayuhbeb dan Assakinah sebenarnya tidak mampu ditolak, nafsu kayuhan meledak ke tahap 360 darjah. Dalam masa yang tersingkat, semua ahli diwar-warkan untuk menyahut cabaran ini. Hasilnya seramai lima (5) orang ahli KUSCYC turut serta dengan semangat waja. Seramai tiga (3) orang menggunakan jentera MTB dan dua (2) jentera RB termasuklah sebuah jentera “old skool”. Saya berdua bertolak seawal jam 6.30 pagi seusai solat subuh untuk bergabung dengan kumpulan bertiga di Pekan Assam Jawa. Penantian melajak ke jam 7.00 pagi, barulah kami semua bertolak bersama menempuhi Kuala Selangor-Kota Puteri-Batu Arang-Bandar Tasik Puteri-Rawang-Sg Choh-Serendah-Batang Kali-Rasa-Ampang Pecah-Kuala Kubu Bahru. Jam 8.15 pagi kamipun tiba di tempat mereka berkumpul, sesi bersua kenal alah kadar sambil mempersiapkan jentera dan menjamu selera sebagi alas perut. Tepat jam 9.00 pagi para pengayuh memula kayuhan dalam kumpulan sambil diiringi oleh penjuang ASSAKINAH.
Lagi ada foto DI SINI
17 Mac 2010 Ulasan Dimatikan pada JELAJAH BERBASIKAL 3 DAERAH
TARIKH :16,17 MAC 2010
DESTINASI : KUALA SELANGOR-BATANG BERJUNTAI-SG TENGI-KG SOEHARTO-SG PANJANG-SG HJ DORANI-SG BESAR-SEKINCHAN-TANJONG KARANG-KUALA SELANGOR
PERSONALIA : AHMAD NASIR , MAT NASIR, MOHAMMAD SAI
14 Mac 2010 Ulasan Dimatikan pada BERKAYUH LAGI KE KOTA PUTERI
Cadangan untuk berkayuh ke Bukit Kapar terpaksa ditunda ke suatu masa yang belum ditetapkan. Untuk menghilangkan sakit badan, kami berlima (5) iaitu Sdr Ijass, Sdr Sa’i, Sdr Nasir, Sdr Nahar dan Sdr Azzrul (Aboy) telah sepakat untuk mendaki Bukit Menara di Kota Puteri. Kayuhan bermula jam 8.00 pagi melalui laluan Jalan Rawang-Jalan Kelab/Bukit Rotan-Jalan Kuala Selangor-Kota Puteri-Jalan Batu Arang-Kota Puteri-Jalan Kuala Selangor-Assam Jawa-Jalan Klang-Kuala Selangor. Jarak perjalanan keseluruhan 66 km, masa diambil lebih kurang empat (4) jam. Pada mula cuaca mendung, tiba di Ijok hujan turun dengan lebatnya, kami terpaksa berhenti untuk berteduh dan bersarapan pagi lebih sejam lamanya. Perjalanan diteruskan setelah hujan bersidang.
04 Mac 2010 2 Komen
Penulis mempunyai hasrat untuk melestarikan pelbagai jenis basikal. Walaupun disedari tentang kemunculan model basikal terkini lebih menarik, tetapi basikal model lama tidak sepatutnya dilupakan begitu sahaja. Misalnya, banyak pemilik basikal “RoadBike” atau MTB akan menyimpan basikal lama ke dalam stor simpanan atau terbelangkai terbiar di tepi rumah, bawah rumah atau belakang rumah. Akibatnya ianya menjadi sasaran pencari besi lusuh, kesannya lenyaplah riwayat sebuah basikal yang suatu ketika dulu sama gagah membelah lapangan. Nasib ini serupa dialami oleh basikal tua/antik/klasik (utiliti), yang cukup terkenal sebagai salah satu bentuk kenderaan yang serbaboleh pada masa silam.
Dalam usaha ini, penulis terasa berat untuk merealisasikan tanpa dorongan dan sokongan pelbagai pihak. Pengalaman penulis tentang basikal tua, sukar digambarkan keperitannya terutamanya untuk mendapatkan maklumat tentang sesebuah basikal itu. Kedangkalan pengetahuan dan rujukan yang amat terhad menambahkan lagi kesukaran tersebut. Setelah melihat dan mengalami sendiri penglibatan para pengayuh basikal dalam beberapa acara kayuhan yang telah diadakan, terdapat beberapa individu menaruh minat ke arah melestarikan basikal lama. Mereka berusaha mengekalkan keadaan fizikal seperti asal, mengubahsuai, menaikgred dan mengubah untuk tujuan khusus.
