REDAH TAMAN ALAM


Setelah lelah berkayuh di jalan raya, hari ini (16/02/10, Selasa) bersama isteri berkayuh pula di Taman Alam Kuala Selangor (Kuala Selangor Nature Park). Taman ini dibuka pada tahun 1987 oleh Malaysian Nature Society (MNS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Kawasan seluas lebih kurang 800 ekar merupakan tempat tinggal pelbagai hidupan liar habitat tanah bakau. Hutan bakau daripada kategori sekunder ini yang telah dipulihkan meliputi kawasan sekitar tebing Kuala Sg Selangor dan Selat Melaka. Terdapat sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar di sini yang menjadi tempat persinggahan pelbagai jenis burung. Penerokaan ke kawasan hutan ini samada berjalan kaki atau berbasikal melalui denai yang disediakan menggamit kedamaian bakal pengunjung yang mencintai keindahan alam sekitar. Hasrat rakan-rakan untuk berkayuh di sini sebenarnya telah lama terpendam. Kesempatan kali ini penulis dan isteri gunakan untuk merintis laluan baru. Kerjasama daripada pihak taman yang mengizinkan kami berkayuh akan menjadi daya tarikan hiliran kepada pengayuh lain yang sering menjadikan Kuala Selangor sebagai destinasi mereka.

Sdr Ken dari Beskal.com


Papan Info tentang laluan denai


Laluan denai yang nyaman.


Suasana yang reduh.


Berjalan kaki atau berbasikal>


Kawasan IBA



Wakaf, untuk keselamatan basikal mesti dituntun/dipikul.


Selamat Datang ke Teratak Hamba.


Bukit Malawati dari jauh.


Jangan tiru macam saya.


Demi keselamatan pakailah topi keledar semasa melalui Jambatan Gantung ini


Jangan pening, dua-dua jalanpun sama.

4 Komen (+add yours?)

  1. nahar
    Feb 17, 2010 @ 23:34:02

  2. nahar
    Feb 19, 2010 @ 01:07:46

    just nak tanya kenapa bila save us gambar ahlikus… ianya jadi kecik. adakah ning akan secara automatik mengecilkan saiz gambar atau aku yang tak pandai save.

    kalau betul secara automatik akan jadi kecil tolong emel kepada aku atau masukkan dalam basikal.wordpress.com tanpa resize. aku nak gambar tu da…aku tak pandai nak buat..cikgu tolong ajar nanti k.

    • ijass
      Feb 19, 2010 @ 10:26:08

      Kalau nak saiz besar, kena klik “View Full Size” sebelum “save image” ke folder. Memanglah saiz yang didownload akan dikecilkan daripada saiz asal seperti yang telah ditetapkan saiznya oleh kebanyakan penyedia webblog percuma. Contohnya
      foto HM13010 (view full size) 706KB; dim.2678×1877 manakala normal view 85.1KB, dim.737×576 dan thumbnails size 5.52KB,dim.133×133. Itu yang dapat saya teliti dan kongsikan.