JELAJAH 2 NEGERI

Susulan daripada Jelajah 3 Daerah yang telah berjaya dilaksanakan, usul menjelajah 2 negeri bakal diadakan pada bulan Jun nanti. Diharapkan lebih ramai lagi ahli tetap Kuscyc dan rakan taulan akan menyahut cabaran ini. Berikut adalah cadangan laluan yang akan diikuti:

Hari Pertama sejauh 154 km (Kuala Selangor-Telok Batek, Lumut)

Hari Kedua sejauh 152km (Telok Batek,Lumut-Pekan Trolak)

Hari Ketiga sejauh 101km (Pekan Trolak-Kuala Selangor)

Tarikh yang dicadangkan iaitu pada Cuti Sekolah Pertengahan Tahun selama tiga (3) hari dua (2) malam iaitu 08/06/2010 (Selasa) hingga 10/06/2010 (Khamis).

Nota.

Ini pula cadangan laluan oleh Sdr Nahar sejauh 313km.

Belajar pengalaman daripada Sdr Jamal di SINI

LAPORAN 2 JELAJAH 3 DAERAH

Kami tiba di Raden Puteh House jam 3.15 petang setelah berkayuh sejauh 132km. Nasib menyebelahi kami kerana masih ada bilik penginapan yang kosong. Kedudukan rumah setingkat di tengah-tengah bendang menyegarkan minda para pengunjung. Tuan rumah beserta ahli keluarga yang peramah menyambut kami dan saling bertukar cerita. Ini adalah laporan hari kedua kembara kami.

Raden Puteh House, Dorani Homestay

Rumah di tengah bendang

Pak Yatim, tuan rumah.

Bendang sedang ditenggala

Di remang senja mentari melaboh tirai.

Kenangan

Kami meninggalkan rumah penginapan jam 8.45 pagi dengan kenangan. Perjalanan sepanjang petak sawah menuju Pekan Sg Besar. Dari situ kami menyusuri pinggir pekan dan meneruskan kayuhan melalui Jalan Kuala Selangor Lama. Jaluran jalan ini kami pilih bagi mengelakkan kesibokan kenderaan di jalan utama. Sepanjang perjalanan kami telah singgah di beberapa buah tempat yang belum pernah dijejaki.

Melalui Jalan Kuala Selangor Lama

Nelayan berlabuh di Muara Sg Nibong membawa hasil tangkapan.

Melepaskan penat dan lelah

Hairan bin Pelik, basikal macam inipun boleh jalan jauh. Pening?

Semangat 2Bendera Malaysia di D'Muara Marina Park.

Ada yang menyambut ketibaan kita.

Beberapa orang ahli Perkumpulan Wanita dari kawasan Meru, Klang.

Sedondon, kekuningan memencar ke langit.

D'Muara Marina Park, Sg Haji Dorani.

Pusat Pelancungan Pantai BM

Sarapan pagi di Pantai BM

Arca 2 tapak tangan

Melawat tempat peternakan arnab di Kg Pantai Rasa Sayang

Penjaga arnab

Makan tengahari di Stesen Minyak BHP, Kg Sg Gulang-Gulang.

Nampak muka orang letih

Sejauh itu untuk sampai ke rumah.

Tanda Amaran Patut Dipatuhi.

Tepat jam 2.00 petang kami selamat sampai di Kuala Selangor setelah mengharungi satu perjalanan kembara basikal selama 2 hari 1 malam. Jarak keseluruhan 214 km, banyak pengalaman yang dapat ditimba. Di masa akan datang kami tekad untuk pergi lebih jauh lagi.

LAPORAN 1 JELAJAH 3 DAERAH

Aktiviti berkembara dengan basikal ini merupakan salah satu program yang diperkenalkan oleh KUSCYC untuk ahli-ahlinya. Kalangan ahli-ahli boleh menjana aktiviti berbasikal mengikut minat masing-masing. Pihak  pengurusan KUSCYC sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada semua ahli-ahli untuk merealisasikan impian mereka. Secara tidak langsung ianya akan menarik lebih ramai lagi bakal ahli baru untuk menyertainya. Aktiviti kembara atau jelajah kali ini dimulakan oleh tiga (3) ahli pemuka iaitu Sdr Ijass, Sdr Nasir dan Sdr Sa’i. Mereka bertiga telah memulakan kayuhan pada 16/03/2010 jam 7.30 pagi dari Kuala Selangor melalui Jalan Rawang menuju destinasi pertama iaitu Pekan Batang Berjuntai (Bestari Jaya). Mereka diiringi oleh Sdr Asari dan berhenti rehat untuk bersarapan pagi di Warong Pak Mail.