Sebagai permulaan kita timba ilmu di SINI
01 Mac 2010 2 Komen
Penyertaan sulung ahli-ahli KUSCYC dalam acara jamboree telah memberi kesan gaya diri yang mendalam. Mereka telah menimba semacam pengalaman yang sukar diperolehi sebelum ini. Rata-rata mereka agak teruja untuk terus menyertai aktiviti berkayuh basikal lasak ini. Kecuali penulis yang telah melalui pengalaman tanpa dorongan daripada oranglain, yang lain terutamanya Sdr Asari, Sdr Saei dan Sdr Nahar telah dimotivasikan sebelum ini. Keyakinan yang tinggi telah membawa mereka ke Seri Iskandar. Mereka teramat berpuas hati, waima pihak penganjur sendiri telah berjaya mengadakan prasarana yang kelas. Bagi ahli yang tidak dapat turut serta iaitu Sdr Nasir dan Sdr Zul, mereka terasa terkilan dan cuma menimba cerita sahaja. Untuk merasakan bahang panas Seri Iskandar, kami telah berkayuh berpakaian jersey SIMTB2010 dari Kuala Selangor-Batu Arang (pergi-balik) sejauh 88 km. Pada hari Sabtu (27/02/2010) seawal jam 08.00 pagi kami berempat telah berkayuh secara santai, seraya mempromosikan aktiviti berbasikal sempena LtDL. Semasa berehat di persimpangan jalan ke UNISEL di Kg Rantau Panjang, tak semena-mena kami disapa oleh pasangan suami-isteri pengayuh daripada Scotland. Mereka berdua memulakan kayuhan daripada Shah Alam melalui Lebuhraya Guthrie-Jalan Kuala Selangor-Jalan Bukit Badong-Jalan Rawang-Lebuhraya PLUS.
Sebenarnya saban minggu ramai pengayuh daripada sekitar Lembah Klang menggunakan laluan di atas serta menjadikan Batang Berjuntai sebagai “transit”. Kami akan cuba menjejaki mereka jika ada kesempatan.
22 Feb 2010 Ulasan Dimatikan pada REDAH SERI ISKANDAR
Inilah penyertaan sulung pasukan KUSCYC pada tahun ini. Sebagai pasukan yang baru, penyenaraian seramai enam (6) orang pengayuh hanya dapat disempurnakan oleh empat (4). Yang lain terpaksa menarik diri di saat akhir kerana ada urusan penting. Kami bertolak pada hari Sabtu jam 3.00 petang dan tiba di tempat penginapan pada jam 6.30 petang. Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang ahli Kakikayuh yang telah tiba awal dan mereka jugalah yang tempat membantu untuk menguruskan tempat penginapan untuk kami.
Lebih banyak foto di SINI
16 Feb 2010 4 Komen
Setelah lelah berkayuh di jalan raya, hari ini (16/02/10, Selasa) bersama isteri berkayuh pula di Taman Alam Kuala Selangor (Kuala Selangor Nature Park). Taman ini dibuka pada tahun 1987 oleh Malaysian Nature Society (MNS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Kawasan seluas lebih kurang 800 ekar merupakan tempat tinggal pelbagai hidupan liar habitat tanah bakau. Hutan bakau daripada kategori sekunder ini yang telah dipulihkan meliputi kawasan sekitar tebing Kuala Sg Selangor dan Selat Melaka. Terdapat sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar di sini yang menjadi tempat persinggahan pelbagai jenis burung. Penerokaan ke kawasan hutan ini samada berjalan kaki atau berbasikal melalui denai yang disediakan menggamit kedamaian bakal pengunjung yang mencintai keindahan alam sekitar. Hasrat rakan-rakan untuk berkayuh di sini sebenarnya telah lama terpendam. Kesempatan kali ini penulis dan isteri gunakan untuk merintis laluan baru. Kerjasama daripada pihak taman yang mengizinkan kami berkayuh akan menjadi daya tarikan hiliran kepada pengayuh lain yang sering menjadikan Kuala Selangor sebagai destinasi mereka.
16 Feb 2010 Ulasan Dimatikan pada REDAH SAKAN
Orang lain beraya, kami berkayuh, semalam (15/02/10, Isnin) berkayuh bersama rakan baru Aru dan anak daripada Bangi dan kelmarin (14/02/10, Ahad) berkayuh bersama Sdr Ken dari Beskal.com.
Laluan Jalan Rawang-Jalan Saga-Jalan Kuala Selangor-Jalan Batu Arang-Jalan Rawang (Dari Kuala Selangor-Ijok-Kota Puteri-Batu Arang-Rantau Panjang-Batang Berjuntai-Kuala Selangor) jarak keseluruhan 88 km. Kami berempat iaitu Sdr Asari dan anak, Sdr Nasir dan Sdr Ijass bertolak daripada Kuala Selangor jam 08.00 pagi melalui Jalan Rawang ke Jalan Saga sebelum bergabung dengan Sdr Aru dan anak bujangnya di Stesen Petronas Simpang Ijok. Perjalanan memakan masa 50 minit dengan kelajuan purata 25km/jam.
Kayuhan diteruskan menuju Kota Puteri melalui Jalan Kuala Selangor sebelum memasuki Jalan Batu Arang (Menara). Pendakian yang panjang mula terasa mencengkam otot-otot maskulin. Semua jejaka yang hebat berjaya mendaki tanpa rungutan.
13 Feb 2010 Ulasan Dimatikan pada REDAH PANTAI
Hari ini ramai kalangan ahli-ahli Kuscyc mengambil kesempatan balik kampung sempena Cuti Tahun Baru Cina. Mereka sedang sibok menyediakan juadah makanan istimewa pada pagi ini untuk majlis makan malam nanti. Dalam kesibokan itu, pagi ini kami berempat yang tidak ada peluang balik, telah berkayuh meredah pantai. Bermula dari rumah penulis singgah di Kg Assam Jawa menunggu Sdr Asari, Sdr Nasir dan anak bujangnya. Tetap jam 0850 pagi kami bertolak menyusuri Kg Pasir Tuntong, Sasaran, Bukit Jeram, Jalan Tok Sulaiman, Pantai Jeram, Pantai Remis dan Kg Sungai Sembilang.
Lagi foto di SINI
09 Feb 2010 Ulasan Dimatikan pada REDAH KEBUN SERAI
Keadaan mukabumi yang rata dan landai di sekitar Kuala Selangor tidak cukup mencabar untuk pembasikal yang tegar. Beberapa laluan denai dicari untuk mengwujudkan sedikit kesukaran semasa kayuhan. Petang ini (9/2/2010), seramai enam (6) orang ahli KUSCYC telah melakukan misi redah kebun serai di Kg Assam Jawa. Bermula jam 5.30 petang Sdr Nasir dan Sdr Saei telah berada di hadapan Kompleks PKNS menunggu rakan-rakan yang lain. Lihat urutan peristiwa melalui rakaman foto di bawah.
Lagi foto DI SINI
08 Feb 2010 Ulasan Dimatikan pada REDAH SAJA
Sejak akhir-akhir ini ahli KUSCYC pantang ada masa kelapangan. Tidak mengira masa samada pagi atau petang, pasti turun berkayuh. Lokasi kayuhan tidak setakat jalanraya tetapi meliputi juga laluan luar bandar. Dipendekkan ayat “redah saja”. Cadangan terbaru daripada salah seorang ahli, hendak meredah waktu malam pula. Saya cuma bernasihat, tunggu masa yang sesuai sehingga pihak berkuasa memasang lampu jalan sepanjang laluan yang dicadangkan. Di bawah ini dipaparkan beberapa peristiwa yang telah berlaku dalam kategori REDAH SAJA. Para pembaca boleh menilai kesungguhan mereka untuk menarik dan mengajak pengayuh baru untuk bergabung dengan kami.
07 Feb 2010 2 Komen
Kayuhan ini sebenarnya bermula daripada Simpang Ijok melalui Jalan Kuala Selangor ke Kota Puteri. Dari sini ke Batu Arang melalui jalan alternatif ke Menara Pemancar Radio dan Telekomunikasi yang berada di puncak bukit yang tertinggi. Itu sebabnya di kalangan penduduk tempatan menyebutnya sebagai “jalan menara”. Ketinggian bukit tak dapat dipastikan, tetapi tampak kelihatan daripada Jalan Kuala Selangor.
Pada 07/02/2010 seawal jam 6.30 pagi Sdr Saie telah menjemput penulis terlebih dahulu sebelum yang lain-lain. Pengayuh yang turut serta ialah penulis, Sdr Saei, Sdr Nasir dan Sdr Asari. Kayuhan ini sebagai latihan tegar sebelum ke SIMTB2010 nanti.
[Kualiti foto kurang memuaskan, kerana menggunakan telefon PDA]
Di persimpangan jalan ke Batu Arang dari Kota Puteri
Di Pekan Batu Arang kami singgah untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Tasik Puteri. Di pertengahan Lebuhraya BTP kami berjumpa tiga (3) orang pengayuh daripada Rawang yang berhenti di hadapan SMKA Rawang. Berkenalan lebih kurang, perjalanan diteruskan ke Jalan Rawang yang dipenuhi selekoh tajam. Perjalanan di bawah naungan pepohon bukan sahaja meredupkan tetapi terasa banyak oksigen segar memasuki rongga pernafasan. Keletihan tidak terasa sehingga kami berhenti rehat di persimpangan ke KOPEDIK. Laluan berjajaran dengan Selangor Fruit Valley sangat panas hingga ke Pekan Batang Berjuntai. Untuk mengelakkan panahan bahang matahari berterusan kami melencung ke jalan kampung di bawah teduhan dedaun kelapa sawit. Kami sekali lagi berhenti untuk mengisi air minum yang telah habis di Warung Pak Hitam di Jalan Dato Karjan Bukit Badong. Penulis pekena air nenas sejuk, diikuti rakan-rakan yang lain. Selesai kami meneruskan kederat ke Simpang Ijok. Keseluruhan jarak kayuhan ialah 56 km di permukaan geografi yang landai dan berbukit-bukau. Semua pengayuh di dalam keadaan yang baik.
01 Feb 2010 10 Komen
Penantian selama ini untuk berjelajah dengan basikal akhirnya tercapai. Walaupun tidak sepenuhnya, rasanya amat praktikal dicuba dahulu. Seramai empat (4) orang ahli KUSCYC serta seorang ahli Kakikayuh telah tersahut cabaran yang diwar-warkan oleh Sdr Haris Kelolo. Program KEMBAS 2010, telah berlangsung pada 30/01/2010 bermula daripada Gombak dengan disertai oleh lima (5) orang pembasikal. Ketibaan mereka pulak disambut oleh ahli-ahli Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC) dan Kakikayuh di Stesen Trem, Kuala Selangor pada jam 11.45 pagi.
Kayuhan diteruskan jam 12.00 pm melalui jalanraya utama K.Selangor-Teluk Intan. Laluan ini melewati Pekan Tanjung Karang, Sekinchan, Pasir Panjang, Sg Nibong, Simpang Lima, Sg Besar dan Sabak Bernam. Melepasi sempadan Perak/Selangor kayuhan diteruskan oleh kelompok asal. Pasukan KUSCYC berbalik balik melalui Jalan Pasir Panjang danTerusan Utama (Ban Canal). Dalam perjalanan pengayuh kehabisan air minuman, terpaksalah singgah di sebuah warung di Kg Seri Gambut untuk mengisi bekalan. Kayuhan diteruskan melalui Kg Sawah Sempadan-Kg Sg Gulang-Gulang-Jalan Utama dalam keadaan gelap. Berbantukan lampu jalan dan kenderaan lalu-lalang kayuhan diteruskan sehingga ke rumah masing-masing lebih kurang jam 7.45 malam. Lagi
28 Jan 2010 Ulasan Dimatikan pada Penyertaan ke SIMTBE2010
Maklumat selanjutnya, Sila Kliks DI SINI
0457 | Ahmad Nasir Bin Saji | M | L | Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC) |
0458 | As’Ari Bin Hj.Salleh | M | L | Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC) |
0459 | Amat Nasir Bin Agale | M | L | Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC) |
0460 | Nahar Bin Sharif | M | L | Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC) |
0461 | Zulkifli Bin Zali | M | L | Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC) |
Kali ini pasukan KUSCYC hanya dapat menghantar seramai enam (6) peserta sahaja termasuk seorang peserta iaitu Sdr Mohd Sai’e bin Mahmood (0435) yang bernaung dengan pasukan Kakikayuh. Beliau baru sahaja menyertai pasukan ini. Penyertaan ini merupakan titik mula penglibatan aktif dalam Jamboree yang di adakan pada tahun ini. Dengan pertambahan ahli-ahli di masa akan datang, dijangka pasukan KUSCYC akan mampu menghantar lebih ramai lagi peserta. JUMPA DI SANA
18 Jan 2010 1 Komen
Tarikh : 17/01/2010
Ahli KSCC yang kayuh : Sdr ijass (Tbolt), Nahar ()Tbolt) dan Zul (Bianchi)
Kolaborasi dengan BC Kelolo.
Mula kayuh : 8.30 am
Tamat : 11.30 am
Kami bertiga bertolak daripada rumah penulis jam 7.00 pagi dengan sebuah kereta melalui Jalan Kuala Selangor. Tiba di FRIM jam 8.00 pagi, kereta di “parking” di hadapan Tokong. Kelihatan telah ramai kehadiran pembasikal daripada merata tempat. Sementara menunggu Sdr Haris Kelolo, kami mempersiapkan jentera masing-masing. Kali ini Sdr Zul buat kejutan awal pagi dengan jentera baru dibeli jenama Merida. Sehari sebelum acara beliau sibok mengendalikan Proton TBlazenya, alah-alah pagi itu yang muncul Bianchi rupanya. Ada pula cerita menariknya. Kayuhan ini merupakan satu peristiwa menyahut undangan terbuka daripada Sdr Haris tempohari. Waima keinginan dan hasrat yang tinggi untuk berkayuh di “trail” yang mencabar telah membawa kami semua ke sini. Selama ini kami hanya berkayuh di permukaan landai. Disajikan foto-foto yang sempat dirakamkan.
18 Jan 2010 2 Komen
Telah berlangsung pada 16/010)2010 (Jumaat) jam 9.00 mlm di Restoren Deris, Pantai Jeram, Selangor. Lebihkurang 60 orang ahli-ahli Kelab Basikal Speed Ontell serta ahli keluarga turut memeriahkan majlis jamuan makan malam tersebut. Majlis diserikan pula dengan kehadiran dua (2) ahli Kuala Selangor Cycling Club (KSCC) iaitu Sdr Ijass dan Sdr Nahar sebagai tetamu yang tidak diundang tapi tetap datang. Terima kasih setinggi langit kepada warga SOT dan daun keladi, lain kali jemput lagi. Pada kesempatan itu, kami bersua dengan rakan-rakan sekayuhan yang pernah turut serta dalam acara-acara PCM, Hash dan Jamboree yang pernah diadakan sepanjang tahun lepas. Dengan itu bertambah mesra lagi suasana majlis berkenaan.
Lagi foto klik DI SINI
16 Jan 2010 4 Komen
Kedua-dua pengayuh ini mempunyai nama dan kerjaya yang sama. Ditambah minat mengayuh tidak pernah luntur kecuali hujan, kerana mereka takutkan petir dan kilat. Setakat air hujan dan panas sang mentari masih mampu digapai. Seperti yang dijanjikan hari ini mereka memulakan kayuhan dari Assam Jawa ke Puncak Alam. Sebelum itu Nasir 1 yang lebih mesra panggilannya dalam dunia blog sebagai ijass menunggu pembasikal di Stadium K.Selangor jam 7.30 am. Cuma Sdr Nahar yang ada tetapi beliau telah memaklumkan hanya berkayuh sekitar Bkt Malawati sahaja kerana ada urusan kerja. Jam 7.45 am beliau bertolak ke Assam Jawa seorang diri dan bergabung dengan Nasir 2 lalu bertolak jam 8.15 am. Jalur laluan ialah Assam Jawa-Sasaran-Kg Bkt Kuching-Kg Bkt Cherakah-Jln Deraman-Puncak Alam.Jalan yang diiikuti kebanyakannya adalah jalan kampung. Telah menjadi kemestian ahli KSCC telah sepakat untuk mengelakkan daripada menggunakan laluan utama yang sibok dan sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Laluan yang digemari ialah jalan kampung yang lengang dan nyaman. Di Puncak Alam setelah berehat untuk bersarapan, kedua-dua pengayuh berangkat pulang menggunakan laluan yang sama. Jarak perjalanan keseluruhan ialah 62 km dan purata kelajuan jentera pula ialah 20 km/jam.
15 Jan 2010 1 Komen
a) KUALA SELANGOR-PUNCAK ALAM
Jalur : K.Selangor – Sasaran – Bkt Hijau – Puncak Alam – Bkt
Kapar -Bkt Kerayong – Jeram – K.Selangor
1. Tarikh: 16 Januari 2010
2. Masa / Tempat Berkumpul 1 : 07.30 am /
Stadium K.Selangor
3. Mula Kayuh 1 : 07.45 am
4. Masa /Tempat Kumpul 2 : 8.00 am / Depan Restoren
Ramli, Tmn Assam Jawa
5. Sambung kayuh : 08.15 am
6. Penyertaan : TERBUKA
7. Kategori Basikal : RB/MTB/TB
b) FRIM, Kepong
Kolabarasi dengan GLC (Haris Kelolo)
1. Tarikh: 17 Januari 2010
2. Masa Berkumpul : 08.00 am
3. Mula Kayuh : 08.30 am
4. Tempat Kumpul : Pintu Utama Frim
5. Penyertaan : TERBUKA (Beginner)
6. Kategori Basikal : MTB
7. Bayaran masuk : RM3.00 per basikal.
Nota : Ahli-ahli KSCC bertolak dari rumah No.71
jam 6.30 pagi.(keluar awal untuk dapatkan
ketenangan)
14 Jan 2010 1 Komen
Menjelang tahun 2010, promoter perlumbaan motor Sepang International Circuit (SIC) menganjurkan acara kayuhan kriterium basikal lumba (RB) dan basikal gunung (MTB) pada 24 Januari 2010 dikenali Kencana-SIC Bikeathon 2010. Acara kayuhan ini turut ditaja oleh Kencana Petroleum berlangsung dalam dua (2) peringkat. Kayuhan kriterium (basikal lumba/RB) diadakan sebelah pagi di atas litar perlumbaan dan pada sebelah petang pula diadakan cabaran MTB di sekitar prasarana litar.
Untuk keterangan lanjut sila klik di SINI. Hadiah menarik disediakan sehingga lima ribu ringgit (RM5,000), terbuka kepada peserta dari usia 18 tahun ke atas hingga veteran berusia 45 tahun ke atas. Terdapat juga acara khas untuk kanak-kanak.
Maklumat lanjut tentang acara dipertandingkan dan borang penyertaan sila klik DI SINI
08 Jan 2010 1 Komen
Cadangan kayuhan tersebut diusulkan oleh geng Beskal.com. Sdr Ken memilih Kuala Selangor sebagai landasan mula untuk Kembara Pangkor yang akan diadakan pada 26-28 Feb 2010 nanti. Kami geng baru Kuala Selangor Cycling Club akan turut memeriahkan kehadiran mereka nanti. Penyertaan dialu-alukan kepada kalangan pembasikal yang berada sepanjang laluan terutama Shah Alam, Klang, Meru, Kapar. Lagi ramai lagi seronok.
SELAMAT DATANG KEPADA GENG BESKAL.COM ke KUALA SELANGOR INDAH DAN BERSEJARAH.
MAKLUMAT LANJUT DI SINI
BERITA TERKINI, DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU PIHAK PENGANJUR TELAH MENGUBAH HALUAN KEMBARA KE KUALA KELAWANG . PENULIS INGIN MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA DI ATAS MAKLUMAT YANG TERTERA DI ATAS. UNTUK KETERANGAN SELANJUTNYA, SILA LAWATI BLOG BERKENAAN. TERIMA KASIH.
06 Jan 2010 6 Komen
Cadangan Kayuhan Kuala Selangor – Sekinchan
Penyertaan : Terbuka dan Percuma (Ahli Kuala Selangor Cycling Club WAJIB)
Tarikh/Hari : 09 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat Berkumpul : Stadium Kuala Selangor
Masa Berkumpul : 7.30 AM
Masa Bermula : 7.45 AM
Laluan : Sila Rujuk Peta Di Bawah
Keperluan :
a) Basikal MTB/RB/TB dalam keadaan baik dan perkakasan.
b) Bekalan makan-minum dan sedikit duit untuk belanja.
c. Persalinan bersih (untuk solat), jika lambat balik.
——————————————————————-
Ulasan:
Kayuhan ini hanyalah disertai oleh tiga (3) orang pengayuh iaitu saya, Cikgu Asari dan Cikgu Nasir. Ahli-ahli yang lain tidak dapat bersama kerana ada urusan rasmi. Aboy ke Sarawak, Nahar betulkan basikal dan Zul ada urusan penting di saat akhir. Laluan asal terpaksa diubah kerana terdapat jalan yang ditutup kerana kerja perparitan JPS. Bertolak dari Stadium K.Selangor tepat jam 0745 melalui Route 5 ke Kg Sg Gulang-gulang – Parit Serong – Kg Tiram Jaya – Kg Sawah Sempadan – Kg Seri Gambut – Jalan Ban Canal – Parit 6 Sg Burong – Sekinchan. Kami berhenti rehat untuk mengisi perut di Tmn Ria, Sekinchan setelah berkayuh selama 2.5 jam. Tepat jam 1045 pagi kami bertiga bertolak pulang melalui jalan kampung sepanjang petak sawah padi sehingga ke Parit 1, Sg Sireh. Kemudian melencong ke jalan utama (Route 5) ke Pekan Tg Karang. Di Pekan Tg Karang, kami singgah sebentar di kedai basikal untuk membeli tiub basikal yang telah saya pesan dua (2) minggu lepas. Perjalanan diteruskan melalui Route 5 sehingga ke rumah. Jarak perjalanan ialah 90km (K.Selangor) / 95km (Assam Jawa). Pengayuhan kali ini tanpa rakaman foto kerana penulis/jurufoto kehilangan kedua-dua kamera DSLR dan compact tempohari. (Tengah kumpul duit beli kamera yang lain).
30 Dis 2009 Ulasan Dimatikan pada CUTI DAH HABIS
Sepanjang bulan Disember tidak banyak aktiviti meng”update” dapat dilakukan. Ini disebabkan masalah pihak Telekom menyambungkan semula talian telefon dan internet ke rumah baru. Kelalaian penulis membaca kemungkinan yang akan berlaku menyebabkan kesalahan ini seolah-olah dicampakkan kepada oranglain. Pihak Telekom sebenarnya sedaya-upaya menyelesaikan masalah ini dengan berhemah sehingga tempoh yang dijanjikan telah dapat dikotakan lebih awal. Syabas diucapkan kepada pihak Telekom serta para petugas yang komited. Penulis sentiasa tenang menghadapi masalah ini. Mula sekarang keadaan telah pulih.
Untuk menutup tirai 2009, geng baru bercadang hendak bergabung dengan aktiviti anjuran KayuhBeb. Dengan muka tak malu kami belasah aja, kalau mereka tak bagi kita orang balik.
Pembukaan tahun 2010, geng baru bercadang berkayuh pada 01/01/2010 (Jumaat) . Kayuhan keseluruhan mengambil masa lebihkurang tiga (3) jam, melintasi jalanraya persekutuan, negeri , mukim dan kampung.
Laluan cadangan :
1.K.Selangor-Kg Kuantan-Bkt Rotan-Ijok-Parit Mahang-Bukit Hijau-Simpang Tiga-Jeram-Sasaran-Assam Jawa-K.Selangor.
atau
2.K.Selangor-Ujung Permatang-Bkt Belimbing-Raja Musa-Kg Makmur-Unisel-Batang Berjuntai-Kg Kuantan-K.Selangor.
Tempat / Berkumpul : Stadium Kuala Selangor / 07.30 am
Mula Berkayuh : 07.45 am
Profil Geografi : Tanah Pamah (Rata & Landai) / Jalan Tarmac. Amat sesuai untuk MTB , RB,TB atau “basikal tua”.
Kepada para pembasikal sekitar daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam serta yang lain-lain, sudikanlah bersama kami. Kayuhan seperti ini amat jarang berlaku, anda akan disambut kehairan oleh kalangan penduduk setempat.
Di penghujung tahun 2009 ini, berakhirlah cuti yang panjang maka aktiviti berkayuh terhad pada waktu petang/malam atau hujung minggu. Minggu depan akan bermula dengan azam baru tetapi lama kemejadiannya.
13 Dis 2009 1 Komen
Penulis telah berpindah tinggal sepenuhnya di Kuala Selangor mulai 1 Disember 2009. Dalam kesibokan mengemas, sempat juga meluangkan masa untuk berkayuh sekitar Stadium Malawati pada waktu pagi dan petang. Pada awalnya penulis berkayuh secara solo sahaja, tidak kelihatan kelibat pembasikal yang tegar. Aktiviti berkayuh terus berjalan, sehingga suatu petang penulis didatangi oleh seorang pembasikal iaitu En.Nahar. Keesokan petangnnya kami berdua bersama-sama berkayuh mengikut laluan Stadium-Tmn Alam-Bkt Malawati-Pekan Lama-Projek Barat Laut-Bandar Malawati. Hari-hari berikut telah bertambah kepada 3 orang yang diketemukan secara kebetulan iaitu En.Bob dan En.Asari. Seterusnya keanggotaan bertambah dengan penyertaan En.Nasir menjadikan jumlah setakat ini 5 orang. Pada hari Jumaat (11/12/09), kami berempat (Penulis, En.Nahar, En.Nasir dan En.Asari) telah melakukan kayuhan di laluan Stadium-Tmn Alam-Bkt Malawati-Pekan Lama- Projek Barat Laut-Bandar Baru dan pada hari Sabtu (12/12/09) laluan Stadium-Ujung Permatang-Bkt Belimbing-Tiram Buruk-Sg Gulang-Gulang-Sg Terap-Pasir Penambang-Pekan Lama-Bandar Baru. Di Hadapan Masjid Sultan Ibrahim kami bertembung pula dengan kumpulan pembasikal ACT Klang.
