REDAH SERI ISKANDAR

Inilah penyertaan sulung pasukan KUSCYC pada tahun ini. Sebagai pasukan yang baru, penyenaraian seramai enam (6) orang pengayuh hanya dapat disempurnakan oleh empat (4). Yang lain terpaksa menarik diri di saat akhir kerana ada urusan penting. Kami bertolak pada hari Sabtu jam 3.00 petang dan tiba di tempat penginapan pada jam 6.30 petang. Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang ahli Kakikayuh yang telah tiba awal dan mereka jugalah yang tempat membantu untuk menguruskan tempat penginapan untuk kami.

Rumah Penginapan

Ada masalah problem lah.

Basikalpun turut menginap.

Tempat ambil "goodies"

Petugas belum datang.

Hantar laporan.

Menu Makan Malam Nasi Goreng Bantal Peluk

Siap sedia untuk berangkat

Naik lori ke?

Seorang ahli KUSCYC Sdr Asari ditemuramah oleh TV2

Di antara peserta wanita yang berani menyahut cabaran.

Pasukan Sentosa

Di antara ahli pasukan Kayuhbeb.

Lebih banyak foto di SINI

REDAH TAMAN ALAM

Setelah lelah berkayuh di jalan raya, hari ini (16/02/10, Selasa) bersama isteri berkayuh pula di Taman Alam Kuala Selangor (Kuala Selangor Nature Park). Taman ini dibuka pada tahun 1987 oleh Malaysian Nature Society (MNS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Kawasan seluas lebih kurang 800 ekar merupakan tempat tinggal pelbagai hidupan liar habitat tanah bakau. Hutan bakau daripada kategori sekunder ini yang telah dipulihkan meliputi kawasan sekitar tebing Kuala Sg Selangor dan Selat Melaka. Terdapat sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar di sini yang menjadi tempat persinggahan pelbagai jenis burung. Penerokaan ke kawasan hutan ini samada berjalan kaki atau berbasikal melalui denai yang disediakan menggamit kedamaian bakal pengunjung yang mencintai keindahan alam sekitar. Hasrat rakan-rakan untuk berkayuh di sini sebenarnya telah lama terpendam. Kesempatan kali ini penulis dan isteri gunakan untuk merintis laluan baru. Kerjasama daripada pihak taman yang mengizinkan kami berkayuh akan menjadi daya tarikan hiliran kepada pengayuh lain yang sering menjadikan Kuala Selangor sebagai destinasi mereka.

Sdr Ken dari Beskal.com


Papan Info tentang laluan denai


Laluan denai yang nyaman.


Suasana yang reduh.


Berjalan kaki atau berbasikal>


Kawasan IBA



Wakaf, untuk keselamatan basikal mesti dituntun/dipikul.


Selamat Datang ke Teratak Hamba.


Bukit Malawati dari jauh.


Jangan tiru macam saya.


Demi keselamatan pakailah topi keledar semasa melalui Jambatan Gantung ini


Jangan pening, dua-dua jalanpun sama.

REDAH SAKAN

Orang lain beraya, kami berkayuh, semalam (15/02/10, Isnin) berkayuh bersama rakan baru Aru dan anak daripada Bangi dan kelmarin (14/02/10, Ahad) berkayuh bersama Sdr Ken dari Beskal.com.
Laluan Jalan Rawang-Jalan Saga-Jalan Kuala Selangor-Jalan Batu Arang-Jalan Rawang (Dari Kuala Selangor-Ijok-Kota Puteri-Batu Arang-Rantau Panjang-Batang Berjuntai-Kuala Selangor) jarak keseluruhan 88 km. Kami berempat iaitu Sdr Asari dan anak, Sdr Nasir dan Sdr Ijass bertolak daripada Kuala Selangor jam 08.00 pagi melalui Jalan Rawang ke Jalan Saga sebelum bergabung dengan Sdr Aru dan anak bujangnya di Stesen Petronas Simpang Ijok. Perjalanan memakan masa 50 minit dengan kelajuan purata 25km/jam.

Bergabung untuk memulakan kayuhan


Sahabat baru

Kayuhan diteruskan menuju Kota Puteri melalui Jalan Kuala Selangor sebelum memasuki Jalan Batu Arang (Menara). Pendakian yang panjang mula terasa mencengkam otot-otot maskulin. Semua jejaka yang hebat berjaya mendaki tanpa rungutan.

Berhenti rehat di sempadan


Mengendurkan urat-urat otot.


