DUA (2) NASIR KE PUNCAK ALAM


Kedua-dua pengayuh ini mempunyai nama dan kerjaya yang sama. Ditambah minat mengayuh tidak pernah luntur kecuali hujan, kerana mereka takutkan petir dan kilat. Setakat air hujan dan panas sang mentari masih mampu digapai. Seperti yang dijanjikan hari ini mereka memulakan kayuhan dari Assam Jawa ke Puncak Alam. Sebelum itu Nasir 1 yang lebih mesra panggilannya dalam dunia blog sebagai ijass menunggu pembasikal di Stadium K.Selangor jam 7.30 am. Cuma Sdr Nahar yang ada tetapi beliau telah memaklumkan hanya berkayuh sekitar Bkt Malawati sahaja kerana ada urusan kerja. Jam 7.45 am beliau bertolak ke Assam Jawa seorang diri dan bergabung dengan Nasir 2 lalu bertolak jam 8.15 am. Jalur laluan ialah Assam Jawa-Sasaran-Kg Bkt Kuching-Kg Bkt Cherakah-Jln Deraman-Puncak Alam.Jalan yang diiikuti kebanyakannya adalah jalan kampung. Telah menjadi kemestian ahli KSCC telah sepakat untuk mengelakkan daripada menggunakan laluan utama yang sibok dan sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Laluan yang digemari ialah jalan kampung yang lengang dan nyaman. Di Puncak Alam setelah berehat untuk bersarapan, kedua-dua pengayuh berangkat pulang menggunakan laluan yang sama. Jarak perjalanan keseluruhan ialah 62 km dan purata kelajuan jentera pula ialah 20 km/jam.

Shah Alam 2


Ambang Suria


Stesen Petronas Puncak Alam


Shah Alam 2


Shah Alam 2


Kg Bkt Kuching Tengah


Ambang Suria

4 Komen (+add yours?)

  1. shuhaimi
    Jan 17, 2010 @ 22:43:34

    salam
    saya memang minat sgt dgn bike toring ni
    tapi belum jumpa sahabat spt tuan ditempat saya
    mungkin satu hari jadi kenyataan
    tahniah kpd tuan berdua
    semoga xtvt tuan memberi kesejahteraan
    dan kesihatan yg baik

    • ijass
      Jan 18, 2010 @ 12:11:06

      Sdr Shuhaimi,

      Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan basikal kembara, belum ada rakan taulan yang mantap. Basikalpun saya ubahsuai daripada basikal lumba, beg itu jenis kotak, 2 buah dicantumkan menjadi satu di kiri-kanan, beg tengah itu adalah beg kamera. Beg pannier yg ada besar jenis Merida saya belum gunakan. Carrier jenis aluminium (ringan) saya beli dari Yan daripada AtokMTB. Saya buat untuk memudahkan menyimpan dan membawa kamera DSLR sepanjang kayuhan. Di samping itu sebagai tempat bahan simpanan mediks (peti kecemasan), perkakas dan alat ganti serta persalinan bersih untuk solat, rakan-rakan sekayuhan.

  2. shuhaimi
    Jan 20, 2010 @ 15:33:54

    Salam ijass. Terima kasih atas respond. Saya hargai sangat. Ijass, umur saya dh 45tahun(lokasi Kulim)mungkin boleh berbahasa sbagai abang mi dan bertugas disebuah bank. Sekarang ini ada 2basikal antic(l/k mcm gmbr atas blog ijass tapi xsecantik itu) satu yg England&1 yang Cina. Yang cina bgmi selalu naik sbb ringan. Seminggu sekali/dua kali travel ketempat kerja l/k 20km je atau utk tujuan lain. Tujuan dah tentu utk kesihatan memandangkan umur semakin lanjut.Bgmi juga cadang nak cari basikal yang moden utk tujuan road,tour dan sesekali masuk kampong/estate/hutan. Ada tak satu saja basikal (budget l/k 2k) yang sesuai utk semua tujuan diatas dgn hanya menukar tayar&rim sahaja….? Sistem eksober yg bagaimana sesuai utk semua keadaan diatas utk satu basikal itu sahaja…?Seterusnya bila dah dpt basikal baru bgmi rancang utk dptkan pannier utk touring/road. Mungkin ijass yg lebih berpengalaman berbasikal moden dapat memberi serba sikit panduan utk bgmi.

    • ijass
      Jan 20, 2010 @ 20:37:00

      Sepatutnya saya yang membahasakan diri sebagai “abang” sebab umur saya sudah 53 tahun; tergolong sebagai warga emas. Aktiviti berbasikal bertujuan untuk mengekalkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit kritikal seperti kencing manis, jantung, strok, buah pinggang, ulser dan darah tinggi. Kegiatan sukan yang lain seperti bolasepak, badminton, takraw, ragbi, golf, jogging dan sebagainya kurang sesuai dengan jiwa saya kerana faktor umur. Bermula dengan basikal tua, saya melangkah ke basikal moden yang telah lama ditinggalkan. Saya dapati berbasikal samada basikal tua atau moden sebenarnya tidak mengira umur kerana ianya merupakan salah satu kegiatan rekreasi dan riadah. Sangat baik kalau ahli keluarga dapat turut bersama, bertambahlah hubungan kekeluargaan. Modal yang dilaburkan cuma sekali tetapi ianya satu aktiviti yang berbaloi untuk kesihatan diri.
      Cerita pasal basikal serbaguna, saya kurang arif. Apa yang saya ikhtiarkan sekadar untuk kepuasan diri. Daripada pembacaan dan pengalaman oranglain jenis basikal yang tuan maksudkan dikenali sebagai “basikal hibrid”. Ianya sesuai untuk kegunaan di jalan raya atau lasak. Dari segi harganya ada yang mahal, sederhana dan ekonomi bergantung kepada aspek mekanikal ataupun jenama. Walaubagaimanapun itu bukan penghalang, boleh disesuaikan dengan kemampuan kita. Oranglain tak akan kata apa-apa. Kalau tuan rajin cuba lunjuri blog-blog pembasikal yang menceritakan pengalaman masing-masing. Jumpa lagi.