Kayuhan Putrajaya Critical Mass


Berlangsung  pada 28/11/2008 (Jumaat, 9.30malam) yang lalu, Kayuhan Putrajaya Critical Mass (PCM) di Precint 9. Program kayuhan ini di adakan pada minggu ketiga setiap bulan. Satu-satunya jenis basikal antik/klasik yang turut serta pada malam itu berjaya mencuri-pandang kalangan mereka yang mengayuh basikal “racing” dan MTB. Jarak kayuhan sejauh 20 km mengeliling Putra Jaya dapat dijangkau oleh kehebatan basikal tua dengan santai. Para pengayuh majoritinya kaum muda belia terpegun akhirnya walaupun pada awalnya mereka sinis mengatakan “alah basikal tua”. Trek yang berbukit dapat dilalui dengan mudah menggunakan hub SA 3 speed dengan lancar. Tiada langsung masalah mekanikal. Sepanjang perjalanan kalangan pengayuh rajin bertanya lebih lanjut tentang basikal tua.

Di masa akan datang, para peminat basikal antik di seluruh negara bolehlah bergabung untuk memeriahkan dan menampilkan bahan warisan dikhalayak ramai supaya generasi muda tidak ketinggalan untuk melestarikan bersama-sama. Kayuhan PCM bulan Disember nanti, diharapkan ada peminat basikal antik turut serta dengan saya.

pj280108

Semuanya telah sedia memulakan kayuhan

pj280136

Sempat juga memposing diri

pj280156

Berhenti sebentar di Dataran Masjid Putra

pj280169

Boleh tahan juga “unta tua” ni

pj280172

Menyesal aku jual basikal buruk kepunyaan ayah aku dulu

pj280178

Adik! basikal abang (uncle) tak ada “carrier” belakang

Ada cerita lagi PCM : 

Basikal Putih
Kooky Kash

Haitsan 

REDTONE 

Republic of Puchong

Projectrudy
Radicaliez

Don of All Mountain Bike Action

Matakiri
Man CIOCC

Rezdrake 

11 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Hired Shooter : Whiski Tango Foxtrot » PUTRAJAYA CRITICAL MASS 8
  2. rudy
    Nov 30, 2008 @ 02:51:34

    bro beskal bro memang legend . laaa.. kita jumpa lagi pcm depan.

  3. gerektua
    Nov 30, 2008 @ 21:00:29

    hidup gerektua!!!

  4. ijass
    Nov 30, 2008 @ 21:13:19

    Syabas kepada semua. Saya puas hati berkayuh mlm itu…….dpat jumpa kawan baru. Jumpa lagi.

  5. aini
    Dis 01, 2008 @ 00:30:42

    wah.. mcm beskal bapak saya yg saya tunggang dulu ke sekolah. jgn main2.. dgn beskal apek ni lah saya kayuh potong sayor orang kat atas flyover kat hometown saya OTW to school.

    habih beskal chopper semua kena tinggal. kesimpulannya, beskal apek lagi power OK ๐Ÿ™‚

  6. ijass
    Dis 01, 2008 @ 15:27:45

    Saya berkayuh hanya untuk riadah dan basikal tua jadi pilihan saya kerana bersesuaian dengan usia. Disamping itu dapat pula mengimbau kembali zaman kanak-kanak saya di era tahun 60an. Ketika itu saya pinjam basikal ayah jenama Raleigh dan kayuh di bawah palang kerana kaki tak sampai pijak pedal. Satu lagi keunikan basikal tua, ada hub gear 3 kelajuan, berbunyi cik..cik..cik…cik..cik…..sesekali tersasul “cikgu” iaitu profesion saya selama ini. Bukan setakat orang panggil saya cikgu tetapi basikal juga turut mendedikasikan dunia kerjaya …dimana kita pandai “baca, tulis dan kira”.
    Jumpa lagi . Wassallam.

  7. rezdrake
    Dis 02, 2008 @ 01:13:41

    Salam sahabat.. ari tu saya ada ride sama2 dgn bro.. saya yang angkat tangan kat bro.. waktu assembly..hari tu.. apa2 pun respek bro ride complete hari tu macam mana laa bro panjat bukit dgn 3 speed saja.. apa2 pun harap next ride kita dapat kayuh sama lagi.. psst saya pun ada beskal raleigh kat kampung.. dlm stor.. tok saya punya.. kena cari balik.. mana tau nanti boleh ride dgn beskal tua.. ada geng buat teman ride nanti haha ๐Ÿ™‚

  8. ijass
    Dis 02, 2008 @ 10:23:33

    Salam Rezdrake, maaflah saya belum saling kenal-mengenali dan tak perasanpun sdr yang mana satu……maklumlah first time ……..Insya Allah next PCM saya akan turun bersama-sama anak buah. Saya rasa santai naik bukit dgn 3 speed, kurang kerenah mekanikal. Dulu saya cuba kayuh MTB (masih ada tersimpan kat rumah) tapi tidak sesantai beskal tua. Jumpa lagi

  9. sektor2kemayoran
    Dis 03, 2008 @ 19:06:43

    tampil beda bung…!!!

  10. ijass
    Dis 03, 2008 @ 20:08:20

    Ini merupakan salah satu acara bersepeda yang diadakan saban bulan pada hari Jumaat minggu ketiga. Majoritinya sepedanya MTB, cuma hari itu hanya cuma saya sahaja bersepeda tua, agak unik dan ganjil. Tetapi mereka tetap menerima kehadiran saya dengan mesra. Yang dibimbangi oleh mereka mampu atau tidak sepeda tua mendaki bukit (kawasan tinggi). Jelas saya dapat melepasi halangan itu dan dapat menamatkan seperti mereka sejauh 25 km dengan aman serta santai.

  11. faizal
    Jun 07, 2009 @ 12:57:40

    salam bro..saya ada beberapa beskal chopper yg terbaru tomahawk sumuanya jenama raleigh..robinhood dah lego dah..kalo bro ada kenalan yg ada buat club chooper raleigh inform saya k.
    beskalchopper.blogspot.com