CUTI-RONDA LUMUT


Penulis sekeluarga mengambil keputusan untuk bercuti di Lumut sempena Hari Cuti Deepavalli. Tidak ada program khusus yang diatur kecuali bertemu dengan kawan-kawan lama. Kesempatan ini penulis dan isteri gunakan untuk berkayuh sekitar Bandar Lumut, manakala anak-anak mempunyai aktiviti sendiri iaitu mandi-manda dan membeli-belah. Nampaknya sejak akhir-akhir ini aktiviti membeli belah sudah diturunkan kepada tiga (3) anak-anak. Penulis daftar masuk di hotel penginapan pada jam 1200 (17/10/2009; Sabtu), setelah bersua-mesra dengan rakan-rakan pada petang itu, penulis berkayuh sendirian sekitar Lumut sehingga ke Titi Panjang. Cuma pagi Ahad (18/10/2009) barulah penulis berkayuh dengan isteri selama lebih kurang 3 jam. Setelah selesai berkayuh disambung pula dengan acara kedua iaitu berenang. Tepat jam 1300 kami sekeluarga berangkat balik tanpa membeli belah seperti kebiasaannya.

Di Marina Wing, Lumut

Di Marina Wing, Lumut

Marina Wing

Marina Wing

Berlatarkan kapal dan bot berlabuh

Berlatarkan kapal dan bot berlabuh

Water Front, Lumut

Water Front, Lumut

Di Pintu Utama Maritim, Lumut

Di Pintu Utama Maritim, Lumut

Balai Polis, Lumut

Balai Polis, Lumut

Jeti, Lumut

Jeti, Lumut

Bukit sebelum Bandar Lumut (Tak Tahu Nama?)

Bukit sebelum Bandar Lumut (Tak Tahu Nama?)

Old Skool Bike, Experimental Ferum

Old Skool Bike, Experimental Ferrum

T-Bolt, Proton Excited

T-Bolt, Proton Excited

Lumut

Lumut

Tempat Penginapan

Tempat Penginapan

Marina Wing

Sendiri

Sila saksikan video di bawah ini.

3 Komen (+add yours?)

  1. rare li
    Oct 22, 2009 @ 09:11:23

    Assalamualaikum cikgu…
    Saya nak tanya tentang projek touring bike, kat situ dah tutup komentarnya…
    1. apa beza touring bike dengan basikal racing
    2. boleh tak kita basikal ini dipasang dgn gear mtb

    • ijass
      Oct 22, 2009 @ 13:30:20

      Sdr Rare Li, saya baru benar dalam lapangan ini. Kena rujuk pakar yang pernah mengalami seperti abang acid yang pernah jelajah Sulawesi (layari jomkayuh.com) atau geng AtokMTB. Terdapat sedikit perbezaan antara touring dengan racing bike. Frame RB boleh digunakan kerana ringan, cuma tambah carrier untuk bag dan fender depan dan belakang untuk halang lumpur atau air memercik. Handlebar selalunya jenis kupu-kupu atau tanduk, jenis racing pun boleh tetapi kurang relaxing. Sebarang gear boleh digunakan sebab ianya banyak membantu pengayuh menurun atau mendaki bukit/gunung sepanjang perjalanan. Tayar jenis separa botak sesuai mengikut keadaan jalanraya dilalui. Tayar MTB sedikit berat dijalan raya biasa. Suspension bukan kemestian, jika perlu depan sahaja, Sistem brek jenis rakap/cekam V, bukan hidrolik supaya senang diganti jika rosak. Asasnya basikal touring ini ringkas tetapi powerful sepanjang penjelajahan dari segi pemulihan dan pembaikan serta alat gantinya pula mudah didapati. Cerita lanjut nanti saya lencongkan kepada mereka yang pakar. Hari itu saya tanya En.Yong (FongSang, Sg Way) dan Herbert (KHS, Kota Damansara), beliau banyak beri nasihat dan panduan.
      Jumpa lagi.

%d bloggers like this: