Kayuhan Sawah Padi


img_6311Bergambar sebelum memulakan kayuhan (Foto oleh PERs)

Berlangsung pada 8/3/09 yang lalu. Saya dan isteri sampai di lokasi lebih kurang jam 6.55  pagi. Sedia menunggu Dr.Taufik dan isteri serta dua rakan basikal dari Sabak Bernam (mereka menginap di Homestay). Sejurus itu datang berkonvoi kumpulan PERs di ikuti anak saudara saya dari Puchong. Semuanya berkumpul di tapak letak kereta di hadapan Loji Penapisan Air Sg Sireh. Selepas mengambil sarapan pagi, masing-masing berkumpul untuk mendengar taklimat kayuhan dan bergambar kenangan. Kayuhan kali ini terdiri daripada pengayuh basikal MTB dan RB.

img_1673Seramai 30 orang pengayuh menyertai kayuhan ini (Foto oleh PERs)

Saya berlima turut  mengayuh iaitu isteri, anak saudara (isteri dan anak). Kali ini saya cuba mengayuh basikal yang telah saya perbaiki sendiri yang telah lama tersimpan. Saya pun tidak mengetahui macam mana basikal ini ada, yang pasti ianya milik rakan saya yang katanya pernah digunakan oleh anaknya untuk pergi ke sekolah. Daripada tersadai di belakang rumah, saya ambil baik-pulih. Setiap petang saya kayuh bergilir-ganti dengan basikal tua.

img_1801Saya, isteri dan Dr.Azmi berkayuh beriringan (Foto oleh PERs)

Isteri mengayuh basikal MTB jenama Proton T-Bolt, manakala saya mengayuh basikal yang telah lama tersimpan jenama Norton (kira tua juga) yang diperbaiki. Basikal Tua Raleigh, kali ini saya rehatkan kerana kalau dikayuh juga dia merengek hendak berteman. Tunggulah kayuhan akan datang, itupun kalau ada kawan. Inilah jarak yang paling jauh pernah isteri saya ikuti, walaupun belum cukup mahir menggunakan gear. Sepanjang perjalanan Dr.Azmi banyak membantu dan mengajarnya.

sawahpadiride_mba4Barisan pengayuh di tengah bendang (Foto oleh MBA2U)

img_1693Merentasi bendang yang terbentang luas (Foto oleh PERs)

p3081770

p3081771

p3081772

p3081773

p3081774

p3081775

p3081776

p3081777

p3081778

p3081779

p3081780

p3081781

p3081782


3 Komen (+add yours?)

  1. mykyocera
    Mar 10, 2009 @ 13:49:45

    Basikal Raleigh jangan luper bawak turun kayuh minggu nie kat Melaka yer…jangan luper pakai pakaian 50-60 an sekali…orang Melaka dah tak sabar nak tunggu kedatangan cikgu ke sana🙂

  2. maza
    Aug 12, 2009 @ 13:22:55

    salam sedara…

    gambo tu berbasikal kat tepi sawah tu memang cun ler..

    so, saya copy dan paste kan kat dlm blog saya .. heheheh

    boleh kan.. hehehhe

  3. ijass
    Aug 12, 2009 @ 20:27:55

    Tidak jadi masalah atau kerugian jika Sdr Maza muaturun foto yang terdapat di Blog ini. Memang hasrat saya untuk dikongsi bersama dengan semua orang. Tetapi maaflah kualiti dan senifotonya kurang memuaskan, maklumlah tangkap ikut sesuka hati. SILAKAN…..

%d bloggers like this: