Kayuhan Selangor MTB Challenge 2009

Berlangsung pada 29/03/2009 di Bukit Lagong, Sg Buloh. Ini merupakan penyertaan pertama secara serious sejak keluar dari Institut Jantung Negara. Walaupun doktor mengesahkan tiada masalah yang membimbangkan , tetapi trauma berada di  bilik operasi (bedah)  masih ada dan membataskan segala aktiviti lasak seperti ini. Sejak aktiviti berkayuh diaktifkan semula, bermula dengan basikal tua masalah kesihatan dalam keadaan terkawal. Mempelbagaikan jenis basikal kayuhan meluaskan pengalaman dan meramaikan rakan kenalan.

bassel-0352

V022 tu saya . V = veteran

bassel-0481

Bersama kenalan semasa PCM

Keputusan Kategori Veteran : Kliks di sini.

Lihat foto-foto:-

SELANGOR MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2009
Selangor MTB 2009

Kayuhan akan datang :

KLMBH BASH # 175 – BDR TASIK PUTERI

Klinik Sepeda – Rantai

p891

1.1 Apakah dia Rantai ?

Rantai adalah satu komponen mesin yang penting, berfungsi untuk memindahkan(transmisi) kuasa oleh suatu daya kilasan (tensile forces) seperti rantai basikal dan rantai motosikal. Fungsi dan kegunaannya sama dengan tali sawat. Terdapat pelbagai  jenis rantai,  bergantung kepada komposisi bahan yang digunakan  atau kaedah pembuatannya.

Rantai dibahagikan kepada lima (5) jenis:

  1. Cast iron chain – rantai besi acuan
  2. Cast steel chain – rantai keluli acuan
  3. Forged chain – rantai tertempa
  4. Steel chain – rantai keluli
  5. Plastic chain – rantai plastik

Kegunaan jenis rantai besi acuan, keluli acuan dan tertempa semakin berkurangan kecuali untuk kegunaan tertentu sahaja. Contohnya;  rantai besi acuan untuk bahagian peralatan rawatan air, rantai keluli digunakan untuk  kawat penghantar di dalam kilang industri automotif.

Dalam artikel ini; fokus perbincangan tertumpu kepada jenis rantai keluli  yang juga dikenali sebagai rantai gelinting (roller chain).Rantai gelinting (roller chain) adalah rantai yang terdiri daripada plat luaran, plat dalaman, peniti (pin), pengalas (bushing) dan gelinting (roller). Ianya banyak digunakan sebagai rantai basikal, merupakan rantai paling awal dicipta. Terdapat 3 jenis berdasarkan rekabentuknya;

chain-3typesAtas kiri – rantai bebaling (pitch chain) 1/2 inci

Atas kanan – rantai langkau bergigi (skip tooth)1 inci

Bawa tengah  – rantai jemala /blok

 

1.1.1 Struktur Asas Rantai Pemindah (Transmissi) Kuasa

fig-11

 

Susunan tipikal rantai gelinting (roller chain). Terdiri daripada 3 komponen utama iaitu  penyambung mata rantai (connecting link), gelinting (roller) dan pengimbang mata rantai (offset link).

a) Penyambung Mata Rantai

fig-12

 

Kebiasaanya terdiri daripada plat penyambung  dan pin penyambung  yang  mudah dipasang. Terdapat 2 jenis penyambung mata rantai iaitu spring penyepit (spring clip) dan sendal (cotter).  Kedua-dua  penyambung diletakkan di atas plat penyambung dan pin penyambung, lalu diketatkan. Kekukuhannya menyamai rantai berkenaan.

b) Pengimbang Mata Rantai

fig-131

Pengimbang mata rantai digunakan apabila banyak mata rantai diperlukan. Dua plat dan pin dipasang menyelinap dan dua pelaras dipasang supaya kekukuhannya sama dengan rantai.

c) Gelinting Rantai

i. Plat

Plat adalah satu komponen yang menahan ketegangan (tension) pada rantai.  Ianya diperbuat supaya lasak dan tahan kepada sebarang perubahan sekitaran seperti karat, kakisan dan sebagainya.

ii. Pin

Pin merupakan bahagian yang berfungsi untuk meratakan dan membengkokkan plat rantai semasa bergerak. Ia juga satu bahagian yang membawa beban bersama-sama dengan pengalas apabila rantai melentur semasa gegancu (sprocket) sedang berputar. Pin mempunyai daya kilasan yang tinggi, teguh, tahan daripada bengkok, lasak kepada hentakkan dan tidak haus.

iii. Pengalas (Bushing)

Pengalas berfungsi meratakan dan menahan terikan pembengkokkan di antara plat dan gelinting apabila dikenakan beban muatan semasa rantai berpusing pada gegancu. Ianya juga bertindak sebagai sesendi di antara permukaan luaran dan dalaman  dengan pin yang membawa bebanan dan hentakkan.

 

Nota : Akan disambung dikeluarkan akan datang – penulis

Kayuhan Sawah Padi

img_6311Bergambar sebelum memulakan kayuhan (Foto oleh PERs)

Berlangsung pada 8/3/09 yang lalu. Saya dan isteri sampai di lokasi lebih kurang jam 6.55  pagi. Sedia menunggu Dr.Taufik dan isteri serta dua rakan basikal dari Sabak Bernam (mereka menginap di Homestay). Sejurus itu datang berkonvoi kumpulan PERs di ikuti anak saudara saya dari Puchong. Semuanya berkumpul di tapak letak kereta di hadapan Loji Penapisan Air Sg Sireh. Selepas mengambil sarapan pagi, masing-masing berkumpul untuk mendengar taklimat kayuhan dan bergambar kenangan. Kayuhan kali ini terdiri daripada pengayuh basikal MTB dan RB.

img_1673Seramai 30 orang pengayuh menyertai kayuhan ini (Foto oleh PERs)

Saya berlima turut  mengayuh iaitu isteri, anak saudara (isteri dan anak). Kali ini saya cuba mengayuh basikal yang telah saya perbaiki sendiri yang telah lama tersimpan. Saya pun tidak mengetahui macam mana basikal ini ada, yang pasti ianya milik rakan saya yang katanya pernah digunakan oleh anaknya untuk pergi ke sekolah. Daripada tersadai di belakang rumah, saya ambil baik-pulih. Setiap petang saya kayuh bergilir-ganti dengan basikal tua.

img_1801Saya, isteri dan Dr.Azmi berkayuh beriringan (Foto oleh PERs)

Isteri mengayuh basikal MTB jenama Proton T-Bolt, manakala saya mengayuh basikal yang telah lama tersimpan jenama Norton (kira tua juga) yang diperbaiki. Basikal Tua Raleigh, kali ini saya rehatkan kerana kalau dikayuh juga dia merengek hendak berteman. Tunggulah kayuhan akan datang, itupun kalau ada kawan. Inilah jarak yang paling jauh pernah isteri saya ikuti, walaupun belum cukup mahir menggunakan gear. Sepanjang perjalanan Dr.Azmi banyak membantu dan mengajarnya.

sawahpadiride_mba4Barisan pengayuh di tengah bendang (Foto oleh MBA2U)

img_1693Merentasi bendang yang terbentang luas (Foto oleh PERs)

Lagi

Iklan Samping

borangmtb1logo-2009-web2

map