Aktiviti Kayuhan Kelab Basikal Tua Batu Berendam di Putrajaya


Petang tadi (4.24 pm), saya menerima SMS daripada Sdr Jebat Melaka tentang hasrat ahli-ahli KBTBB ingin berkayuh di Putrajaya. Semasa saya berkunjung ke Melaka tempohari, mereka menyuarakan kepingin berkayuh jauh daripada Melaka iaitu Putrajaya. Saya ingat mereka berseloroh sahaja, sehingga saya menerima SMS barulah saya sedar mereka memang serious. Pada kesempatan ini saya memanjangkan undangan kepada semua peminat/pengayuh basikal untuk turut serta.

bbbk

Laluan yang dicadangkan :

a) Mula dan Tamat: Dataran Putra

                     i) Masa berkumpul : 3.00 -4.00 petang

                   ii) Masa kayuhan :  4.00 – 6.30 petang

b) Laluan : Dataran Putra – Jambatan Putra – Dataran Putrajaya – Dataran Rakyat – Dataran Gemilang – Jambatan Seri Gemilang – PICC (Ulang-balik)

c) Perhentian Rehat :

      1. Kompleks Istana Keadilan (Mahkamah)

     2.PICC

     3.Kompleks Perbadanan Putrajaya 

d) Jarak keseluruhan : 11.5 km

e) Kelajuan : 15 – 25 km/jam

f) Tema Pakaian  untuk pemilik basikal antik/klasik/tua :

                                             TAHUN 50AN

g) Sila Kliks Peta Laluan

Nota :

Insya Allah, kalau diizinkan kita sama-sama melihat gerhana separa matahari lebih kurang jam 4.30 petang. Bawalah besan air macam dulu-dulu, atau kertas penapis lutsinar berwarna untuk  tengok gerhana tersebut.


10 Komen (+add yours?)

  1. MBA
    Jan 03, 2009 @ 17:17:25

    Tuan;

    Basikal bukan antik boleh ke ambil bahagian?.

    3PM mungkin masih panas, mengapa tidak buat kayuhan pagi? (Melaka-Putrajaya barangkali perlukan 2 jam memandu).

    Salam.

  2. Taufik
    Jan 03, 2009 @ 18:00:20

    ALamak, berkayuh at 3pm, tak panas ke? Better buat waktu pagi kot….

    Apa pun saya berminat untuk join the cycling, kalau MTB diizinkan.

  3. ijass
    Jan 03, 2009 @ 20:14:57

    Tidak ada halangan, acara ini terbuka untuk semua tanpa mengira jenis basikal. Sdr Taufik dan MBA, memang 3.00 petang masih panas, nanti saya bincang balik dengan Sdr Jebat Melaka tentang waktu tu. Mungkin mereka ada sebab buat kayuhan petang , samada jauh atau ada yang tersirat.
    Apa-apa terima kasih kerana berminat untuk turut serta. Jumpa lagi.

  4. gerektua
    Jan 04, 2009 @ 00:07:28

    waah mesti meriah ni…

  5. Fareed Reza
    Jan 12, 2009 @ 20:51:41

    saya sungguh bangga dengan laman web basikal klasik. saya berharap jika ada apa2 aktiviti basikal tua saya mahu turut serta. Ini nombor phone saya 0172567686 @ 0133309747 Fareed.

  6. ijass
    Jan 12, 2009 @ 21:29:00

    Jika ada masa dan kelapangan dijemput turut serta.

  7. mykyocera
    Jan 12, 2009 @ 23:48:37

    Salam bro Ijass,

    Nanti minta tolong jadi tekong yer masa kayuhan nanti. Hope ramai-ramai yang ada basikal tua boleh turut serta :)…manalah tau satu hari nanti boleh kumpul 1 Malaya kasi pecah rekod Malaysia Book of Record🙂

  8. ijass
    Jan 13, 2009 @ 07:36:47

    Itu tak jadi masalah, member MTB juga nak ikut sama. Nampaknya tidak ada jurang perbezaan, itu yang bagus kerana matlamat kita adalah sama.
    Jumpa di saaaanaaaaaaa!

    Nota :
    Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa kira-kira pukul 4.30 petang pada 26 Januari ini.

  9. Admin NBT
    Jan 15, 2009 @ 06:51:47

    Seronoknya jika saya dapat turut serta program kayuhan basikal ini. Namun apakan daya saya sekarang sedang berada di negri di bawah bayu. Bagaimanapun saya mendoakan agar program ini berjalan lancar dan berjaya.

    “Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”

  10. putrajayawetland
    Apr 14, 2009 @ 10:26:24

    PROGRAM DAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH UNTUK PARA PELAJAR – ”CYCLING TREASURE HUNT”
    Salam mesra dari Taman Wetland Putrajaya!

    Taman Wetland Putrajaya merupakan salah satu komponen taman yang terdapat di kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan terletak di Presint 13 dan dibina dalam keluasan seluas 197 hektar dengan pelbagai spesies flora berjumlah lebih dari 12.3 juta. Taman ini telah dibuka untuk lawatan awam mulai 02 Februari 1999 dan sehingga hari ini, ia dianggap “wetland” binaan yang terbesar di kawasan tropika. Di kawasan taman ini, ia merangkumi kawasan wetland, Pusat Penghayatan Alam, Menara Pandang Jauh, Pusat Rekreasi Air, kemudahan awam dan tarikan lanskap yang menghijau. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti hari keluarga, perkhemahan, ’team building’, berbasikal, lawatan berpandu, berakit, berkayak dan banyak lagi.

    Pada bulan April 2009, Taman Wetland Putrajaya akan menganjurkan program “Cycling Treasure Hunt” di mana aktiviti ini terbuka kepada pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

    Tarikh : 18 April 2009
    Masa : 9.00 pagi – 2.30 ptg
    Lokasi : Taman Wetland, Putrajaya
    Yuran Penyertaan : RM 25.00 seorang
    Tarikh Tutup : 18 April 2009

    Hadiah:
    – Tempat Pertama : Hamper + Sijil + Cenderahati
    – Tempat Kedua : Hamper + Sijil + Cenderahati
    – Tempat Ketiga : Hamper + Sijil + Cenderahati

    Keterangan:
    – Sijil penyertaan disediakan kepada semua peserta
    – 50 peserta yang mendaftar awal akan diberikan T-shirt dan makan tengahari
    – Peserta boleh membawa basikal sendiri atau menyewa dari pihak Taman Wetland dengan kadar RM 8.00 sebuah dan terhad kepada 30 buah basikal.

    Aktiviti ini menggabungkan elemen cabaran dan pemikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah dimana peserta akan menjelajah keseluruhan taman Wetland dengan berbasikal dalam siri penjelajahan yang mencabar. Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan Taman Wetland kepada para pelajar serta mempromosikan aktiviti luar bilik darjah berkonsepkan alam semulajadi.

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi En Khairul Nizam/Cik Siti Hajar di talian 03-88731364 atau 013 – 2771608/017 – 2050115

    Terima Kasih

    Putrajaya Wetland
    Exist, Explore & Experience

%d bloggers like this: