JELAJAH TIGA DAERAH


Tarikh : 16/03/2020 hingga 17/03/2010
Hari : Selasa dan Rabu
Penyertaan : Terbuka

Meliputi 3 daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Bermula di Kuala Selangor melalui Jalan Rawang-Jalan Raja Musa-Jalan Timur Tambahan-Felda Sg Tengi/Soeharto-Jalan Sg Panjang-Jalan Parit 13-Bagan Terap-Jalan Sepintas-Sabak Bernam-Jalan Sekendi-Jalan Kuala Selangor Lama-Sg Besar-Sg Dorani-Jalan Bernam-Tanjung Karang-Kuala Selangor.

Format kembara : Terbahagi kepada 2 sesi selama dua (2) hari dan satu (I)malam. Jarak keseluruhan lebih kurang 200 km, sesi hari pertama perjalanan sejauh 100 km dan sesi hari kedua juga sejauh 100km.

Cadangan peta laluan

Setakat ini empat (4) orang ahli KUSCYC telah memuktamadkan untuk turut serta. Mereka sedang mempersiapkan jentera dan kelengkapan segala keperluan.

1. Basikal Touring
2. Perkakasan dan alat-ganti.
3. Pakaian, kosmetik dan medisana.
4. “Surat Izin Laksana Pasport” meninggalkan daerah/kariah.
5. “Surat Cuti Khas” daripada tugas rumahtangga.

Sebenarnya kami juga mengalu-alukan penyertaan daripada kalangan peminat basikal yang lain. Sesiapa yang berminat dipersilakan untuk menghubungi penulis.

Jadual Perjalanan:

Hari Pertama (16/03/2010 ; Selasa)

Jam 0630-0645 – berkumpul di rumah penulis.
Jam 0645-0745 – Perjalanan bermula, tiba di Batang Berjuntai
Jam 0745-0900 – Meneruskan perjalanan, tiba di Kg Fajar (Felda Sg Tengi Selatan).
Jam 0900-1030 – Perjalanan menuju ke Kg Soeharto.
Jam 1030-1100 – Berhenti Rehat (Stesen Minyak BHP, Kg Soeharto)
Jam 1100-1300 – Meneruskan perjalanan ke Kg Belia 2
Jam 1300-1400 – Berehat Rehat, Makan Tengahari dan Solat Zohor di Restoren Rimba Sg Lembing.
Jam 1400-1500 – Perjalanan diteruskan ke  Dorani Homestay (Raden Puteh Homestay, Parit 2, Sg Haji Dorani.
Jam 1500-1730 – “Check In”, berehat , solat Asar dan bersua-kenal dengan penduduk tempatan.
Jam 1730-1900 – Ronda Sekitar Kampung dan Bendang.
Jam 1900-2300 – Berehat, Solat Maghrib dan Isyak, sua-kenal dengan penduduk tempatan.
Jam 2300-0500 – Istirehat santai.

Hari Kedua (17/03/2010 ; Rabu)

Jam 0830-0900 – Memulakan perjalanan ke Sg Besar, melalui Parit 2. Jam 0900-1030 – Tiba di Pekan Sg Besar, meneruskan perjalanan melalui Jalan Kuala Selangor Lama.
Jam 1030-1045 – Berehat di Pantai BM, Kg Sg Nibong
Jam 1045-1145- Meneruskan perjalanan ke Pekan Tanjung Karang, melalui Jalan Pesisir Pantai
Jam 1145-1200 – Berehat di Persimpangan Bagan Tenggorak
Jam 1200-1300 – Meneruskan perjalanan ke Kg Sg Gulang-gulang, berhenti makan tengahari di Stesen BHP.
Jam 1300-1400 -Perjalanan balik ke Kuala Selangor.

Peta dan masa perjalanan cuma anggaran sahaja. Perubahan drastik mungkin dilakukan sekiranya perlu.

2 Komen (+add yours?)

  1. aziz
    Mac 15, 2010 @ 17:01:22

    kalau tak silap sy..mingu nie hari rabu gerai mee udang banjir tu cuti..dia cuti dua mingu sekali hari rabu..mingu lepas dia tak cuti mingu nie mesti dia cuti..

    • ijass
      Mac 17, 2010 @ 23:18:11

      Terima kasih tentang info tersebut. Kami tak lalupun. Kami ikut Jalan Jepun ke Kg Melaka keluar kat selekoh tajam.