Kayuhan Sawah Padi

img_6311Bergambar sebelum memulakan kayuhan (Foto oleh PERs)

Berlangsung pada 8/3/09 yang lalu. Saya dan isteri sampai di lokasi lebih kurang jam 6.55  pagi. Sedia menunggu Dr.Taufik dan isteri serta dua rakan basikal dari Sabak Bernam (mereka menginap di Homestay). Sejurus itu datang berkonvoi kumpulan PERs di ikuti anak saudara saya dari Puchong. Semuanya berkumpul di tapak letak kereta di hadapan Loji Penapisan Air Sg Sireh. Selepas mengambil sarapan pagi, masing-masing berkumpul untuk mendengar taklimat kayuhan dan bergambar kenangan. Kayuhan kali ini terdiri daripada pengayuh basikal MTB dan RB.

img_1673Seramai 30 orang pengayuh menyertai kayuhan ini (Foto oleh PERs)

Saya berlima turut  mengayuh iaitu isteri, anak saudara (isteri dan anak). Kali ini saya cuba mengayuh basikal yang telah saya perbaiki sendiri yang telah lama tersimpan. Saya pun tidak mengetahui macam mana basikal ini ada, yang pasti ianya milik rakan saya yang katanya pernah digunakan oleh anaknya untuk pergi ke sekolah. Daripada tersadai di belakang rumah, saya ambil baik-pulih. Setiap petang saya kayuh bergilir-ganti dengan basikal tua.

img_1801Saya, isteri dan Dr.Azmi berkayuh beriringan (Foto oleh PERs)

Isteri mengayuh basikal MTB jenama Proton T-Bolt, manakala saya mengayuh basikal yang telah lama tersimpan jenama Norton (kira tua juga) yang diperbaiki. Basikal Tua Raleigh, kali ini saya rehatkan kerana kalau dikayuh juga dia merengek hendak berteman. Tunggulah kayuhan akan datang, itupun kalau ada kawan. Inilah jarak yang paling jauh pernah isteri saya ikuti, walaupun belum cukup mahir menggunakan gear. Sepanjang perjalanan Dr.Azmi banyak membantu dan mengajarnya.

sawahpadiride_mba4Barisan pengayuh di tengah bendang (Foto oleh MBA2U)

img_1693Merentasi bendang yang terbentang luas (Foto oleh PERs)

Lagi

Advertisements

%d bloggers like this: