Kayuhan Kuala Selangor-Sekinchan


Cadangan Kayuhan Kuala Selangor – Sekinchan

Penyertaan : Terbuka dan Percuma (Ahli Kuala Selangor Cycling Club WAJIB)

Tarikh/Hari : 09 Januari 2010 (Sabtu)

Tempat Berkumpul : Stadium Kuala Selangor

Masa Berkumpul : 7.30 AM

Masa Bermula : 7.45 AM

Laluan : Sila Rujuk Peta Di Bawah

Keperluan :

a) Basikal MTB/RB/TB dalam keadaan baik dan perkakasan.

b) Bekalan makan-minum dan sedikit duit untuk belanja.

c. Persalinan bersih (untuk solat), jika lambat balik.


——————————————————————-
Ulasan:
Kayuhan ini hanyalah disertai oleh tiga (3) orang pengayuh iaitu saya, Cikgu Asari dan Cikgu Nasir. Ahli-ahli yang lain tidak dapat bersama kerana ada urusan rasmi. Aboy ke Sarawak, Nahar betulkan basikal dan Zul ada urusan penting di saat akhir. Laluan asal terpaksa diubah kerana terdapat jalan yang ditutup kerana kerja perparitan JPS. Bertolak dari Stadium K.Selangor tepat jam 0745 melalui Route 5 ke Kg Sg Gulang-gulang – Parit Serong – Kg Tiram Jaya – Kg Sawah Sempadan – Kg Seri Gambut – Jalan Ban Canal – Parit 6 Sg Burong – Sekinchan. Kami berhenti rehat untuk mengisi perut di Tmn Ria, Sekinchan setelah berkayuh selama 2.5 jam. Tepat jam 1045 pagi kami bertiga bertolak pulang melalui jalan kampung sepanjang petak sawah padi sehingga ke Parit 1, Sg Sireh. Kemudian melencong ke jalan utama (Route 5) ke Pekan Tg Karang. Di Pekan Tg Karang, kami singgah sebentar di kedai basikal untuk membeli tiub basikal yang telah saya pesan dua (2) minggu lepas. Perjalanan diteruskan melalui Route 5 sehingga ke rumah. Jarak perjalanan ialah 90km (K.Selangor) / 95km (Assam Jawa). Pengayuhan kali ini tanpa rakaman foto kerana penulis/jurufoto kehilangan kedua-dua kamera DSLR dan compact tempohari. (Tengah kumpul duit beli kamera yang lain).

6 Komen (+add yours?)

  1. Ken@Kamarul
    Jan 07, 2010 @ 03:03:23

    Bro Ijass, kat mana tempat selamat nak parking kereta di Kuala Selangor? Kami bercadang nak Touring ke Pangkor paling dekat dari 30 Januari 2010 hingga 1 Februari 2010. Ingat nak start dari K. Selangor je.
    TQ

    • ijass
      Jan 07, 2010 @ 09:54:45

      Apa susahnya, parking aja kat rumah saya di Kuala Selangor sebelah Masjid Sultan Ibrahim atau nanti saya bincang dgn member YBK, Inspens, MDKS atau Sekolah yang berpagar serta ada Pak Guard. Boleh Geng KSCC join sekali, tapi 01 Feb. Selangor tak cuti. Kalau tidak memang cantik. Kalau takpun kami hantar sampai Lumut aja.

  2. nahar
    Jan 07, 2010 @ 15:15:22

    cikgu,

    kayuhan sekinchan 84 km tu.. larat ke MTB aku, aboy, zul ikut serta….

    pasal parking.. paling mudah di masjid je.. sebab di masjid tu ada kuarters ustaz matsaha, ustaz asraf dll. mereka bleh tlg tengokkan.. syor je…

    • ijass
      Jan 08, 2010 @ 09:04:55

      Nahar,
      Laratkan, kita kayuh santai dengan kelajuan purata 25-30 km/jam…….dijamin kerana sepanjang kayuhan kita akan melihat suasana bendang (sawah padi) terbentang luas yang menghijau bak permaidani, sejuk mata memandang. Ketika itu kita akan terleka basikal melunjur laju. Saya dah pernah alami dengan mengayuh “basikal Tua”. Alahai……kalau tak larat kita berhenti rehat kat mana-mana surau atau memancing kat Ban Kenal. Jangan lupa ajak geng baru yang semalam.

      Ken,
      Pasal parking kereta tak jadi masalah, Nahar cadangkan di masjid 200 meter jauhnya daripada rumah saya.

  3. Ken@Kamarul
    Jan 07, 2010 @ 16:50:39

    Bro Ijass.. kat K. Selangor ada offroad tak yg boleh layan… Akan kesana bercuti di Jeram sepanjang Tahun Baru Cina sambil2 cari fishing spot…Ada apa2 plan ke masa tahun Baru cina… Trip ke Pangkor mungkin di anjakkan ke 26-28 Feb 2010. So 30-31 ni mungkin tak jadi lah…

    • ijass
      Jan 08, 2010 @ 08:52:45

      Di sini selalu kami layan offroad sepanjang kolam udang, dari Tmn Alam-Sg Buluh(Sasaran). Di Batang Berjuntai sepanjang Ban Sg Selangor dari Kg Hang Tuah-Unisel-Sarang Burung. Di Jeram pula di sepanjang pantai dari Sasaran-Pantai Remis (lebuhraya pantai barat yang takjadi). Semuanya keadaan geografi tanah pamah (rata) tiada bukit, kurang merncabar tapi bolehlah untuk lepaskan geram.