Basikal Tua Membawa Watikah Kemerdekaan


Sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang diadakan pada 10/08/2009,  sebuah basikal tua jenama Raleigh telah digunakan untuk membawa Surat Watikah Perisytiharaan Kemerdekaan Malaysia. Surat berkenaan di bawah oleh dua  warga watan bersama-sama sebuah gong gangsa. Mereka memasuki Dewan Lestari SMTKS, di mana ianya menjadi tempat berlangsungnya majlis tersebut .Dengan tepukan gemuruh dan laungan MERDEKA oleh rakyat jelata, maka sempurnalah Majlis Sambutan Kemerdekaan Malaysia Kali ke 52.

P8100244P8100236P8100237P8100245P8100251P8100253P8100238

4 Komen (+add yours?)

  1. chegu hopper
    Aug 13, 2009 @ 09:24:23

    Tahniah!!

  2. Ahli KSTKPB
    Aug 14, 2009 @ 00:20:02

    Tahniah Buat Cikgu Ijass kerana mengembalikan nostalgia bersepeda

  3. Mofti (sepeda Johor)
    Aug 17, 2009 @ 15:26:00

    Tahniah Cikgu…bukan saja mendidik anak bangsa utk maju kehadapan tetapi mengenali nostalgia silam.

  4. ijass
    Aug 17, 2009 @ 18:50:46

    Chegu Hopper, Ahli KSTKPB dan Sdr Mofti,

    Tidak besar sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara jika dibandingkan dengan usaha mereka yang membina dan membebaskan negara ini daripada belenggu penjajah. Cuma yang dapat kita kenangi adalah secebis warisannya apabila mereka cuma mengayuh basikal untuk membawa panji-panji bangsa melaungkan kalimat “MERDEKA”.

    Itu sahaja yang saya mampu selitkan di sudut hati anak bangsa kita. Lebih daripada itu saya sendiri tidak arif kerana saya bukannya guru sejarah. Saya hanyalah seorang guru kimia yang berbasikal tua setiap awal pagi melintasi deretan watan perkasa, sambil mereka mendendangkan lagu “BASIKAL TUA”.

%d bloggers like this: