Projek Basikal Kembara (Touring Bike)


Setelah berehat sementara  waktu daripada meneruskan minat terhadap basikal tua, penulis memberikan tumpuan kepada rangka basikal lumba (racing) jenama Singer. Basikal ini diperolehi daripada anak saudara di Ipoh. Semasa ditemui keadaan basikal ini dalam keadaan uzur, terbengkalai sejak 1994 selama 15 tahun. Ianya dibeli pada tahun 1986 ketika berusia 12 tahun sebagai kenderaan ke sekolah dan riadah.  Basikal ini tidak lagi digunakan apabila beliau melanjutkan pelajaran ke Jepun ketika berusia 18 tahun. Penulis telah membaik-pulih basikal tersebut dengan mengecat semula, mengganti tayar serta tiub, rantai,  engkol pedal (crank), tempat duduk, tali-kawat dan komponen mekanikalnya.  Komponen lainnya termasuk gear-ganjak jenama Shimano 6-kelajuan, sistem brek dan handel dikekalkan seperti asalnya. Penulis pernah mengayuh beberapa kali di Kayuhan Putrajaya Critical Mass selain kayuhan biasa. Oleh kerana keadaannya amat memuaskan, penulis melakukan sedikit inovasi kepada basikal kembara (Touring Bike). Matlamatnya untuk kayuhan santai sepanjang masa dan menjelajah tempat sendiri. Sekiranya projek ini memberangsangkan penulis berhasrat mencari basikal serupa yang lebih baik untuk penjelajahan yang mencabar pulak.  Semuanya bergantung kepada masa dan kesihatan serta ilmu yang sedang dituntut daripada para pengayuh basikal yang berpengalaman. Di sini dipaparkan foto berkaitan, sila komen jika sudi. Terima Kasih.

Pandangan Sisi-Kiri
Pandangan Sisi-Kiri
Pandangan Depan
Pandangan Depan
Lencana Singer (pembuat mesin jahit)
Lencana Singer (pembuat mesin jahit)
Carrier keluli kos rendah (RM11.00 sahaja).Akan datang nak upgrade aluminum pula.
Carrier keluli kos rendah (RM11.00 sahaja).Akan datang nak upgrade aluminum pula.
Handel kupu-kupu susah nak dapat, taruh tanduk lagi bagus (sepasang RM12.00)
Handel kupu-kupu susah nak dapat, taruh tanduk lagi bagus (sepasang RM12.00)

Tanduk kerbau balar

Projek 052

Projek 041

Projek 038

Projek 037

Foto lain akan menyusul, sedang cari begnya . Mudguard klasik sudah dipasang-  Penulis

11 Komen (+add yours?)

  1. yan
    Ogo 28, 2009 @ 14:03:34

    cikgu nak carrier aloy saya ada stok ni..rm50 aje

  2. ijass
    Ogo 28, 2009 @ 15:13:33

    Yan,

    Simpan, abg nak satu…..nak ambil bila iya. Mlm ni PCM19 takboleh pegi anak-anak balik nak berbuka kat kampung. Nanti beritahu, rasa-rasa nak ikut KayuhBeb kayuh pd 30/08 ni……tak janji juga. Apa-apapun Yan simpan dulu,comfirm last.

  3. ijass
    Ogo 28, 2009 @ 15:14:52

    Yan,

    Beg touring ada tak……puas abang cari tak jumpa.

  4. anakkawi
    Ogo 30, 2009 @ 02:44:47

    tetap basikal tua, ahahah

  5. haslan
    Sep 03, 2009 @ 09:11:08

    salam
    saya ingin mengetahui yg berikut
    a- apakah size tayar yg saudara guna?
    b- adakah fender itu aluminium fender, di mana boleh dibeli?
    wassalam

    • ijass
      Sep 03, 2009 @ 09:35:12

      Sdr Haslan,
      a. Saiz rim/tayar – 27 (27/1.50)…tayar racing.
      b. Fender aluminum itu memang dari asal sudah ada, tetapi kurang sesuai kerana tidak penuh. Sedang cari fender (mudget) aluminium tetapi susah nak juga kedainya. Langkah terakhir cari basikal jepun secondhand yang ada banyak ada fender jenis itu.
      TERIMA KASIH

  6. haslan
    Sep 03, 2009 @ 12:36:34

    salam

    a) rim/tayar – 27/1.5 ni mungkin kiraan lama, adakah sama dgn rim/tayar – 700C/35?
    b) fender yg asal tu masih lagi digunakan ke? kalau mahu letgo mungkin saya berminat cuma saya nak kena check betul betul basikal saya takut dia tak leh fit pasal skrg ni cuma ada beberama mm clearance saja dari top of tire
    c) fender basikal jepun boleh fit ke? saya rasa basikal jepun guna tayar size 26 .. mungkin kena modify sikit kot
    d) saudara tinggal adi kg pasir baru lembah pantai ke? jauh ke dari stesen ktm pantai dalam?

    wasallam

  7. ijass
    Sep 03, 2009 @ 23:46:50

    Sdr Haslan,
    a) Pembetulan- saiz rim 27×1 1/8 boleh guna tayar 27 x 1.25 (32/630), tayar dan tiub kena cari kedai basikal lama, itupun buatan Siam, China dan Indonesia. Parameter baru hanya untuk tayar buatan Eropah, Jepun dan USA, tayar Siam/China/Indonesia/Malaysia ada yang gunakan dan ada yang tidak,jadi minta maaflah kurang terperinci.
    b) Fender itu maseh saya gunakan untuk basikal satu lagi (old skool).
    c) Fender saiz 26 boleh guna tapi kena fit rapat betul-betul dan kena kemikkan sedikit kerana lebar kedua-dua forknya kecil. Cuma batangnya kena gunakan/ubahsuai saiz 28 (old skool) supaya rapat cantik. Saya dah cuba mudget (fender) penuh saiz 26 (old skool) boleh ngam.
    d) Saya tinggal di Kuala Selangor, tapi ada gabung group sepeda tua di Kg Pasir Baru.

  8. apik
    Sep 05, 2009 @ 22:27:53

    saya ahli basikal antik dri kota kinabalu….

  9. ijass
    Sep 06, 2009 @ 18:16:53

    Sdr Apik,
    Selamat Datang dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Setakat ini perkembangan aktiviti berbasikal di KK masih kurang di alam maya. Kalau sdr Apik dapat terbitkan blog berkaitan alangkah baiknya, dapat juga kami berkongsi pengalaman.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: