PUTRAJAYA CRITICAL MASS#21


Kayuhan PCM bermula lagi setelah ramai pengikutnya berehat sementara waktu pada sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.  Walaupun ada daya usaha daripada pihak penganjur-bebas mengadakan kayuhan biasa dan kayuhan khas pada hari Ahad, tetapi kayuhan malam itu menggamit memori. Penulis bertekad sepenuh hati pada hari itu untuk hadir berkayuh, walaupun pada mula ada  halangan kecil sebelum bertolak ke Putrajaya. Bertolak dari rumah jam 6.45 petang melalui Lebuhraya GCE, berlaku kesesakan yang amat teruk selepas Tol Bukit Jelutong sehingga Hentian Rehat USJ. Kesesakan itu menyebabkan perjalanan terganggu dan masa terbuang sia-sia begitu sahaja. Penulis tiba jam 8.10 malam di Tol Putrajaya dari Lebuhraya KLIA, singgah untuk solat Maghrib. Keadaan luar biasa berlaku, bilangan jemaah sangat ramai sedangkan keluasan surau hanya dapat menampung 2 saf sahaja. Memandangkan masa yang suntuk untuk menunggu giliran bersolat, penulis membuat keputusan meneruskan perjalanan dan bersolat di Stesen Petronas Percint 9. Jam 8.45 malam penulis sampai di Istana Keadilan, cuma kelihatan Sdr Haris Kelolo.  Hati penulis berbelah bahagi  samada PCM diadakan ataupun tidak, kerana sebelum pergi penulis menyemak blog PCM; ruangan komentarnya sunyi sepi. Setelah meletakkan kenderaan, penulis beredar ke arah bangunan Perbadanan Putrajaya, kelihatan sebuah kereta dengan basikal terletak di atas bumbung. Penulis tidak pasti siapa dia. Jam 9.00 malam satu persatu pengayuh datang memenuhi ruang letak kereta sekitar Istana Keadilan. Mereka bergegas mempersiapkan jentera masing-masing dan beramah mesra antara satu sama lain. Kayuhan agak lewat dimulakan lebihkurang jam 9.45 malam, kerana menanti ketibaab pengayuh lain yang masih terperangkap dengan kesesakan jalanraya di merata Lembah Klang. Laluan kayuhan kali ini berbeza sama sekali daripada masa lalu. Saksikan sendiri rakaman peristiwa PCM#21.

Comments are closed.