Kayuhan Selangor MTB Challenge 2009


Berlangsung pada 29/03/2009 di Bukit Lagong, Sg Buloh. Ini merupakan penyertaan pertama secara serious sejak keluar dari Institut Jantung Negara. Walaupun doktor mengesahkan tiada masalah yang membimbangkan , tetapi trauma berada di  bilik operasi (bedah)  masih ada dan membataskan segala aktiviti lasak seperti ini. Sejak aktiviti berkayuh diaktifkan semula, bermula dengan basikal tua masalah kesihatan dalam keadaan terkawal. Mempelbagaikan jenis basikal kayuhan meluaskan pengalaman dan meramaikan rakan kenalan.

bassel-0352

V022 tu saya . V = veteran

bassel-0481

Bersama kenalan semasa PCM

Keputusan Kategori Veteran : Kliks di sini.

Lihat foto-foto:-

SELANGOR MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2009
Selangor MTB 2009

Kayuhan akan datang :

KLMBH BASH # 175 – BDR TASIK PUTERI

8 Komen (+add yours?)

  1. rezdrake
    Mac 31, 2009 @ 15:18:24

    Salam bro.. tahniah bro ijas.. kita sempat bersembang kejap waktu jungle trekking.. saya yang tanya pasal PCM dekat bro :). apa pun memang lasak.. track dorang… tu 🙂

  2. ijass
    Mac 31, 2009 @ 21:23:23

    Salam Sdr Rezdrake,

    Terima kasih perkenalkan diri. Inilah peristiwa paling lasak pernah saya ikuti, percubaan saya berjaya kali ini. Balik hari itu terus jumpa doktor, BP turun normal 106/66 (63), gula 4.2. Syukur kepada Ilahi kerana memberikan saya kekuatan untuk melawan kesakitan sebagai satu dugaan. Di sini saya paparkan foto yang saudara ambil sewaktu mendaki bukit hari itu. Macam nak putus urat kaki di buatnya, tetapi sampai sahaja di Check Point 1 penganjur bagi makan pisang. Hilang serta merta segala penat lelah, bijak strategi penganjur……..terima kasih banyak-banyak. Lain kali jemput lagi.

  3. Rezdrake
    Mac 31, 2009 @ 22:20:00

    Alhamdulillah.. bagus bila dengar health status lepas event tu.. dahsyat semua dah turun.. looks like kena kerap laa join event macam ni lagi.. good for the heart.. for the health.. dah terbukti.. yeah sama laa bila turun check point tu pekena pisang.. trus segar.. nak continue. Sila laa ambil2 gambar yang ada dekat blog saya.. kalau nak dipublishkan.. 🙂

  4. ijass
    Mac 31, 2009 @ 22:36:24

    Assallamullaikum wrth Sdr Rezdrake,

    Terima kasih, lain kali kalau ada program kayuhan sila-silakan undang kami. Insya Allah saya akan ikut serta. Buat masa ini saya tengah kumpulkan beberapa orang kawan yang mempunyai minat mengayuh basikal. Setakat ini yang komited seramai lima (5) orang, tetapi mereka belum mahir selok belok mengayuh. Setiah petang kami berkayuh sekitar Batang Berjuntai/Batu Arang/Kota Puteri.

    PCM 11 & 12, saya tak mengayuh kerana ada urusan peribadi…….identiti saya adalah Basikal Tua. JUMPA LAGI

  5. iswady
    Apr 08, 2009 @ 00:24:42

    Salam bro…sy iswady yang lepak minum dgn abg lepas layan hash kat bandar tasik puteri rawang…harap dapat kirim gambar2..tq..

  6. mie
    Apr 08, 2009 @ 13:59:45

    salam bro…sy nak tanya pasal gambar hash 175. sy rasa bro ada amik gambar sy masa turun bkt. no 27. harap dapat di kirim 😀

    Terima Kasih

  7. ijass
    Apr 08, 2009 @ 21:12:36

    Sdr Iswady & Mie,

    Foto yang saya ambil ada lebih dpd 200, tak dapat saya kirimkan yang mana satu. Boleh muaturun melalui http://en.netlog.com/ijass/photo/setid=270403 dgn percuma. Sila gunakan pelayar mozilla. Sekiranya tak boleh dimuaturun sila nyatakan no.foto, akan saya kirim menerusi emel. Tkasih.

  8. epul
    Apr 26, 2009 @ 16:23:46

    saya nak yanya macam nak join aktiviti berbasikal.