Di Puncak Bukit Malawati
15 Nov 2009 10 Komen
Kayuhan ini dianjurkan oleh Republic of Puchong (ROP), iaitu satu kumpulan pembasikal yang dianggotai oleh pengayuh yang betul-betul handal dan hebat. Perjalanan yang jauh bersama-sama pengayuh regular amat menguja semangat dan ketahanan mental-fizikal. Penulis, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah jam 5.15 pagi dan berhenti solat suboh di Surau Tol KLIA-Putrajaya. Tepat jam 6.30 pagi kami tiba di Dataran Masjid Putrajaya, telah kelihatan beberapa pengayuh sudah menunggu. Silapnya kali ini penulis mengayuh basikal MTB, bukannya RB. Pada awalnya memang basikal RB sudah sedia untuk dibawa, tetapi kesilapan teknik berlaku. Walau begitu ini merupakan satu pengalaman yang tidak pernah diajar. Perjalanan jauh di atas jalan raya, lebih selesa menggunakan basikal RB kerana daya pecutan yang stabil. Kali ini juga penulis tidak bertindak sebagai jurugambar, sebaliknya tugas ini dipikul oleh kedua-dua orang anak yang kurang berpengalaman. Jadi di dalam episod kali ini banyaklah gambar penulis tersaji. Hasilnya seperti yang bakal dipaparkan. Keadaan cuaca ketika itu adalah redup tetapi setibanya di Bagan Lalang hujan turun dengan lebat sebagai tanda menyambut ketibaaan wira-wira negara. Perjalanan balik tidak dapat bersama kerana penulis ada urusan penting. Saksikan media ini untuk mengetahui cerita yang amat menarik.
Atau muaturun foto Di SINI
Layari juga di SINI
Erratta : Ikut rekod GPS jarak sebenarnya 116 km.
09 Nov 2009 4 Komen
Sekalung tahniah kepada Rotor-X-Team Klang yang telah berjaya mengadakan aktiviti kayuhan ini. Acara ini telah berlangsung pada 6 November 2009 (Jumaat) jam 9.00 (kumpul) di Jusco-Aeon Bukit Tinggi. Kawasan yang luas untuk meletakkan kenderaan berbayar. Yang istimewanya ajaklah isteri dan anak-anak sekali, mereka pasti tidak menolak dan mengganggu-gugat pembasikal budiman. Kayuhlah sepuas-hati malam itu, sementara mereka berkayuh-kaki di Kompleks Jusco-Aeon sampai tak larat.
Penyertaan ini merupakan yang pertama kali, oleh yang demikian ramai di kalangan pembasikal belum cukup kenal-mengenali. Beberapa kumpulan seperti KayuhBeb turut serta bersama satu kumpulan dari Kg Delik, Berkat Kapar dan saya solo dari Kuala Selangor. Setelah dicampur-tolak-darab-bahagi lebih kurang 48 orang pembasikal turut berjuang pada masa itu. Sebelum bermula Bro Faizal memberikan taklimat-padat. Kayuhan dimulakan secara santai melalui beberapa bulatan, lama-kelamaan mereka memecut macam di kejar anjing garang. Penulis terpaksa ikut rentak mereka, tiba-tiba kumpulan besar (peloton) menghilangkan diri di satu bulatan tanpa dapat dijejaki. Cukup hairan ke mana mereka lesap, penulis berhenti menunggu kumpulan kecil yang lain di belakang pulak tak muncul-muncul. Dalam keseorangan penulis bergerak ikut rentak terkini menggunakan kemahiran membaca kompas alam. Sesampai di Jusco-Aeon , sudah ada kumpulan kecil telah tiba kemudian diikuti kumpulan besar yang lesap ditelan malam. Penulis tidak terkata apa-apa, sedang memikirkan peristiwa malam itu. Marilah kita layan foto-foto yang sempat dirakamkan, oleh kerana pergerakan terlalu laju penulis tidak ada kesempatan memukul gambar ketika berkayuh. Lain kali penulis akan bawa kamera lain bukan DSLR macam malam itu. Kepada Bro Wahid, Bro Kulat, Bro Rule, Bro Faizal , Bro Leon dan yang lain-lain jumpa lagi di kayuhan akan datang.
06 Nov 2009 Ulasan Dimatikan pada KAYUHAN JANTUNGKU
Kayuhan Jantungku akan diadakan bersempena “Hari Jantung Sedunia” seperti berikut
Tarikh : 13 Disember 2009 (Ahad)
Lokasi : Dataran Shah Alam, Seksyen 14
Penganjur : SJ Cycle
Keterangan lanjut sila kliks:
Sedikit maklumat tentang penganjuran kayuhan ini
“This is a ride inspired by the former Malaysian cyclist, En Shaharudin bin Jaafar who won the gold medal during the SEAP Games in 1965. As a heart patient, he who underwent the heart by pass surgery this year and his deep passion for cycling inspired the ride in conjunction with the ‘World Heart Day’.
Heart disease and diseases of the pulmonary circulation are the top killers in Malaysian government hospitals. “Malaysians are suffering from heart attacks about 10 years earlier than their counterparts in developed countries”, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai. Malaysian patients who had severe heart attacks were far younger, with an average age of 56 compared with people from developed countries in the West, where the average age was 65. In Malaysia, coronary heart disease or heart attack affects 141 out of every 100,000 people each year.
One of the ways is carrying out prevention programs is to encourage people to have a healthy, active lifestyle and eat a healthy diet.
Register NOW to participate for the ride on 13th December 2009 and start cycling to a healthier heart”.
Penulis juga pernah mendapat rawatan jantung di Pusat Perubatan Puteri Klang pada tahun 2002, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada tahun 2003 hingga 2007 dan Institut Jantung Negara pada tahun 2003-2005. Dalam tempoh itu juga penulis secara aktif berkayuh basikal, bermula dengan basikal tua diikuti basikal MTB, RB dan sekarang Touring Bike. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kesihatan penulis bertambah baik dan terkawal.
01 Nov 2009 Ulasan Dimatikan pada PUTRAJAYA CRITICAL MASS#21
Kayuhan PCM bermula lagi setelah ramai pengikutnya berehat sementara waktu pada sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal. Walaupun ada daya usaha daripada pihak penganjur-bebas mengadakan kayuhan biasa dan kayuhan khas pada hari Ahad, tetapi kayuhan malam itu menggamit memori. Penulis bertekad sepenuh hati pada hari itu untuk hadir berkayuh, walaupun pada mula ada halangan kecil sebelum bertolak ke Putrajaya. Bertolak dari rumah jam 6.45 petang melalui Lebuhraya GCE, berlaku kesesakan yang amat teruk selepas Tol Bukit Jelutong sehingga Hentian Rehat USJ. Kesesakan itu menyebabkan perjalanan terganggu dan masa terbuang sia-sia begitu sahaja. Penulis tiba jam 8.10 malam di Tol Putrajaya dari Lebuhraya KLIA, singgah untuk solat Maghrib. Keadaan luar biasa berlaku, bilangan jemaah sangat ramai sedangkan keluasan surau hanya dapat menampung 2 saf sahaja. Memandangkan masa yang suntuk untuk menunggu giliran bersolat, penulis membuat keputusan meneruskan perjalanan dan bersolat di Stesen Petronas Percint 9. Jam 8.45 malam penulis sampai di Istana Keadilan, cuma kelihatan Sdr Haris Kelolo. Hati penulis berbelah bahagi samada PCM diadakan ataupun tidak, kerana sebelum pergi penulis menyemak blog PCM; ruangan komentarnya sunyi sepi. Setelah meletakkan kenderaan, penulis beredar ke arah bangunan Perbadanan Putrajaya, kelihatan sebuah kereta dengan basikal terletak di atas bumbung. Penulis tidak pasti siapa dia. Jam 9.00 malam satu persatu pengayuh datang memenuhi ruang letak kereta sekitar Istana Keadilan. Mereka bergegas mempersiapkan jentera masing-masing dan beramah mesra antara satu sama lain. Kayuhan agak lewat dimulakan lebihkurang jam 9.45 malam, kerana menanti ketibaab pengayuh lain yang masih terperangkap dengan kesesakan jalanraya di merata Lembah Klang. Laluan kayuhan kali ini berbeza sama sekali daripada masa lalu. Saksikan sendiri rakaman peristiwa PCM#21.
23 Jan 2014 Ulasan Dimatikan pada KAYUHAN AMAL KSCC (KUALA SELANGOR CYCLING CLUB)
in basikal Tag:Kayuh Amal
KAYUHAN AMAL KSCC (KUALA SELANGOR CYCLING CLUB)
Tujuan: Bagi mengumpul Dana untuk saudara
SHAHRUL GHADAFI BIN MOHD MOKHSIM (780711-10-5555)
Mengalami sakit EDITION COLIC(usus simpul).
Beliau merupakan salah seorang ahli KSCC dan pernah berkayuh bersama semasa sihat.
TARIKH : 26hb Januari 2014.
MASA: 8.30 Pagi.
TEMPAT : Perkarangan Stadium Kuala Selangor.
KOORDINAT GPS : 3.319628,101.256008
JARAK KAYUHAN: +40KM.
KONSEP KAYUHAN: Santai.
JENIS BASIKAL: Terbuka…Semua jenis.
ROUTE :Stadium Kuala Selangor-Bkt.Melawati-Tanjung Keramat-Pekan Lama Kuala Selangor-Pasir Penambang-Kg. Sg.Yu-Kg. Sg. Terap-Kg. Ujung Permatang-Kg. Bkt. Belimbing-Kg. Lubok-Kelip-kelip-Pasir Penambang-Stadium K. Sel.
NOTA :
LALUAN KAYUHAN INI SESUAI UNTUK SEMUA JENIS BASIKAL IAITU MTB, ROADBIKE (RB), FOLDING BIKE (FB), TOURING BIKE (TB), HYBRID BIKE (HB), CITY/URBAN BIKE (CUB), TANDEM/LONG BIKE (TLB), UNICYCLE, TRICYCLE DAN BASIKAL TUA/KLASIK. JUGA SESUAI UNTUK SEMUA JENIS DAN SAIZ TAYAR/RIM.
RAMALAN CUACA :
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Hujan sementara
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 24 °C
Maksimum : 33 °C
Segala sumbangan ikhlas akan disalurkan kepada SHAHRUL GHADAFI BIN MOHD MOKHSIM (780711-10-5555) bagi tujuan menampung kos rawatan dan perubatan.
Boleh juga menghulurkan bantuan melalui AKAUN CIMB
AHMAD NASIR BIN SAJI
A/C NO:12010368071522
Emel : ijassanis@gmail.com
SMS : 0105227330
Hosted by Zuraini Bin Jalil Zack (0193843643)
12 Ogo 2012 Ulasan Dimatikan pada KAYUHAN BURUNG HANTU-ECC
in basikal
Telah berlangsung pada 1 Oktober 2011, bertempat di Universiti Teknikal Malaysia, Ayer keroh, Melaka (UTeM). KSCC telah menghantar wakil pengayuh tegarnya.
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.