Putrajaya Critical Mass : Ulang Tahun Kedua # 30 April 2010

Putrajaya Critical Mass kali ini diadakan khusus untuk menyambut ulang tahun kedua. Perkara ini diwar-warkan pada kayuhan yang lepas. Para pengayuh yang berkesudian dialu-alukan datang dengan membawa buah tangan yang termampu. Kita akan sama-sama memeriahkan sambutan tersebut pada malam itu. Sila bawa ramai lagi rakan-rakan.

Tarikh : 30 April 2010
Tempat : Istana Keadilan (Mahkamah)
Tempat letak kereta : Sebelah Istana Keadilan arah selatan.
Masa berkumpul : 9.00 mlm

Nota :

Sebarang perubahan sila rujuk blog Putrajaya Critical Mass

MEREDAH SENTOSA

Papan Notis tergantung di Aziz Kiosk.

Kali ini seramai lima (5) ahli KuSCyC menerjah dengan berani Bukit Sentosa bersama pasukan Sentosa Cycling Team, KayuhBeb, PKNS MTB, Penjara Sg Buloh, Tasik Puteri dan peserta solo. Terima kasih kepada tuan rumah SCT yang sudi menerima kami walaupun tidak menerima kad jemputan. Budi tuan-tuan besar maknanya. ketibaan kami di sambut mesra di Tol Bukit Beruntung, mana ada orang buat masih ini zaman sekarang. Itu yang buat kami amat terharu.

Di Tol Bukit Beruntung


Sarapan Pagi di Aziz Kiosk

SELANGOR MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2010

Kayuhan Tahun 2009

Pelaksanaan program pada tahun lepas yang baik, telah mendorong pihak penganjur mengulanginya sekali lagi pada tahun ini. Syabas diucapkan.

Untuk mengimbau peristiwa, sila kliks DI SINI, juga DI SINI

Kayuhan Tahun 2010


Kali ini penganjur bertindak lebih berani dan bertenaga dengan memperkenalkan format baru dan acara tambahan. Dengan situasi ini diharapkan ianya dapat menarik minat para pembasikal untuk mengambil bahagian.
Untuk keterangan terperinci DI SINI

Sehingga berjumpa lagi di sana.

JELAJAH 2 NEGERI

Susulan daripada Jelajah 3 Daerah yang telah berjaya dilaksanakan, usul menjelajah 2 negeri bakal diadakan pada bulan Jun nanti. Diharapkan lebih ramai lagi ahli tetap Kuscyc dan rakan taulan akan menyahut cabaran ini. Berikut adalah cadangan laluan yang akan diikuti:

Hari Pertama sejauh 154 km (Kuala Selangor-Telok Batek, Lumut)

Hari Kedua sejauh 152km (Telok Batek,Lumut-Pekan Trolak)

Hari Ketiga sejauh 101km (Pekan Trolak-Kuala Selangor)

Tarikh yang dicadangkan iaitu pada Cuti Sekolah Pertengahan Tahun selama tiga (3) hari dua (2) malam iaitu 08/06/2010 (Selasa) hingga 10/06/2010 (Khamis).

Nota.

Ini pula cadangan laluan oleh Sdr Nahar sejauh 313km.

Belajar pengalaman daripada Sdr Jamal di SINI

SEDIA REDAH DAN TERJAH JASIN MTB JAMBOREE 2010

Jasin Jamboree

Ahli-ahli KUSCyC (Kuala Selangor Cycling Club) telah sedia untuk meredah sekaligus menerjah sebarang halangan dengan keazaman fizikal dan mental. Kali ini Kuscyc menghantar seramai lapan (8) orang ahli yang perkasa untuk menyahut cabaran di bumi Hang Tuah.

1. 301 Sdr Zulkilfi
2. 303 Sdr Azzrul Azzrin
3. 304 Sdr Asari
4. 305 Sdr Nahar
5. 306 Sdr Amat Nasir
6. 307 Sdr Sa’i
7. 308 Sdr Ijass
8. 479 Sdr Zaidi

Walaupun masa berlangsung lebih kurang sebulan daripada sekarang, latihan untuk memantapkan stamina dan ketahanan fizikal telahpun bermula. Sebahagian ahli Kuscyc terpaksa menggantungkan diri basikal RoadBike masing-masing buat sementara waktu. JUMPA DI SANA.