Hercules Uncle Then Chee


Hercules Uncle Then Chee

Hercules Uncle Then Chee

Basikal jenama Hercules ini kepunyaan Uncle Then Chee. Saya berjumpa dengannya secara kebetulan sewaktu berkayuh sekitar taman perumahan pada suatu pagi, dia menegur saya dan pura-pura bertanya tentang basikal Raleigh saya. Beliau mendakwa ianya warisan daripada datuk kepada isterinya. Walaupun tidak lagi dikayuh tetapi beliau menyimpannya dengan rapi. Tengoklah sahaja kuncinya ada tiga demi keselamatan. Setiap satu kunci sesiapa yang berani membukanya bernilai RM500…….Sebelum ini beliau juga ada memiliki dua basikal jenama Raleigh, sebuah telah dipaksa beli oleh seorang pengurus FELDA dan satu lagi dicuri orang. Sebab itu Uncle Then Chee pasang tiga kunci pada basikal tersebut. Beliau teramat sayang dan menghargai basikal antik ini.

Logo Hercules

Logo Hercules

Nombor Siri HC74 15501

Nombor Siri HC74 15501

Pedal Cap Orang Tua
Pedal Cap Orang Tua

Pedal kaki Cop Orang Tua (kiri-kanan)

Pedal kaki Cop Orang Tua (kiri-kanan)

Handle ada Cop Orang Tua
Handle ada Cop Orang Tua

Sepit Udang Depan ada Logo Orang Tua (kiri-kanan)

Sepit Udang Depan ada Logo Orang Tua (kiri-kanan)

4 Komen (+add yours?)

  1. (Zul)Fahri
    Jul 08, 2008 @ 22:41:19

    Sepeda yang bagus, harta warisan yang tak ternilai harganya….salam ontel

  2. budak_baru_belajar
    Jul 10, 2008 @ 08:20:24

    salam, wah dasyatnya. tak dapat lah bro ijass nak mengurat basikal tu. kuncinya sahaja ada tiga.

  3. nizamkayuhje
    Sep 11, 2008 @ 11:14:26

    klau nak jugakbasikal ni kena pangil david coperfield

  4. ijass
    Sep 11, 2008 @ 21:32:37

    Salam Sdr Nizam,

    Tak payah panggil David Coperfield, pakai aje kertas yang ada gambar Agung……tak banyak RM1500/= …maka terlerai tiga utas kunci tu…….silap-silap dengan kuncinya sekali lebur jadi debu. Amacam…..

%d bloggers like this: