Geng Baru


Penulis telah berpindah tinggal sepenuhnya di Kuala Selangor mulai 1 Disember 2009. Dalam kesibokan mengemas, sempat juga meluangkan masa untuk berkayuh sekitar Stadium Malawati pada waktu pagi dan petang. Pada awalnya penulis berkayuh secara solo sahaja, tidak kelihatan kelibat pembasikal yang tegar. Aktiviti berkayuh terus berjalan, sehingga suatu petang penulis didatangi oleh seorang pembasikal iaitu En.Nahar. Keesokan petangnnya kami berdua bersama-sama berkayuh mengikut laluan Stadium-Tmn Alam-Bkt Malawati-Pekan Lama-Projek Barat Laut-Bandar Malawati. Hari-hari berikut telah bertambah kepada 3 orang yang diketemukan secara kebetulan iaitu En.Bob dan En.Asari. Seterusnya keanggotaan bertambah dengan penyertaan En.Nasir menjadikan jumlah setakat ini 5 orang. Pada hari Jumaat (11/12/09), kami berempat (Penulis, En.Nahar, En.Nasir dan En.Asari) telah melakukan kayuhan di laluan Stadium-Tmn Alam-Bkt Malawati-Pekan Lama- Projek Barat Laut-Bandar Baru dan pada hari Sabtu (12/12/09) laluan Stadium-Ujung Permatang-Bkt Belimbing-Tiram Buruk-Sg Gulang-Gulang-Sg Terap-Pasir Penambang-Pekan Lama-Bandar Baru. Di Hadapan Masjid Sultan Ibrahim kami bertembung pula dengan kumpulan pembasikal ACT Klang.

Di Puncak Bukit Malawati

Bersua dengan Pengembara dari Amsterdam, Belanda

Seorang lagi Pengembara dari Belanda

Sarapan di Sg Gulang-gulang.

Beramah-mesra dengan Geng ACT Klang

Bergambar ramai

1 Komen (+add yours?)

  1. yatt
    Dis 13, 2009 @ 10:40:42

    Salam, saya dr alo star dan br nk berjinak2 dgn arena pembasikalan ni. Dah beli satu basikal murah dan dah mula strt cycling sekitar bandaraya alor star ni. Tp xde geng le, hang ada ke kenai mana2 geng kt alor star ni yh bole introduce kt aku…