KE PUNCAK MENARA


Kayuhan ini sebenarnya bermula daripada Simpang Ijok melalui Jalan Kuala Selangor ke Kota Puteri. Dari sini ke Batu Arang melalui jalan alternatif ke Menara Pemancar Radio dan Telekomunikasi yang berada di puncak bukit yang tertinggi. Itu sebabnya di kalangan penduduk tempatan menyebutnya sebagai “jalan menara”. Ketinggian bukit tak dapat dipastikan, tetapi tampak kelihatan daripada Jalan Kuala Selangor.
Pada 07/02/2010 seawal jam 6.30 pagi Sdr Saie telah menjemput penulis terlebih dahulu sebelum yang lain-lain. Pengayuh yang turut serta ialah penulis, Sdr Saei, Sdr Nasir dan Sdr Asari. Kayuhan ini sebagai latihan tegar sebelum ke SIMTB2010 nanti.

[Kualiti foto kurang memuaskan, kerana menggunakan telefon PDA]

Dipersimpangan jalan ke menara
Di persimpangan jalan ke Batu Arang dari Kota Puteri

Masih berkabus di Puncak Menara


Sempadan Gombak/Kuala Selangor

Jalan Rawang

Aura Matahari

Di Pekan Batu Arang kami singgah untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Tasik Puteri. Di pertengahan Lebuhraya BTP kami berjumpa tiga (3) orang pengayuh daripada Rawang yang berhenti di hadapan SMKA Rawang. Berkenalan lebih kurang, perjalanan diteruskan ke Jalan Rawang yang dipenuhi selekoh tajam. Perjalanan di bawah naungan pepohon bukan sahaja meredupkan tetapi terasa banyak oksigen segar memasuki rongga pernafasan. Keletihan tidak terasa sehingga kami berhenti rehat di persimpangan ke KOPEDIK. Laluan berjajaran dengan Selangor Fruit Valley sangat panas hingga ke Pekan Batang Berjuntai. Untuk mengelakkan panahan bahang matahari berterusan kami melencung ke jalan kampung di bawah teduhan dedaun kelapa sawit. Kami sekali lagi berhenti untuk mengisi air minum yang telah habis di Warung Pak Hitam di Jalan Dato Karjan Bukit Badong. Penulis pekena air nenas sejuk, diikuti rakan-rakan yang lain. Selesai kami meneruskan kederat ke Simpang Ijok. Keseluruhan jarak kayuhan ialah 56 km di permukaan geografi yang landai dan berbukit-bukau. Semua pengayuh di dalam keadaan yang baik.

Minum Air Nenas Di Warung Pak Hitam, Bkt Badong.

2 Komen (+add yours?)

  1. Mohd Saie mahmood
    Feb 07, 2010 @ 20:47:28

    Tahniah kepada team KSCYC..kayuhan berbukit tu..puncak menara berjaya ditewaskan dengan kuasa kayuhan 75% shj..cayalah

    • ijass
      Feb 08, 2010 @ 07:53:16

      Akhirnya hasrat menawan puncak tertinggi dari arah Kota Puteri ke Batu Arang berjaya juga. Team KUSCYC memang serba boleh sekiranya 100% kuasa kayuhan digembleng. Cuti hari cina boleh ulangkali. TAHNIAH