BERGAYALAH DENGAN JERSEY SIMTB2010


Penyertaan sulung ahli-ahli KUSCYC dalam acara jamboree telah memberi kesan gaya diri yang mendalam. Mereka telah menimba semacam pengalaman yang sukar diperolehi sebelum ini. Rata-rata mereka agak teruja untuk terus menyertai aktiviti berkayuh basikal lasak ini. Kecuali penulis yang telah melalui pengalaman tanpa dorongan daripada oranglain, yang lain terutamanya Sdr Asari, Sdr Saei dan Sdr Nahar telah dimotivasikan sebelum ini. Keyakinan yang tinggi telah membawa mereka ke Seri Iskandar. Mereka teramat berpuas hati, waima pihak penganjur sendiri telah berjaya mengadakan prasarana yang kelas. Bagi ahli yang tidak dapat turut serta iaitu Sdr Nasir dan Sdr Zul, mereka terasa terkilan dan cuma menimba cerita sahaja. Untuk merasakan bahang panas Seri Iskandar, kami telah berkayuh berpakaian jersey SIMTB2010 dari Kuala Selangor-Batu Arang (pergi-balik) sejauh 88 km. Pada hari Sabtu (27/02/2010) seawal jam 08.00 pagi kami berempat telah berkayuh secara santai, seraya mempromosikan aktiviti berbasikal sempena LtDL. Semasa berehat di persimpangan jalan ke UNISEL di Kg Rantau Panjang, tak semena-mena kami disapa oleh pasangan suami-isteri pengayuh daripada Scotland. Mereka berdua memulakan kayuhan daripada Shah Alam melalui Lebuhraya Guthrie-Jalan Kuala Selangor-Jalan Bukit Badong-Jalan Rawang-Lebuhraya PLUS.

Sdr Saei dan Sdr Nasir membetulkan posisi sadel.

Di hadapan Taman Kuala Selangor Utama

Kalau dah bergaya macam ni, memang hebat.

Di hadapan Selangor Fruit Valley

Selepas ini mereka berdua bergerak pantas.

Sebenarnya saban minggu ramai pengayuh daripada sekitar Lembah Klang menggunakan laluan di atas serta menjadikan Batang Berjuntai sebagai “transit”. Kami akan cuba menjejaki mereka jika ada kesempatan.

2 Komen (+add yours?)

  1. yan-atokMTB
    Mac 02, 2010 @ 08:42:23

    salam,

    cantik jersi..tempah ke beli dah siap..