KAYUHAN MALAM ROTOR-X-TEAM


Sekalung tahniah kepada Rotor-X-Team Klang yang telah berjaya mengadakan aktiviti kayuhan ini. Acara ini telah berlangsung pada 6 November 2009 (Jumaat) jam 9.00 (kumpul) di Jusco-Aeon Bukit Tinggi. Kawasan yang luas untuk meletakkan kenderaan berbayar. Yang istimewanya ajaklah isteri dan anak-anak sekali, mereka pasti tidak menolak dan mengganggu-gugat pembasikal budiman. Kayuhlah sepuas-hati malam itu, sementara mereka berkayuh-kaki di Kompleks Jusco-Aeon sampai tak larat.
Penyertaan ini merupakan yang pertama kali, oleh yang demikian ramai di kalangan pembasikal belum cukup kenal-mengenali. Beberapa kumpulan seperti KayuhBeb turut serta bersama satu kumpulan dari Kg Delik, Berkat Kapar dan saya solo dari Kuala Selangor. Setelah dicampur-tolak-darab-bahagi lebih kurang 48 orang pembasikal turut berjuang pada masa itu. Sebelum bermula Bro Faizal memberikan taklimat-padat. Kayuhan dimulakan secara santai melalui beberapa bulatan, lama-kelamaan mereka memecut macam di kejar anjing garang. Penulis terpaksa ikut rentak mereka, tiba-tiba kumpulan besar (peloton) menghilangkan diri di satu bulatan tanpa dapat dijejaki. Cukup hairan ke mana mereka lesap, penulis berhenti menunggu kumpulan kecil yang lain di belakang pulak tak muncul-muncul. Dalam keseorangan penulis bergerak ikut rentak terkini menggunakan kemahiran membaca kompas alam. Sesampai di Jusco-Aeon , sudah ada kumpulan kecil telah tiba kemudian diikuti kumpulan besar yang lesap ditelan malam. Penulis tidak terkata apa-apa, sedang memikirkan peristiwa malam itu. Marilah kita layan foto-foto yang sempat dirakamkan, oleh kerana pergerakan terlalu laju penulis tidak ada kesempatan memukul gambar ketika berkayuh. Lain kali penulis akan bawa kamera lain bukan DSLR macam malam itu. Kepada Bro Wahid, Bro Kulat, Bro Rule, Bro Faizal , Bro Leon dan yang lain-lain jumpa lagi di kayuhan akan datang.

4 Komen (+add yours?)

  1. asmira suhadis
    Nov 10, 2009 @ 06:38:42

    catatan yg bagus