LAPORAN 1 JELAJAH 3 DAERAH


Aktiviti berkembara dengan basikal ini merupakan salah satu program yang diperkenalkan oleh KUSCYC untuk ahli-ahlinya. Kalangan ahli-ahli boleh menjana aktiviti berbasikal mengikut minat masing-masing. Pihak  pengurusan KUSCYC sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada semua ahli-ahli untuk merealisasikan impian mereka. Secara tidak langsung ianya akan menarik lebih ramai lagi bakal ahli baru untuk menyertainya. Aktiviti kembara atau jelajah kali ini dimulakan oleh tiga (3) ahli pemuka iaitu Sdr Ijass, Sdr Nasir dan Sdr Sa’i. Mereka bertiga telah memulakan kayuhan pada 16/03/2010 jam 7.30 pagi dari Kuala Selangor melalui Jalan Rawang menuju destinasi pertama iaitu Pekan Batang Berjuntai (Bestari Jaya). Mereka diiringi oleh Sdr Asari dan berhenti rehat untuk bersarapan pagi di Warong Pak Mail.

Inilah basikal penulis gunakan. Yang lama tetap berjasa.

Di Warong Pak Mail, Bestari Jaya

Rasalah keenakan aroma kopi di sini.

Menu utamanya ialah Nasi Lemak Ayam

Selera makan bertambah, tenagapun bertambah.

Perjalanan diteruskan melalui Jalan Raja Musa dan Jalan Timur Tambahan menuju Felda Sg Tengi. Sdr Asari berpecah laluan di persimpangan Jalan Timur Tambahan. Beliau meneruskan kayuhan solo ke Kuala Selangor melalui Jalan Raja Musa.

Di hadapan Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Di sempadan daerah Kuala Selangor-Hulu Selangor

Di sempadan daerah Hulu Selangor-Kuala Selangor

Sinar matahari yang terik tidak melemahkan para pengembara. Perjalanan di laluan yang lurus dan rata telah bertukar berbukit-bukau bermula dari persimpangan Bukit Tagar. Pendakian di laluan ini menguji kekuatan fizikal dan mental. Di gerai buah-buahan milik Perladangan Felda kami berhenti membeli pisang untuk bekalan kalori.

Pisang

Makan pisang untuk kayuhan yang mantap

Gerai Buah-buahan Perladangan Felda, Sg Tengi.

Kanak-kanak ini menyambut ketibaan kami

Kanak-kanak ini baru lepas mandi sungai, lalu mengejar kami.

Di Stesen Minyak BHP, Felda Soeharto.

Berbelah-bahagi, ke kanan atau ke kiri. Timbul idea kembara seterusnya ke Negeri Perak


Tanpa menghiraukan sinar matahari yang terik jarak perjalanan telah mencecah 86 km diikuti pula keadaan geografi yang landai tidak menyukarkan rentak kayuhan. Semuanya telah membakar semangat waja pengayuh tegar. Sebaliknya ketahanan fizikal tidak mampu dikekalkan kerana cuaca yang panas dan kering. Bekalan air minuman semakin susut.

Sg Dusun memisahkan dua daerah.

Daerah Sabak Bernam

Masih di daerah Hulu Selangor


Perhentian di cari untuk berteduh, tetapi malangnya keadaan belukar yang semak sepanjang jalan tidak sesuai. Setibanya di Ladang Gagasan, terdapat warung yang sesuai untuk berehat dan mengisi air minuman. Pemilik warung keluarga ini tergamam melihat kami yang berjuang bak medan perang. Kamipun bertukar cerita sehingga hilang kelelahan.

Bang jangan marah, kita ni jauh dari rumah.


Tanda amaran banjir yang tak banjir


Tengok warung sempoi saja, tetapi pemiliknya peramah.


Iklan ini ada kat sini saja. Besar tuuu.

Setelah meninggalkan warung makcik dan anak daranya, kayuhan diteruskan menuju Kg Belia 2. Jam di tangan menunjukkan jam 1.45 tengahari. Cadangan awal hendak singgah di masjid untuk solat zohor, tetapi ditunda kerana perut sudah meminta diisi. Kayuhan dilaratkan juga menuju Restoren Selera Rimba yang sudah dikenali ramai. Pemiliknya iaitu Sdr Hamka, seakan-akan tidak percaya salah seorang pengayuhnya adalah saya. Selama ini saya dan keluarga datang menjamu selera di situ dengan kenderaan bermotor, tetapi amat berbeza kali ini cuma kenderaan berkaki.

Menjamu selera Rimba



Menu utamanya makanan Ala-Jawa dan Ala-Banjar.


Singgah tengok kebun nenas.


Nenas belum berbuah.

Setelah berkayuh sejauh 125 km, kami bertiga memutuskan untuk mencari tempat penginapan. Rancangan asal menginap di Villa Permai Homestay, Parit 8, Sg Panjang dibatalkan serta-merta. Ini disebabkan sewaktu ketibaan di situ, selama 30 minit kami menunggu petugas homestay yang tidak muncul. Telefon didail tiada jawapan. Akhirnya kami bergerak menuju ke Raden Puteh Homestay, Parit 2 Sg Dorani beristirehat.

Sambungan di Laporan 2 Jelajah 3 Daerah.

Comments are closed.