Basikal Antik Mengiringi Pengantin

Foto yang dipaparkan adalah sedutan daripada koleksi simpanan salah seorang blogger. Penulis mohon izin untuk menyiarkan semula untuk tatapan peminat basikal antik. Jika keberatan sila hubungi penulis untuk dipadamkan dengan kadar segera.

Mempelai menaiki beca roda tiga

 

Bukan saja basikalnya bergaya, orangnya pun segak teruna

Nampaknya lagi klasik

Siap keliling pekan, hebat pasangan pengantin

Aku Pakai Kasut Baru

Sempena Hari Kemerdekaan ke 51, tuan aku belikan kasut (tayar) baru hitam-putih. Aku pakai hari-hari untuk berjalan bersama tuan aku yang budiman. Beliau menjaga aku dengan penuh kasih sayang sehinggakan isteri dan anak-anaknya cemburu. Ketika berjalan ke sekolah, ramai cikgu dan anak murid  tuan aku menegur dan memuji ketampanan diriku. Petang semalam dia bawa aku ke padang untuk sesi fotografi:

Lagi

Raleigh Pak Ali

Selain Raleigh Siam, Pak Ali juga memiliki Raleigh England yang menjadi teman setianya. Komponennya semuanya asli, sangat bertuah sesiapa yang dapat memilikinya. Kalau kena gaya ayat “power” kemungkinan Pak Ali rela melepaskannya.

Lagi

Raleigh Wak Basir

Wak Basir adalah salah seorang bapa saudara ( Paman) kepada adik ipar saya. Sewaktu berkunjung ke rumah tempohari, beliau memberitahu tentang hobi pamannya mengumpul barang-barang antik seperti jam, skuter, pasu naga, basikal, botol besar dan dacing. Semua koleksi disimpan dan dijaga dengan baik. Penulis telah mengenali beliau sejak kecil lagi sebelum penulis berpindah ke tempat lain. Tempohari penulis menziarahi serta bersemuka untuk meninjau perkembangan dan keadaan kesihatannya. Sejak kecil penulis memanggil dengan nama gelaran Wak Basir, mempunyai hobi lain iaitu bertani dan menanam pokok bonsai. Kesempatan itu penulis ambil umtuk  meneliti koleksi basikal antik jenama Raleigh yang asli dan masih berfungsi dengan baik.  Hasil daripada perbualan, beliau berhasrat untuk menjual kedua-dua basikal tersebut sekiranya ada pembeli yang berani dengan harga yang sungguh lumayan.

Macam kembar tak seiras

Seperti kembar yang tidak seiras

Along

Abang Long

Abang Long

Abang Long

Angah

Abang Ngah

Kedua-duanya jarang berpisah, sentiasa bersama ke mana pergi. Lagi

Lampu Minyak Tanah (kerosin)

 Lampu minyak tanah (kerosin) jenama Lucas ini koleksi peribadi Bang Salim, pemilik Kedai VSK Salim. Ada dua (2) buah, jika ada sesiapa yang berminat memiliki barang antik yang jarang ditemui ini, sila hubungi penulis.

Lampu minyak tanah jenama Lucas (Silver King)

Lampu minyak tanah jenama Lucas (Silver King)

Lampu Lucas

Lampu Lucas

Silver King

Silver King

Patent Lucas

Patent Lucas

Lampu minyak tanah

Lampu minyak tanah

 

Lampu basikal

Lampu basikal

Raleigh Batu Tiga

Raleigh keluaran Malaysia, Raleigh Batu Tiga, sedang dalam proses pembersihan daripada karat. Basikal ini diperolehi daripada pemiliknya di Batang Kali dalam keadaan terbiar. Sesiapa yang berminat untuk berkongsi info sila tuliskan dalam ruangan komen. Penulis tidak banyak mengetahui tentang pengeluaran basikal Raleigh di Malaysia.

Sedang dilakukan proses pembersihan

Sedang dilakukan proses pembersihan

 

Logo Raleigh Batu Tiga

Logo Raleigh Batu Tiga

Nombor Siri di bawah tempat duduk

Nombor Siri di bawah tempat duduk

  Lagi

Raleigh Siam Pak Ali

Raleigh Perempuan Siam
Basikal Raleigh Perempuan Siam ini adalah milik Pak Ali. Beliau menjadikannya teman hidup buat Raleigh Sport yang dilahirkan pada tahun 1957 yang diwarisi daripada datuknya. Pada masa penulis merisik masih dalam keadaan yang baik, cuma tiubnya tidak berangin kerana sudah lama tidak berkayuhan. Pak Ali rela melepaskan Raleigh Perempuan Siam dengan harga siling RM500/= kerana katanya Raleigh Sport sudah tidak serasi untuk hidup bersama lagi. Sesiapa yang berminat boleh hubungi penulis:-
Sebijik macam siam mari

Sebijik macam siam mari

Lagi

Hercules Uncle Then Chee

Hercules Uncle Then Chee

Hercules Uncle Then Chee

Basikal jenama Hercules ini kepunyaan Uncle Then Chee. Saya berjumpa dengannya secara kebetulan sewaktu berkayuh sekitar taman perumahan pada suatu pagi, dia menegur saya dan pura-pura bertanya tentang basikal Raleigh saya. Beliau mendakwa ianya warisan daripada datuk kepada isterinya. Walaupun tidak lagi dikayuh tetapi beliau menyimpannya dengan rapi. Tengoklah sahaja kuncinya ada tiga demi keselamatan. Setiap satu kunci sesiapa yang berani membukanya bernilai RM500…….Sebelum ini beliau juga ada memiliki dua basikal jenama Raleigh, sebuah telah dipaksa beli oleh seorang pengurus FELDA dan satu lagi dicuri orang. Sebab itu Uncle Then Chee pasang tiga kunci pada basikal tersebut. Beliau teramat sayang dan menghargai basikal antik ini.

Lagi