Suatu Senja

Pada satu senja sang suria hampir mengufuk sinarnya ke bumi.

senja05

Sang Raleigh menampilkan gaya anggunnya setelah mendapat teman baru.

senja04

Tanpa gangguan kesibokan kota metropolitan, ketenangan alam yang hening di tengah padang rumput nan luas gagah berdiri bak seorang model.

Lagi

Raleigh BJ51510

Basikal Raleigh bernombor siri BJ51510 terbiar di belakang rumah seorang jiran saya. Keadaannya semasa dijumpai berkarat, usang dan komponennya banyak yang telah tercabut. Cuma yang asli adalah rangka utama dengan nombor sirinya terletak di bawah tempat duduk. Logo kepala burung pula di bahagian depan. Komponen yang lain rojak singapore. Maklumat daripada empunya tuan basikal, beliau membelinya daripada seorang kawan dengan harga RM250. Sebelum ini saya ada nampak kelibat beliau mengkayuh basikal tersebut, tetapi penulis tak ambil pusing sebab minat belum mari. Selepas itu sudah lama tak nampak lagi, bila ditanya beliau terus tunjuk basikal tersebut tersandar di dinding luar dapur. Sedihnya terkangkang dan terbungkang keadaannya. Dengan sedikit usaha dan kemahiran vokasional secara sambilan, penulis cuba baikpulih dengan kos yang minimum. Komponen yang ada diguna semula dan dicat ulang, cuma tambah carrier. Hasilnya seperti seadanya. nampaknya Raleigh The Rajah Super sudahpun berteman sekarang.

 

Cantik

Masih bergaya

NoSiri

Nombor Siri BJ51510

Lagi

PERTEMUAN DENGAN ONTELIS BANDUNG

Sempena lawatan ke Indonesia pada 28/05/2008 yang lalu, saya berkesempatan bertemu dengan peminat basikal (ontelis) di Kota Bandung. Paling gembira saya di bawa oleh Ricky (Ketua PSB) pada 29/05/2008 malam ke tempat perjumpaan mereka di Jalan Jend.A.Jani. Saya berpeluang berkenalan dengan mereka dan melihat sendiri aktiviti yang mereka rancang. Yang paling mengkagumkan koleksi basikal (sepeda) semuanya antik dan cantik.

Di ruangan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyambut saya dengan ramah-mesra terutamanya Sdr Ricky yang sanggup datang menjemput saya di hotel penginapan. Di sini adalah sebahagian foto yang sempat dirakamkan.

Logo Persatuan Basikal Lama (Paguyuban Sapedah Baheula) Bandung

Deretan koleksi basikal ahli-ahli.

Lagi