Kayuhan 109 km Putrajaya-Goldcoast


Kayuhan ini dianjurkan oleh Republic of Puchong (ROP), iaitu satu kumpulan pembasikal yang dianggotai oleh pengayuh yang betul-betul handal dan hebat. Perjalanan yang jauh bersama-sama pengayuh regular amat menguja semangat dan ketahanan mental-fizikal. Penulis, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah jam 5.15 pagi dan berhenti solat suboh di Surau Tol KLIA-Putrajaya. Tepat jam 6.30 pagi kami tiba di Dataran Masjid Putrajaya, telah kelihatan beberapa pengayuh sudah menunggu. Silapnya kali ini penulis mengayuh basikal MTB, bukannya RB. Pada awalnya memang basikal RB sudah sedia untuk dibawa, tetapi kesilapan teknik berlaku. Walau begitu ini merupakan satu pengalaman yang tidak pernah diajar. Perjalanan jauh di atas jalan raya, lebih selesa menggunakan basikal RB kerana daya pecutan yang stabil. Kali ini juga penulis tidak bertindak sebagai jurugambar, sebaliknya tugas ini dipikul oleh kedua-dua orang anak yang kurang berpengalaman. Jadi di dalam episod kali ini banyaklah gambar penulis tersaji. Hasilnya seperti yang bakal dipaparkan. Keadaan cuaca ketika itu adalah redup tetapi setibanya di Bagan Lalang hujan turun dengan lebat sebagai tanda menyambut ketibaaan wira-wira negara. Perjalanan balik tidak dapat bersama kerana penulis ada urusan penting. Saksikan media ini untuk mengetahui cerita yang amat menarik.

Atau muaturun foto Di SINI

Layari juga di SINI

Erratta : Ikut rekod GPS jarak sebenarnya 116 km.

10 Komen (+add yours?)

  1. haitsan
    Nov 15, 2009 @ 20:17:37

    terima kasih cikgu kerana sudi menyertai kami…
    terima kasih juga kerana mengabadikan gambar kami…
    insyaallah kita jumpa lagi di kayuhan 170km putrajaya-port dickson pula nanti…. insyaallah…….

    • ijass
      Nov 15, 2009 @ 22:51:19

      Jangan lupa kalau tak malu ajak-ajak kerbau kita nanti. Kali ini mesti power, kerana guna jentera yang lain. Bukan macam hari tu berat gila macam bulldozer, tapi yang leceh isteri nak ikut jugak………..

  2. haitsan
    Nov 15, 2009 @ 20:18:34

    saya minta izin gunakan gambar dalam blog saya… terima kasih.. :p

    • ijass
      Nov 15, 2009 @ 22:47:17

      Sdr Hait-san.
      Tak jadi masalah, tapi minta maaf kualiti foto kurang memuaskan, maklumlah jurukamera sambilan yang pukul. Saya sedang usaha dan edit ke Netlog sedikit masa lagi.

  3. radzi
    Nov 16, 2009 @ 01:24:05

    salam….saudara ijass camana saya mahu join saudara ijass cycling group….

    • ijass
      Nov 16, 2009 @ 15:40:51

      Sdr Radzi,
      Saya tidak ada sebarang group, jadi saya dengan muka tak malu belasah aja mana-mana group yang ada di Malaysia. Mula-mula saya join Putrajaya Critical Mass (PCM), kali pertama mereka tak kenal pun…….untuk tarik perhatian kita kena buat sesuatu yang unik. PCM, saya kayuh basikal tua, semua mata memandang kita, tak sengaja kita terkawan dengan mereka. Dari situ kita layari blog-blog mereka, tengok perkembangan group terutamanya aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Jika rasa kita ada kesanggupan dan kesediaan teruskan untuk meng”offer”kan diri untuk bergabung. Insya Allah mereka terima kita tak cukup tikar padang stadium dihamparkan, silap hari bulan diperkenalkan di dalam blog masing-masing. Terdapat group yang menganjurkan acara yang disertai oleh ramai peserta selalunya yuran penyertaan dikenakan untuk urusan logistik. Yuran yang dibayar amatlah berbaloi, kerana kita diberikan goodie (barang iringan), ini amat menyeronokkan kerana dengan mudah kita dapat kawan yang baik hati. Ada pulak group anjurkan acara kayuhan berkala samada siang atau malam, biasanya terdiri daripada kurang 20 orang, Sdr Radzi boleh bergabung dengan mereka, kebanyakannya mereka baik-baik dan amat mengalu-alukan. Selepas itu sdr akan rasa kepuasan yang lain-lain jika disertai pulak bersama-sama famili. Kalau sdr Radzi tinggal di Lembah Klang, boleh join PCM bulan November hari Jumaat minggu terakhir (28/11); ini belum confirm sebab Hari Raya. Berita terkini tengok blog PCM. TERIMA KASIH

  4. Jaff Kancil Silver
    Nov 17, 2009 @ 21:35:39

    Salam, saya rasa puas dapat menamatkan kayuhan PJGC bersama ROP walaupun terpaksa meredah hujan semasa kayuhan balik. Saya sebenarnya sedang proses untuk mendokumentasikan setiap aktiviti MTB saya agar dapat ditatapi dan dihayati oleh anak-anak saya betapa pada usia 42 tahun ayahnya masih mampu berkayuh sejauh 116km. Jika cikgu tidak keberatan, boleh tak emailkan saya gambar foto tersebut.
    Kerjasama cikgu sama dahulukan dengan ucapan terima kasih.

    • ijass
      Nov 18, 2009 @ 08:09:07

      Sdr Jaff,
      Semua foto boleh dimuaturun di SINI. Sebelum itu kena daftar jadi ahli percuma. Syabas, rajin-rajinlah buka blog untuk mengetahui aktiviti kayuhan semasa yang boleh diikuti. Jumpa lagi.

  5. ziiii
    Nov 18, 2009 @ 16:39:02

    ada ker peserta perempuan?