REDAH TAMAN ALAM

Setelah lelah berkayuh di jalan raya, hari ini (16/02/10, Selasa) bersama isteri berkayuh pula di Taman Alam Kuala Selangor (Kuala Selangor Nature Park). Taman ini dibuka pada tahun 1987 oleh Malaysian Nature Society (MNS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Kawasan seluas lebih kurang 800 ekar merupakan tempat tinggal pelbagai hidupan liar habitat tanah bakau. Hutan bakau daripada kategori sekunder ini yang telah dipulihkan meliputi kawasan sekitar tebing Kuala Sg Selangor dan Selat Melaka. Terdapat sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar di sini yang menjadi tempat persinggahan pelbagai jenis burung. Penerokaan ke kawasan hutan ini samada berjalan kaki atau berbasikal melalui denai yang disediakan menggamit kedamaian bakal pengunjung yang mencintai keindahan alam sekitar. Hasrat rakan-rakan untuk berkayuh di sini sebenarnya telah lama terpendam. Kesempatan kali ini penulis dan isteri gunakan untuk merintis laluan baru. Kerjasama daripada pihak taman yang mengizinkan kami berkayuh akan menjadi daya tarikan hiliran kepada pengayuh lain yang sering menjadikan Kuala Selangor sebagai destinasi mereka.

Sdr Ken dari Beskal.com


Papan Info tentang laluan denai


Laluan denai yang nyaman.


Suasana yang reduh.


Berjalan kaki atau berbasikal>


Kawasan IBA



Wakaf, untuk keselamatan basikal mesti dituntun/dipikul.


Selamat Datang ke Teratak Hamba.


Bukit Malawati dari jauh.


Jangan tiru macam saya.


Demi keselamatan pakailah topi keledar semasa melalui Jambatan Gantung ini


Jangan pening, dua-dua jalanpun sama.

Advertisements

REDAH SAKAN

Orang lain beraya, kami berkayuh, semalam (15/02/10, Isnin) berkayuh bersama rakan baru Aru dan anak daripada Bangi dan kelmarin (14/02/10, Ahad) berkayuh bersama Sdr Ken dari Beskal.com.
Laluan Jalan Rawang-Jalan Saga-Jalan Kuala Selangor-Jalan Batu Arang-Jalan Rawang (Dari Kuala Selangor-Ijok-Kota Puteri-Batu Arang-Rantau Panjang-Batang Berjuntai-Kuala Selangor) jarak keseluruhan 88 km. Kami berempat iaitu Sdr Asari dan anak, Sdr Nasir dan Sdr Ijass bertolak daripada Kuala Selangor jam 08.00 pagi melalui Jalan Rawang ke Jalan Saga sebelum bergabung dengan Sdr Aru dan anak bujangnya di Stesen Petronas Simpang Ijok. Perjalanan memakan masa 50 minit dengan kelajuan purata 25km/jam.

Bergabung untuk memulakan kayuhan


Sahabat baru

Kayuhan diteruskan menuju Kota Puteri melalui Jalan Kuala Selangor sebelum memasuki Jalan Batu Arang (Menara). Pendakian yang panjang mula terasa mencengkam otot-otot maskulin. Semua jejaka yang hebat berjaya mendaki tanpa rungutan.

Berhenti rehat di sempadan


Mengendurkan urat-urat otot.


Hebat baru Tingkatan 2 seperti bapanya.


Sedikit masa diperuntukkan untuk menghirup udara segar. Kayuhan diteruskan dengan menuruni bukit dengan kelajuan mencapai maksimum 75 km/jam. Sesampai di Pekan Batu Arang kami singgah untuk bersarapan pagi.

Bersarapan pagi


Kayuhan diteruskan melalui jalan bergeografi berbukit-bukau ke persimpangan Jalan Rawang. Sepanjang Jalan Rawang kami berkayuh di bawah teduhan dedaun pepohon yang membekali oksigen yang banyak. Kepenatan tidak terasa sangat sehingga berhenti untuk berehat di Jambatan Kopedik.

Alangkah bahagia kalau duduk kat rumah sahaja.


Campak sahaja


Gaya meletak basikal macam inipun ada.


Selepas ini tiada gambar, jurukamera tak larat hendak pukul kerana lalui yang mencabar dalam keterikan pancaran matahari.

%d bloggers like this: