REDAH SAKAN


Orang lain beraya, kami berkayuh, semalam (15/02/10, Isnin) berkayuh bersama rakan baru Aru dan anak daripada Bangi dan kelmarin (14/02/10, Ahad) berkayuh bersama Sdr Ken dari Beskal.com.
Laluan Jalan Rawang-Jalan Saga-Jalan Kuala Selangor-Jalan Batu Arang-Jalan Rawang (Dari Kuala Selangor-Ijok-Kota Puteri-Batu Arang-Rantau Panjang-Batang Berjuntai-Kuala Selangor) jarak keseluruhan 88 km. Kami berempat iaitu Sdr Asari dan anak, Sdr Nasir dan Sdr Ijass bertolak daripada Kuala Selangor jam 08.00 pagi melalui Jalan Rawang ke Jalan Saga sebelum bergabung dengan Sdr Aru dan anak bujangnya di Stesen Petronas Simpang Ijok. Perjalanan memakan masa 50 minit dengan kelajuan purata 25km/jam.

Bergabung untuk memulakan kayuhan


Sahabat baru

Kayuhan diteruskan menuju Kota Puteri melalui Jalan Kuala Selangor sebelum memasuki Jalan Batu Arang (Menara). Pendakian yang panjang mula terasa mencengkam otot-otot maskulin. Semua jejaka yang hebat berjaya mendaki tanpa rungutan.

Berhenti rehat di sempadan


Mengendurkan urat-urat otot.


Hebat baru Tingkatan 2 seperti bapanya.


Sedikit masa diperuntukkan untuk menghirup udara segar. Kayuhan diteruskan dengan menuruni bukit dengan kelajuan mencapai maksimum 75 km/jam. Sesampai di Pekan Batu Arang kami singgah untuk bersarapan pagi.

Bersarapan pagi


Kayuhan diteruskan melalui jalan bergeografi berbukit-bukau ke persimpangan Jalan Rawang. Sepanjang Jalan Rawang kami berkayuh di bawah teduhan dedaun pepohon yang membekali oksigen yang banyak. Kepenatan tidak terasa sangat sehingga berhenti untuk berehat di Jambatan Kopedik.

Alangkah bahagia kalau duduk kat rumah sahaja.


Campak sahaja


Gaya meletak basikal macam inipun ada.


Selepas ini tiada gambar, jurukamera tak larat hendak pukul kerana lalui yang mencabar dalam keterikan pancaran matahari.

Comments are closed.