PERTEMUAN DENGAN ONTELIS BANDUNG


Sempena lawatan ke Indonesia pada 28/05/2008 yang lalu, saya berkesempatan bertemu dengan peminat basikal (ontelis) di Kota Bandung. Paling gembira saya di bawa oleh Ricky (Ketua PSB) pada 29/05/2008 malam ke tempat perjumpaan mereka di Jalan Jend.A.Jani. Saya berpeluang berkenalan dengan mereka dan melihat sendiri aktiviti yang mereka rancang. Yang paling mengkagumkan koleksi basikal (sepeda) semuanya antik dan cantik.

Di ruangan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyambut saya dengan ramah-mesra terutamanya Sdr Ricky yang sanggup datang menjemput saya di hotel penginapan. Di sini adalah sebahagian foto yang sempat dirakamkan.

Logo Persatuan Basikal Lama (Paguyuban Sapedah Baheula) Bandung

Deretan koleksi basikal ahli-ahli.

Basikal ini punya ceritanya

Koleksi basikal leher tinggi

Penerangan oleh salah seorang ahli PSB tentang koleksi basikal yang tersimpan di rumah kelab

(baju T biru no.2 dari kanan Pak Ali)

Berbincang tentang penyertaan ke program Ngontel anjuran PEDAL Indramayu

Kemesraan dan salam hormat amat tinggi di kalangan ahli PSB

Pakaian semacam seragam sentiasa dipakai oleh mereka

Bersama dengan Kang Ricky di Hotel Abadi Asri ( terima kasih kerana sudi bertemu)

Pak Ali tuan empunya premis, peramah orangnya.

Mereka sedang berbincang tentang program ngontel

Serious mendengar taklimat daripada Kang Ricky

Ahli wanita (cewek) tidak ketinggalan turut bersama

Posing dengan Pak Ali baik orangnya, tak sangka terima tetamu dari Malaysia

Turut giliran menyanyi

Semua mempunyai bakat menyanyi selain ngontel

2 Komen (+add yours?)

  1. chegu hopper
    Jun 05, 2008 @ 15:05:12

    Salam…
    Wah…amat bertuah Cgu Ijass dapat bersama2 dengan ontelis di sana…gerek2 tua depa mesti sempoi na…mesti best dapat bersembang tentang gerek…
    TQ

  2. Ivan
    Nov 24, 2008 @ 22:29:32

    Assalamu ‘alaikum Pak Cik! Hoe Gaat Het …
    Salam ontel … Saya Ivan dari Paguyuban Sapedah Baheula, hendak tanya di Malaysia udah ada brp jumlah anggota basikal tua nya and kapan lagi Pak Cik main ke Bandung? and kapan di Malaysia ada event basikal tua. kalo ada undang kami, kalo ada rezeki pasti kami hadir bersua. dank U… Tot Ziens.

%d bloggers like this: