Kayuhan Antara Gapi 2009


KAYUHAN ANTARA GAPI 2009

Meja Pendaftaran Peserta

Petugas Bantuan Beruntung Cycle Club

Petugas Bantuan - Beruntung Cycle Club

Peserta datang mendaftar diriPeserta datang mendaftar diri

Keluarga Berbasikal AtokMTB

Keluarga Berbasikal AtokMTB  P8090081 Dah mula rupanya

Acara kayuhan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan pembasikal di luar jangkaan. Setinggi “Puncak Dagu” dan “seSyabas” kepada penganjur Kelab Kembara PKNS dengan penyokong kuatnya  Beruntung Cycle Club yang bertungkus mulus mengendalikannya dengan sempurna dan baik sekali. Soal kekurangan dan cacat-cela adalah perkara lumrah, pembasikal dan pengayuh yang budiman tidak mengambil kira dan tidak kisah sedikitpun, asalkan selamat pergi dan selamat kembali. Lain kali boleh anjurkan acara serupa atau lebih mencabar daripada ini, “kalau boleh percuma” lagi bagus. Kelebihan penganjur ianya disokong oleh satu organisasi yang mantap dan memiliki kawasan yang luas. Selepas ini saya cadangkan Kota Puteri pula sebagai tempat mencabar lutut pembasikal selepas terbukti dagunya sampai ke puncak.  Di sini saya paparkan sebahagian foto yang sempat di”pukul”, malangnya tidak sebanyak macam selalunya kerana saya gunakan kamera “compat” bukannya DSLR. Ini satu pengalaman yang kurang menarik dalam satu peristiwa penting sebegini saya tidak berpuas hati dengan keupayaan kamera jenis ini. Lain kali saya akan patut ikuti saranan Sdr Iswardy pada hari berkenaan supaya menggunakan kamera DSLR, walaupun berat tetapi hasilnya sangat berbaloi.

P8090007

Merekalah yang menjaga keselamatan dan keamanan

P8090040

Dengar Taklimat

P8090068

Sedia untuk bermula

P8090017

Geng campuran PujMAC dan KayuhBeb

Geng PujMac (Pembetulan-Penulis)

P8090129

Mendaki Bukit Dagu

Ini khusus untuk Sdr Din dan Sdr Iwan.....sebagai bukti saya dah sampai kat iniIni khusus untuk Sdr Din dan Sdr Iwan…..sebagai bukti saya dah sampai kat ini

P8090161

Penerima Cabutan Bertuah

———————————————————————————–

Pada acara tersebut, saya sempat juga bertemu dengan ahli-ahli kelab basikal dan para blogger yang ternyata memang jauh lebih hebat daripada saya. Hanya menyatakan yang teringat sahaja iaitu AtokMTB, AsSakinah, PujMAC, BCC (supporting team), KayuhBeb, Roto X Team, KEV Pedal 2 Kick, FRIMbiker, R O Puchong, GLC, Sg Buaya Cycling, SBXC BIKERS, JOMKAYUH, ARB Bdr Tasik Puteri, Mahkota 6 MTB, Beskal.com, Speed Ontell CT, Anggerik MTB, PTEC Biker, P2CC, Berkat Bikers, Nilai MTB, Team Sauk XC, Rawang MTB, Samy Orbea, KLMBH, KD Cyclist, Btg Kali Rider, CYCCO, UMCT, UMobile CC, Genggerek, BBB, Lubuk Merbau Replica, WAY2RIDE, Radialmtb, KRTKP, Yellow Helmet, Senawang, Ridemore, Bursa MTB, Kakitua Riders, Budjetcheeput, Seremban Basikal Hash, TNB Elite, Mbikeabaruk dll. Jumpa lagi.

P8090155

Lelong Basikal

P8090031

Yang Baju Merah tu saya dengan DeDin dari AtokMTB

Lagi foto-foto DI SINI

Nota :

Untuk muaturun foto, perlu jadi ahli secara percuma di http://netlog.com. Semua foto yang terdapat adalah perkongsian percuma untuk koleksi peribadi sahaja.

Cara muaturun saiz penuh:

1. Kliks pada foto yang dikehendaki.

2. Semasa foto sedang diturunkan, tekan butang kanan tetikus  dan kliks  “save image as” (mozilla) atau “save as” (opera/internet explorer). Jangan tunggu sampai semua foto selesai dimuaturun, jika anda tekan butang kanan tetikus, yang keluar ialah “save link as” (mozilla).

3. Simpan foto di folder.

Jika ada masalah sila emel ke ijas@streamyx.com

8 Komen (+add yours?)

  1. assry
    Aug 11, 2009 @ 12:29:27

    Salam..
    Pembetulan..semua tu Team PujMAC…tak ada campuran..anyway..thanks

  2. ijass
    Aug 11, 2009 @ 19:48:31

    Sdr Assry,

    Apa-apapun mohon maaf di atas kesilapan yang tersengaja…….saya telah betulkan., Terima kasih banyak-banyak. Jumpa lagi

  3. assry
    Aug 12, 2009 @ 17:59:32

    No problem..Bro..harap dapat kayuh bersama satu hari nanti..

  4. ijass
    Aug 12, 2009 @ 20:20:58

    Sdr Assry,

    Terima kasih. Ternyata pembasikal (yang kayuh basikal) memang budiman sifatnya. Tak jadi masalah untuk sama-sama berkayuh, sekiranya ada masa kelapangan. Jumpa lagi.

  5. akmal
    Aug 25, 2009 @ 12:32:12

    Salam bro. duduk mane? selalu kayuh kat mane? jemput datang senawang. ade trail best.

  6. ijass
    Aug 25, 2009 @ 14:37:25

    Sdr Akmal,
    Saya duduk di K.Selangor, selalu kayuh Btg Berjuntai-Batu Arang & Tebing Sg Selangor. Kayuh sama KLMBH & Putrajaya Critical Mass. Insya Allah lepas raya…..Terima kasih

  7. assry
    Aug 25, 2009 @ 14:50:45

    Salam Bro..Jumaat nie layan PCM…insyaallah..kami akan berada disana…free2 calling la… 012-2881149 boleh ambik satu pic..diamsukkan dlm blog nanti.

    • ijass
      Aug 26, 2009 @ 11:38:36

      Ini masalahnya, kalau pergi PCM siapa yang nak jadi Iman Solat Tarawih……kalau dari sini lepas solat, kira kayuh detik 12.00 tengahari malamlah. Ambil kira habis tarawih 10.00 malam perjalanan dari K.Selangor ke Putrajaya lebih kurang 1 jam 45 minit. Selamat berkayuh….Insya Allah.

%d bloggers like this: