Kayuhan KBTBB 2009


Berlangsung pada 26/01/2009  di Putra Jaya, seramai 13 orang pengayuh handalan daripada bumi Hang Tuah telah mengambil bahagian. Selain ahli-ahli Kelab Basikal Tua Batu Berendam, peserta individu daripada Shah Alam (Sdr Fareed Reza), Seri Kembangan (Sdr Ikhwan & isteri /basikal malaya), Abang Long dari Pelabuhan Klang, penulis dan turut mengiringi ahli-ahli PERs (Sdr Samad, Azhar, MBA dan Tok Penghulu) sebagai penunjuk arah dan keselamatan.

pj261726

Berhenti rehat di atas Jambatan Putra

pj261762

Bersama Tok Penghulu PERs di Dataran Rakyat

pj2617171

Di hadapan Istana Kehakiman

pj261714

Di Dataran Putra

KBT02

Acara berjalan lancar dan menjadi tumpuan orangramai yang berkunjung ke Putrajaya termasuk pelancong-pelancong asing. Peserta kayuhan berpakaian ala tahun 50an dan 60an telah menguasai laluan daripada Dataran Putra ke PICC dengan aman. Pelbagai jenama basikal tua bergerak gagah membelahi laman (precint) pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Sila kliks di sini untuk melihat gambarfoto acara gemilang tersebut di ijassfoto dan cerita tentang basikal tua di  Old Bikes

7 Komen (+add yours?)

  1. mykyocera
    Jan 28, 2009 @ 19:52:40

    Terima kasih daun keladi Sdr. Ijass…ada umur panjang kita rancang lagi yerrr…jangan serik pulak🙂

  2. sepedagaek
    Jan 28, 2009 @ 20:36:26

    Selamat atas acara yang diadakan, ontel memang semarak

  3. ijass
    Jan 28, 2009 @ 21:51:05

    Terima kasih kembali

  4. Fareed Reza
    Jan 28, 2009 @ 22:28:58

    Akum Sdr. Ijass…. Disini saya ingin mgucapkan berbanyak2 terima kasih di atas menjemput saya menyertai aktiviti berbasikal klasik di PutraJaya. Sdr. Ijass…saya nak minta tolong copykan semua gambar aktiviti perkayuhan basikal klasik di PutraJaya hari itu. Ini alamat saya No 1,JLN EMPANGAN DUA 8/14B,SHAH ALAM SELANGOR. Sdr. Ijass…jikalau ada lg aktiviti berbasikal klasik jgn lupa beritahu saya fareed. Terima kasih

  5. ijass
    Jan 29, 2009 @ 08:31:57

    Sdr Fareed Reza,

    Semua foto boleh muaturun di http://en.netlog.com/ijass/photo/setid=249568.
    atau
    http://picasaweb.google.com/ijasanis/KayuhanPutrajayaKBTBB#

    Kayuhan akan datang pada 08 Mac 2009 anjuran PERs , Kayuhan Sawah Padi di Tanjung Karang. Kali ini suasana desa gabungan perkampungan tradisional dan bendang menghijau. Marilah ramai-ramai ajak kawan-kawan basikal tua bergabung dengan kumpulan MTB dan RB.

    Wassalam

  6. mykyocera
    Jan 29, 2009 @ 12:41:47

    Salam to all,

    Kepada kawan2 yang ada mengambil gambar untuk acara kayuhan basikal tua tempoh hari…sudi-sudikanlah share gmabar-gambar tu untuk tatapan bersama.

    To Sdr. Fareed,
    Terima kasih kerana sudi datang berkayuh tempoh hari. Kalau ada acara lagi sure kitaorg informed…BTW klau ada amik gambar tempoh hari kasi share yer🙂

  7. farhan
    Feb 16, 2009 @ 00:10:20

    Di jual Raleigh BZ21244

    http://borneolook.blogspot.com/

%d bloggers like this: