IKUT KEMBAS 2010

Penantian selama ini untuk berjelajah dengan basikal akhirnya tercapai. Walaupun tidak sepenuhnya, rasanya amat praktikal dicuba dahulu. Seramai empat (4) orang ahli KUSCYC serta seorang ahli Kakikayuh telah tersahut cabaran yang diwar-warkan oleh Sdr Haris Kelolo. Program KEMBAS 2010, telah berlangsung pada  30/01/2010 bermula daripada Gombak dengan disertai oleh lima (5) orang pembasikal. Ketibaan mereka pulak disambut oleh ahli-ahli Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC) dan Kakikayuh di Stesen Trem, Kuala Selangor pada jam 11.45 pagi.

Foto Selamat Datang

Melepaskan lelah

Bertemu kenalan baru

Basikal Touring Old Skool jenama Singer Projek Sendiri (Sila bagi komen)

Menunggu Tetamu Kayuhan

Kayuhan diteruskan jam 12.00 pm melalui jalanraya utama K.Selangor-Teluk Intan.  Laluan ini melewati Pekan Tanjung Karang, Sekinchan, Pasir Panjang, Sg Nibong, Simpang Lima, Sg Besar dan Sabak Bernam. Melepasi sempadan Perak/Selangor kayuhan diteruskan oleh kelompok asal. Pasukan KUSCYC berbalik balik melalui Jalan Pasir Panjang danTerusan Utama (Ban Canal). Dalam perjalanan pengayuh kehabisan air minuman, terpaksalah  singgah di sebuah warung di Kg Seri Gambut untuk mengisi bekalan.  Kayuhan diteruskan melalui Kg Sawah Sempadan-Kg Sg Gulang-Gulang-Jalan Utama dalam keadaan gelap. Berbantukan lampu jalan dan kenderaan lalu-lalang kayuhan diteruskan sehingga ke rumah masing-masing lebih kurang jam 7.45 malam. Lagi

Advertisements

Next Newer Entries

%d bloggers like this: