Kayuhan KBTBB 2009

Berlangsung pada 26/01/2009  di Putra Jaya, seramai 13 orang pengayuh handalan daripada bumi Hang Tuah telah mengambil bahagian. Selain ahli-ahli Kelab Basikal Tua Batu Berendam, peserta individu daripada Shah Alam (Sdr Fareed Reza), Seri Kembangan (Sdr Ikhwan & isteri /basikal malaya), Abang Long dari Pelabuhan Klang, penulis dan turut mengiringi ahli-ahli PERs (Sdr Samad, Azhar, MBA dan Tok Penghulu) sebagai penunjuk arah dan keselamatan.

pj261726

Berhenti rehat di atas Jambatan Putra

pj261762

Bersama Tok Penghulu PERs di Dataran Rakyat

pj2617171

Di hadapan Istana Kehakiman

pj261714

Di Dataran Putra

KBT02

Acara berjalan lancar dan menjadi tumpuan orangramai yang berkunjung ke Putrajaya termasuk pelancong-pelancong asing. Peserta kayuhan berpakaian ala tahun 50an dan 60an telah menguasai laluan daripada Dataran Putra ke PICC dengan aman. Pelbagai jenama basikal tua bergerak gagah membelahi laman (precint) pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Sila kliks di sini untuk melihat gambarfoto acara gemilang tersebut di ijassfoto dan cerita tentang basikal tua di  Old Bikes

HOBI SAMA LAIN JURUS

Kini penulis ada minat baru, untuk tambah satu (1) dahulu. Sudah ada pilihan lain untuk disesuaikan dengan situasi semasa. Aktivitinya tetap sama iaitu berkayuh,
cuma berlainan jurusan sahaja.
Penulis akan cerita lebih lanjut selepas Kayuhan Nostalgia Kelab Basikal Tua Batu Berendam. Harap bersabar

KAYUHAN PNR

Hari Jumaat lepas (10/01/09), saya bergabung dengan ahli-ahli PERs seramai lima (5) orang berkayuh dari Dataran Putra ke PICC (pergi-balik). Tak sangka basikal tua yang saya kayuh boleh memanjat puncak PICC dengan gear No.2. Hasil dorongan mereka saya sama-sama seiring sampai ke puncak. Saya rasa sangat puas hati dan seronok, dan lagi oranglainpun boleh melakukannya.

Natijah yang saya dapat malam itu SEMANGAT DIDORONG OLEH RAKAN SEJATI.

Silakan  kliks di sini; Kita ada tetamu

Aktiviti Kayuhan Kelab Basikal Tua Batu Berendam di Putrajaya

Petang tadi (4.24 pm), saya menerima SMS daripada Sdr Jebat Melaka tentang hasrat ahli-ahli KBTBB ingin berkayuh di Putrajaya. Semasa saya berkunjung ke Melaka tempohari, mereka menyuarakan kepingin berkayuh jauh daripada Melaka iaitu Putrajaya. Saya ingat mereka berseloroh sahaja, sehingga saya menerima SMS barulah saya sedar mereka memang serious. Pada kesempatan ini saya memanjangkan undangan kepada semua peminat/pengayuh basikal untuk turut serta.

bbbk

Laluan yang dicadangkan :

a) Mula dan Tamat: Dataran Putra

                     i) Masa berkumpul : 3.00 -4.00 petang

                   ii) Masa kayuhan :  4.00 – 6.30 petang

b) Laluan : Dataran Putra – Jambatan Putra – Dataran Putrajaya – Dataran Rakyat – Dataran Gemilang – Jambatan Seri Gemilang – PICC (Ulang-balik)

c) Perhentian Rehat :

      1. Kompleks Istana Keadilan (Mahkamah)

     2.PICC

     3.Kompleks Perbadanan Putrajaya 

d) Jarak keseluruhan : 11.5 km

e) Kelajuan : 15 – 25 km/jam

f) Tema Pakaian  untuk pemilik basikal antik/klasik/tua :

                                             TAHUN 50AN

g) Sila Kliks Peta Laluan

Nota :

Insya Allah, kalau diizinkan kita sama-sama melihat gerhana separa matahari lebih kurang jam 4.30 petang. Bawalah besan air macam dulu-dulu, atau kertas penapis lutsinar berwarna untuk  tengok gerhana tersebut.


Basikal Merah Griffin

Basikal berwarna merah berjaya mencuri pandang walaupun sebaris dengan basikal yang lain. Basikal ini kepunyaan Sdr Najib daripada Melaka yang dipamerkan sempena pertandingan basikal klasik MASTANA di Uptown, Bandaraya Melaka tempohari.

pj280948

pj280949

pj280950

pj280951

pj280952

Acara Kayuhan Basikal Di Putrajaya

Sesuai dengan statusnya, Putrajaya merupakan sebuah bandar yang dirancang mirip kepada mesra alam. Melalui pengamatan penulis, laluan pejalan kaki dan berbasikal disediakan untuk kegunaan orang awam. Malangnya kemudahan yang tersedia khususnya laluan basikal jarang digunakan. Dalam masa yang sama, terdapat program berkala kayuhan basikal di adakan oleh individu tertentu.  Tanpa mengira jenis basikal atau waktu (siang atau malam) laluan atau jalanraya di sini amatlah sesuai untuk berkayuh kerana faktor geografinya.

Kali ini penulis ingin mewar-warkan (wara-wara ; p) beberapa acara Kayuhan Basikal  terbuka untuk awam tanpa mengira jenis basikal atau usia pengayuh.

  1. Kayuhan Putrajaya Night Riders (PNR). Setiap ISNIN, RABU dan JUMAAT bermula 9.00 mlm bermula di perkarangan Masjid Putrajaya. Jarak kayuhan 20km.
  2. Putrajaya Critical Mass (PCM). Setiap bulan , Jumaat minggu ketiga bermula 9.00 mlm di Presint 9. Jarak kayuhan 20km.
  3. Kayuhan Putrajaya Morning Ride (PMR). Setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 7.30 pagi di Taman Warisan Pertanian, Precint 16

    Terdapat lagi acara kayuhan yang lain, malangnya penulis tiada maklumat yang lengkap. Untuk makluman semua, berkayuh basikal amatlah baik untuk kesihatan.