PCM#18 (31/07/09) datang lagi


Lanjutan dari PCM#17 pada 24/07/09 yang lalu akan diadakan sekali lagi pada 31/07/09 di tempat dan masa yang sama. Ini untuk memberikan peluang kepada mereka yang telah lama membuat perancangan. Apabila diubah sedikit rasa terkedu, dengar-dengar ada yang telah merancang hendak bawa kaum kerabat satu kampung berbasikal di Putra Jaya. Tetapi sebagai ingatan, kepada yang membawa kaum ibu dan gadis-gadis jangan dikhabarkan ada pasar malam……..nanti berkayuh tidak mereka menapak ke situ pula. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI…….program ini akan menjadi dengan sendirinya tanpa sebarang ucapan perasmian oleh “datuk bandaraya”. Cuma yang ada satu taklimat ringkas sahaja ……..sesiapapun boleh mengendalikannya.

PCM#18

PCM#18

Terkini :

Hari ini 696 Hari ini 699

Hari ini 707

Sebahagian daripada foto yang sempat di rakam untuk tatapan anda semua.

4 Komen (+add yours?)

  1. ManCIOCC
    Jul 27, 2009 @ 16:03:10

    Nasib baik bukan kat Jalan TAR. Gerenti basikal kena lelong buat jual kain berberan-beran…

  2. ijass
    Jul 27, 2009 @ 20:41:45

    PCM#17, aku bawa seorang isteri, dua anak dan tiga anak saudara serta 4 buah basikal……yang berkayuh cuma 2 orang lelaki sahaja…..yang lain pergi menapak ke pasar malam……angin betul rasa nak lelong 2 biji basikal itu….nasib baik kat Putrajaya bukannnya Jln TAR……minggu ini PCM#18 dia orang nak ikut lagi. Kita tengokkan sahaja……..

  3. ManCIOCC
    Jul 29, 2009 @ 15:59:52

    Loceng kan Daoh dah bawak mai.
    Deringkan kuat-kuat dapat perhatian ramai.
    Kemudian, lelong semuanya sekali.
    Macam dalam cerita P. Ramli.
    Gerenti semuanya mamai.
    Sure tak mau ikut lagi!!!

  4. GoogleGuy
    Aug 02, 2009 @ 20:22:21

    Glad I came back to this site some new very interesting items which I wanted to know more about. Great work on your site.

%d bloggers like this: