IKUT KEMBAS 2010


Penantian selama ini untuk berjelajah dengan basikal akhirnya tercapai. Walaupun tidak sepenuhnya, rasanya amat praktikal dicuba dahulu. Seramai empat (4) orang ahli KUSCYC serta seorang ahli Kakikayuh telah tersahut cabaran yang diwar-warkan oleh Sdr Haris Kelolo. Program KEMBAS 2010, telah berlangsung pada  30/01/2010 bermula daripada Gombak dengan disertai oleh lima (5) orang pembasikal. Ketibaan mereka pulak disambut oleh ahli-ahli Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC) dan Kakikayuh di Stesen Trem, Kuala Selangor pada jam 11.45 pagi.

Foto Selamat Datang

Melepaskan lelah

Bertemu kenalan baru

Basikal Touring Old Skool jenama Singer Projek Sendiri (Sila bagi komen)

Menunggu Tetamu Kayuhan

Kayuhan diteruskan jam 12.00 pm melalui jalanraya utama K.Selangor-Teluk Intan.  Laluan ini melewati Pekan Tanjung Karang, Sekinchan, Pasir Panjang, Sg Nibong, Simpang Lima, Sg Besar dan Sabak Bernam. Melepasi sempadan Perak/Selangor kayuhan diteruskan oleh kelompok asal. Pasukan KUSCYC berbalik balik melalui Jalan Pasir Panjang danTerusan Utama (Ban Canal). Dalam perjalanan pengayuh kehabisan air minuman, terpaksalah  singgah di sebuah warung di Kg Seri Gambut untuk mengisi bekalan.  Kayuhan diteruskan melalui Kg Sawah Sempadan-Kg Sg Gulang-Gulang-Jalan Utama dalam keadaan gelap. Berbantukan lampu jalan dan kenderaan lalu-lalang kayuhan diteruskan sehingga ke rumah masing-masing lebih kurang jam 7.45 malam.

Bersedia untuk memula kayuhan.

10 Komen (+add yours?)

  1. nahar
    Feb 03, 2010 @ 00:00:55

    Tahniah KUSCYC kerana telah berjaya mengikuti KEMBAS (Kembara Basikal) yang mencabar ini…

  2. nahar
    Feb 03, 2010 @ 22:39:25

    aku cadangkan kita buat meeting… rancang kayuh
    1. Elmina
    2. Bukit Kapar
    3. Frim
    4. Antara Gapi
    5. Bukit Beruntung
    6. Tg Malim
    7. Kota Puteri
    8. RRI
    9. Damansara
    10. Bukit Tiara
    11. Bukit Cermin
    12. Putra Jaya offroad dan kayuhan malam.
    13. Kota Warisan
    14. Setia Alam
    15. Janda Baik
    16. Frazer Hill
    17. Genting Sempah
    18.dan banyak lagi

    • ijass
      Feb 04, 2010 @ 11:39:04

      Hari Ahad (7/2) kita kayuh ke Kota Puteri/Batu Arang, kumpul di RnR Simpang Ijok jam 7.00 pagi. Kita meeting semasa jamuan makan tengahari. Setiausaha tolong sediakan agenda dan minit mesyuarat??????.

  3. drismadisabarian
    Feb 05, 2010 @ 10:47:58

    salam to all KUSCYC :
    thank a lot to all rider from KUSCYC that ride for KEMBAS 2010 especially to bro ijass, bro nasir and other members..
    bro ijass : kalau ada ride lagi..inform kat saya ekss..saya dah convert beskal fuji saya jadi touring bike cuma beg kat belakang jer yang tak ada lagi…mana nak cari ekss..tq

    • ijass
      Feb 05, 2010 @ 14:47:15

      Terima kasih kembali,
      Anda tetap tidak dilupakan, 26-28 Feb ini ada satu tour Da Tua Gi Pangkor anjuran http://beskal.com. Mereka akan singgah di K.Selangor kalau berminat boleh join. Ahli KUSCYC akan sambut mereka dan mengiringi sampai larat kederat mcm hari itu.
      Wabak touring dah berjangkit, beg tour itu Sdr Haris Kelolo ada jual mcm yg beliau gunakan tak mahal harganya below RM100. Cuba contact beliau, masa touring tempohari beliau ada promote. Saiznya sederhana sesuai untuk kembara 2/3 hari. Kalau yg besar utk seminggu saya ada jenama Merida siap baju hujannya sekali harganya sekitar RM250-RM350.Kalau kayuh ke K.Selangor tolong beritahu, boleh kita sambut dgn “red carpet”.Jumpa lagi

  4. drismadisabariah
    Feb 07, 2010 @ 00:05:44

    salam bro ijass
    tqvm to all KUSCYC team..
    kalau saya nak tengok beg merida tu pada 13.2.10 di kuala coz saya balik kampung and then tapak untuk beg tu ada jual kat kedai beskal tak?tq

  5. drismadisabariah
    Feb 07, 2010 @ 00:07:47

    for ‘tua d pangkor’ jadikkkkk…saya follow geng KUSCYC kalau sempat saya siapkan projek ‘FUJI TOURING BIKE’ saya. mohon support dari bro ijass.tqvm