Inilah basikal penulis gunakan. Yang lama tetap berjasa.

Di Warong Pak Mail, Bestari Jaya

Rasalah keenakan aroma kopi di sini.

Menu utamanya ialah Nasi Lemak Ayam

Selera makan bertambah, tenagapun bertambah.

Perjalanan diteruskan melalui Jalan Raja Musa dan Jalan Timur Tambahan menuju Felda Sg Tengi. Sdr Asari berpecah laluan di persimpangan Jalan Timur Tambahan. Beliau meneruskan kayuhan solo ke Kuala Selangor melalui Jalan Raja Musa.

Di hadapan Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Di sempadan daerah Kuala Selangor-Hulu Selangor

Di sempadan daerah Hulu Selangor-Kuala Selangor

Sinar matahari yang terik tidak melemahkan para pengembara. Perjalanan di laluan yang lurus dan rata telah bertukar berbukit-bukau bermula dari persimpangan Bukit Tagar. Pendakian di laluan ini menguji kekuatan fizikal dan mental. Di gerai buah-buahan milik Perladangan Felda kami berhenti membeli pisang untuk bekalan kalori.

Pisang

Makan pisang untuk kayuhan yang mantap

Gerai Buah-buahan Perladangan Felda, Sg Tengi.

Kanak-kanak ini menyambut ketibaan kami

Kanak-kanak ini baru lepas mandi sungai, lalu mengejar kami.

Di Stesen Minyak BHP, Felda Soeharto.

Berbelah-bahagi, ke kanan atau ke kiri. Timbul idea kembara seterusnya ke Negeri Perak


Tanpa menghiraukan sinar matahari yang terik jarak perjalanan telah mencecah 86 km diikuti pula keadaan geografi yang landai tidak menyukarkan rentak kayuhan. Semuanya telah membakar semangat waja pengayuh tegar. Sebaliknya ketahanan fizikal tidak mampu dikekalkan kerana cuaca yang panas dan kering. Bekalan air minuman semakin susut.

Sg Dusun memisahkan dua daerah.

Daerah Sabak Bernam

Masih di daerah Hulu Selangor


Perhentian di cari untuk berteduh, tetapi malangnya keadaan belukar yang semak sepanjang jalan tidak sesuai. Setibanya di Ladang Gagasan, terdapat warung yang sesuai untuk berehat dan mengisi air minuman. Pemilik warung keluarga ini tergamam melihat kami yang berjuang bak medan perang. Kamipun bertukar cerita sehingga hilang kelelahan.

Bang jangan marah, kita ni jauh dari rumah.


Tanda amaran banjir yang tak banjir


Tengok warung sempoi saja, tetapi pemiliknya peramah.


Iklan ini ada kat sini saja. Besar tuuu.

Setelah meninggalkan warung makcik dan anak daranya, kayuhan diteruskan menuju Kg Belia 2. Jam di tangan menunjukkan jam 1.45 tengahari. Cadangan awal hendak singgah di masjid untuk solat zohor, tetapi ditunda kerana perut sudah meminta diisi. Kayuhan dilaratkan juga menuju Restoren Selera Rimba yang sudah dikenali ramai. Pemiliknya iaitu Sdr Hamka, seakan-akan tidak percaya salah seorang pengayuhnya adalah saya. Selama ini saya dan keluarga datang menjamu selera di situ dengan kenderaan bermotor, tetapi amat berbeza kali ini cuma kenderaan berkaki.

Menjamu selera Rimba



Menu utamanya makanan Ala-Jawa dan Ala-Banjar.


Singgah tengok kebun nenas.


Nenas belum berbuah.

Setelah berkayuh sejauh 125 km, kami bertiga memutuskan untuk mencari tempat penginapan. Rancangan asal menginap di Villa Permai Homestay, Parit 8, Sg Panjang dibatalkan serta-merta. Ini disebabkan sewaktu ketibaan di situ, selama 30 minit kami menunggu petugas homestay yang tidak muncul. Telefon didail tiada jawapan. Akhirnya kami bergerak menuju ke Raden Puteh Homestay, Parit 2 Sg Dorani beristirehat.

Sambungan di Laporan 2 Jelajah 3 Daerah.

JELAJAH TIGA DAERAH

Tarikh : 16/03/2020 hingga 17/03/2010
Hari : Selasa dan Rabu
Penyertaan : Terbuka

Meliputi 3 daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Bermula di Kuala Selangor melalui Jalan Rawang-Jalan Raja Musa-Jalan Timur Tambahan-Felda Sg Tengi/Soeharto-Jalan Sg Panjang-Jalan Parit 13-Bagan Terap-Jalan Sepintas-Sabak Bernam-Jalan Sekendi-Jalan Kuala Selangor Lama-Sg Besar-Sg Dorani-Jalan Bernam-Tanjung Karang-Kuala Selangor.

Format kembara : Terbahagi kepada 2 sesi selama dua (2) hari dan satu (I)malam. Jarak keseluruhan lebih kurang 200 km, sesi hari pertama perjalanan sejauh 100 km dan sesi hari kedua juga sejauh 100km.

Cadangan peta laluan

Setakat ini empat (4) orang ahli KUSCYC telah memuktamadkan untuk turut serta. Mereka sedang mempersiapkan jentera dan kelengkapan segala keperluan.

1. Basikal Touring
2. Perkakasan dan alat-ganti.
3. Pakaian, kosmetik dan medisana.
4. “Surat Izin Laksana Pasport” meninggalkan daerah/kariah.
5. “Surat Cuti Khas” daripada tugas rumahtangga.

Sebenarnya kami juga mengalu-alukan penyertaan daripada kalangan peminat basikal yang lain. Sesiapa yang berminat dipersilakan untuk menghubungi penulis.

Jadual Perjalanan:

Hari Pertama (16/03/2010 ; Selasa)

Jam 0630-0645 – berkumpul di rumah penulis.
Jam 0645-0745 – Perjalanan bermula, tiba di Batang Berjuntai
Jam 0745-0900 – Meneruskan perjalanan, tiba di Kg Fajar (Felda Sg Tengi Selatan).
Jam 0900-1030 – Perjalanan menuju ke Kg Soeharto.
Jam 1030-1100 – Berhenti Rehat (Stesen Minyak BHP, Kg Soeharto)
Jam 1100-1300 – Meneruskan perjalanan ke Kg Belia 2
Jam 1300-1400 – Berehat Rehat, Makan Tengahari dan Solat Zohor di Restoren Rimba Sg Lembing.
Jam 1400-1500 – Perjalanan diteruskan ke  Dorani Homestay (Raden Puteh Homestay, Parit 2, Sg Haji Dorani.
Jam 1500-1730 – “Check In”, berehat , solat Asar dan bersua-kenal dengan penduduk tempatan.
Jam 1730-1900 – Ronda Sekitar Kampung dan Bendang.
Jam 1900-2300 – Berehat, Solat Maghrib dan Isyak, sua-kenal dengan penduduk tempatan.
Jam 2300-0500 – Istirehat santai.

Hari Kedua (17/03/2010 ; Rabu)

Jam 0830-0900 – Memulakan perjalanan ke Sg Besar, melalui Parit 2. Jam 0900-1030 – Tiba di Pekan Sg Besar, meneruskan perjalanan melalui Jalan Kuala Selangor Lama.
Jam 1030-1045 – Berehat di Pantai BM, Kg Sg Nibong
Jam 1045-1145- Meneruskan perjalanan ke Pekan Tanjung Karang, melalui Jalan Pesisir Pantai
Jam 1145-1200 – Berehat di Persimpangan Bagan Tenggorak
Jam 1200-1300 – Meneruskan perjalanan ke Kg Sg Gulang-gulang, berhenti makan tengahari di Stesen BHP.
Jam 1300-1400 -Perjalanan balik ke Kuala Selangor.

Peta dan masa perjalanan cuma anggaran sahaja. Perubahan drastik mungkin dilakukan sekiranya perlu.