Hebat baru Tingkatan 2 seperti bapanya.


Sedikit masa diperuntukkan untuk menghirup udara segar. Kayuhan diteruskan dengan menuruni bukit dengan kelajuan mencapai maksimum 75 km/jam. Sesampai di Pekan Batu Arang kami singgah untuk bersarapan pagi.

Bersarapan pagi


Kayuhan diteruskan melalui jalan bergeografi berbukit-bukau ke persimpangan Jalan Rawang. Sepanjang Jalan Rawang kami berkayuh di bawah teduhan dedaun pepohon yang membekali oksigen yang banyak. Kepenatan tidak terasa sangat sehingga berhenti untuk berehat di Jambatan Kopedik.

Alangkah bahagia kalau duduk kat rumah sahaja.


Campak sahaja


Gaya meletak basikal macam inipun ada.


Selepas ini tiada gambar, jurukamera tak larat hendak pukul kerana lalui yang mencabar dalam keterikan pancaran matahari.

REDAH PANTAI

Hari ini ramai kalangan ahli-ahli Kuscyc mengambil kesempatan balik kampung sempena Cuti Tahun Baru Cina. Mereka sedang sibok menyediakan juadah makanan istimewa pada pagi ini untuk majlis makan malam nanti. Dalam kesibokan itu, pagi ini kami berempat yang tidak ada peluang balik, telah berkayuh meredah pantai. Bermula dari rumah penulis singgah di Kg Assam Jawa menunggu Sdr Asari, Sdr Nasir dan anak bujangnya. Tetap jam 0850 pagi kami bertolak menyusuri Kg Pasir Tuntong, Sasaran, Bukit Jeram, Jalan Tok Sulaiman, Pantai Jeram, Pantai Remis dan Kg Sungai Sembilang.

Berlatarbelakang Sg Assam Jawa


Inilah sahaja Panglima Basikal yang tinggal tidak balik beraya.


Sebalik geriji besi


Nelayan turun ke laut, pembasikal meredah pantai.


Macam kat Gurun Sahara


Makan di sini murah.

Lagi foto di SINI

REDAH KEBUN SERAI

Keadaan mukabumi yang rata dan landai di sekitar Kuala Selangor tidak cukup mencabar untuk pembasikal yang tegar. Beberapa laluan denai dicari untuk mengwujudkan sedikit kesukaran semasa kayuhan. Petang ini (9/2/2010), seramai enam (6) orang ahli KUSCYC telah melakukan misi redah kebun serai di Kg Assam Jawa. Bermula jam 5.30 petang Sdr Nasir dan Sdr Saei telah berada di hadapan Kompleks PKNS menunggu rakan-rakan yang lain. Lihat urutan peristiwa melalui rakaman foto di bawah.

Menunggu rakan-rakan yang lain


Masih menunggu seorang lagi rakan.


Laksamana KUSCYC


Awas! titi tu dah reput.


Tunggu giliran


Tak jadi jatuh.



Lagi foto DI SINI

REDAH SAJA

Sejak akhir-akhir ini ahli KUSCYC pantang ada masa kelapangan. Tidak mengira masa samada pagi atau petang, pasti turun berkayuh. Lokasi kayuhan tidak setakat jalanraya tetapi meliputi juga laluan luar bandar. Dipendekkan ayat “redah saja”. Cadangan terbaru daripada salah seorang ahli, hendak meredah  waktu malam pula. Saya cuma bernasihat, tunggu masa yang sesuai sehingga pihak berkuasa memasang lampu jalan sepanjang laluan yang dicadangkan. Di bawah ini dipaparkan beberapa peristiwa yang telah berlaku dalam kategori REDAH SAJA. Para pembaca boleh menilai kesungguhan mereka untuk menarik dan mengajak pengayuh baru untuk bergabung dengan kami.

Kunci Air Sg Selangor di Jalan Keretapi Lama

Pintu Air Sg Selangor di Jalan Keretapi Lama

Jalan Sempadan Teluk Penyamun

Singgah minum di Warung Amat, Taman Laksamana

Bukan setakat minum sahaja, sambil promosi aktiviti berbasikal kepada pengunjung.

Kolam Udang, Kg Pasir Tuntong (hujan sudah turun)


Kolam Udang


Bocor ke pancit?


Tampal tiub


Sasaran


Belajar merempit


KE PUNCAK MENARA

Kayuhan ini sebenarnya bermula daripada Simpang Ijok melalui Jalan Kuala Selangor ke Kota Puteri. Dari sini ke Batu Arang melalui jalan alternatif ke Menara Pemancar Radio dan Telekomunikasi yang berada di puncak bukit yang tertinggi. Itu sebabnya di kalangan penduduk tempatan menyebutnya sebagai “jalan menara”. Ketinggian bukit tak dapat dipastikan, tetapi tampak kelihatan daripada Jalan Kuala Selangor.
Pada 07/02/2010 seawal jam 6.30 pagi Sdr Saie telah menjemput penulis terlebih dahulu sebelum yang lain-lain. Pengayuh yang turut serta ialah penulis, Sdr Saei, Sdr Nasir dan Sdr Asari. Kayuhan ini sebagai latihan tegar sebelum ke SIMTB2010 nanti.

[Kualiti foto kurang memuaskan, kerana menggunakan telefon PDA]

Dipersimpangan jalan ke menara
Di persimpangan jalan ke Batu Arang dari Kota Puteri

Masih berkabus di Puncak Menara


Sempadan Gombak/Kuala Selangor

Jalan Rawang

Aura Matahari

Di Pekan Batu Arang kami singgah untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Tasik Puteri. Di pertengahan Lebuhraya BTP kami berjumpa tiga (3) orang pengayuh daripada Rawang yang berhenti di hadapan SMKA Rawang. Berkenalan lebih kurang, perjalanan diteruskan ke Jalan Rawang yang dipenuhi selekoh tajam. Perjalanan di bawah naungan pepohon bukan sahaja meredupkan tetapi terasa banyak oksigen segar memasuki rongga pernafasan. Keletihan tidak terasa sehingga kami berhenti rehat di persimpangan ke KOPEDIK. Laluan berjajaran dengan Selangor Fruit Valley sangat panas hingga ke Pekan Batang Berjuntai. Untuk mengelakkan panahan bahang matahari berterusan kami melencung ke jalan kampung di bawah teduhan dedaun kelapa sawit. Kami sekali lagi berhenti untuk mengisi air minum yang telah habis di Warung Pak Hitam di Jalan Dato Karjan Bukit Badong. Penulis pekena air nenas sejuk, diikuti rakan-rakan yang lain. Selesai kami meneruskan kederat ke Simpang Ijok. Keseluruhan jarak kayuhan ialah 56 km di permukaan geografi yang landai dan berbukit-bukau. Semua pengayuh di dalam keadaan yang baik.

Minum Air Nenas Di Warung Pak Hitam, Bkt Badong.

IKUT KEMBAS 2010

Penantian selama ini untuk berjelajah dengan basikal akhirnya tercapai. Walaupun tidak sepenuhnya, rasanya amat praktikal dicuba dahulu. Seramai empat (4) orang ahli KUSCYC serta seorang ahli Kakikayuh telah tersahut cabaran yang diwar-warkan oleh Sdr Haris Kelolo. Program KEMBAS 2010, telah berlangsung pada  30/01/2010 bermula daripada Gombak dengan disertai oleh lima (5) orang pembasikal. Ketibaan mereka pulak disambut oleh ahli-ahli Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC) dan Kakikayuh di Stesen Trem, Kuala Selangor pada jam 11.45 pagi.

Foto Selamat Datang

Melepaskan lelah

Bertemu kenalan baru

Basikal Touring Old Skool jenama Singer Projek Sendiri (Sila bagi komen)

Menunggu Tetamu Kayuhan

Kayuhan diteruskan jam 12.00 pm melalui jalanraya utama K.Selangor-Teluk Intan.  Laluan ini melewati Pekan Tanjung Karang, Sekinchan, Pasir Panjang, Sg Nibong, Simpang Lima, Sg Besar dan Sabak Bernam. Melepasi sempadan Perak/Selangor kayuhan diteruskan oleh kelompok asal. Pasukan KUSCYC berbalik balik melalui Jalan Pasir Panjang danTerusan Utama (Ban Canal). Dalam perjalanan pengayuh kehabisan air minuman, terpaksalah  singgah di sebuah warung di Kg Seri Gambut untuk mengisi bekalan.  Kayuhan diteruskan melalui Kg Sawah Sempadan-Kg Sg Gulang-Gulang-Jalan Utama dalam keadaan gelap. Berbantukan lampu jalan dan kenderaan lalu-lalang kayuhan diteruskan sehingga ke rumah masing-masing lebih kurang jam 7.45 malam. Lagi