Lanjutan Projek Basikal Kembara (Touring Bike)


Sedikit perubahan dilakukan, iaitu menukarkan fender dengan mudguard (pelindung lumpur) di kedua-dua bahagian. Mudguard saiz 26 jenis kepingan keluli yang biasa digunakan pada basikal tua. Pada mulanya pemasangan agak sukar kerana “clearance” (kelegaan) adalah kecil. Mudguard tersangkut pada tayar. Penyelesaiannya mudguard dipasang rapat ke fork  dan bahagian hujung perlulah ditarik sedikit ke atas. Oleh kerana saiz tayar 27×1.25 (32-630) panjang batang pengikat 27 sukar diperolehi, terpaksa menggunakan batang 28 yang perlu diubahsuai samada dibengkokkan atau dipotong. Pemasangan ke rangka basikal tidak ada masalah kerana tersedia lubang skru-nut di kedua-dua rakap depan dan belakang. Hasil kerja setakat ini adalah seperti dipaparkan di bawah.

Pandangan belakang dengan pemantulan cahaya.

Pandangan belakang dengan pemantulan cahaya.

Pandangan Sisi-Kiri

Pandangan Sisi-Kiri

Mudget Depan

Mudguard Depan

Pandangan Sisi-Kanan Mudget Depan

Pandangan Sisi-Kanan Mudguard Depan

Pandangan Sisi-Kanan Mudget Belakang

Pandangan Sisi-Kanan Mudguad Belakang

HM040218

HM040219

HM040220

HM040221

HM040222

HM040223

7 Komen (+add yours?)

  1. yan
    Sep 06, 2009 @ 15:37:19

    cantik dah tu..hujung tahun boleh join touring ke kuala atok ni..hehe..tinggal pasang beg aje..saya dah oder tapi belum sampai..

  2. ijass
    Sep 06, 2009 @ 18:11:33

    Yan,
    Dah banyak kedai pergi, nak cari mudget/fender aluminum tapi tak jumpa lagi……..sebab itu pasang yang hitam. Kalau beg tu ada, abang booking satu sekali dengan alum carrier tu.. Insya Allah, dah cakap dengan Rahman, diapun ada minat…..cuma kat Raub tak ada geng basikal Melayu. Nanti raya saya balik kampung……..Jumpa lagi.

  3. haslan
    Sep 08, 2009 @ 12:17:55

    cantik gak tu walau guna mudguard keluli old school saje…saya bercadang nak pasang mudguard di basikal saya jugak tp tgh fikir macam mana nak pasang sbb takde eyelet kat frame .. ada cadangan?

    • ijass
      Sep 09, 2009 @ 07:33:50

      Sdr Haslan,
      Ada 2 cara:
      1. Batang di pasang terus ke gantang (hub) macam pada basikal tua,
      2. Batang di pasang ke bracket yang dibuat pada kedua-dua fork/rangka.
      Cubalah, mana tahu tercetus pulak idea baru.
      Terima kasih.

  4. Rizal Alafiz Hj Sarugi
    Sep 09, 2009 @ 18:52:41

    Salam,sy Rizal Alafiz Sarugi Production Manager Eurofine Sdn Bhd, sedang mencari maklumat berkenaan basikal lama, utk dimasukan di dalam sekmen program majalah remaja yg akan ditayangkan di RTM1, Oleh itu sy memohon jasa baik persatuan @ individu utk membantu sy mendapatkan maklumat yg sepatutnya. No tel 0123791609 @ rizal_alafiz@yahoo.com

    • ijass
      Sep 09, 2009 @ 23:08:05

      Sdr Rizal,
      Terima kasih di atas keprihatinan syarikat sdr terhadap basikal tua. Saya mencadangkan agar Sdr Rizal boleh terus menghubungi Sdr Mk & Jaafar dari Kelab Sepeda Tua Kg Pasir Baru, Lembah Pantai no.telefon 0123592663 (MK), 0123618480(Jaafar), mereka sedia untuk bekerjasama.

  5. yan
    Sep 15, 2009 @ 08:33:34

    bang,

    bagi no hp..sms kat saya 013-930 6658 (yan) nak cite pasal carrier alloy..

%d bloggers like this: