KLMBH Bash #177 Bukit Cerakah (Puncak Alam)


Kayuhan lasak ini telah berlangsung pada 31 May 2009 di Puncak Alam. Kawasan berbukit meliputi laluan tanah berkelikir  di sekitar Bukit Cherakah sehingga ke puncak. Ada dua laluan pilihan, iaitu Laluan Panjang dan Laluan Pendek, disertai oleh pengayuh yang berani dari kalangan tempatan dan luar negeri.  Kayuhan dimulakan jam 9.30 pagi dan tamat jam 12.00 tengahari. Acara berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

PuncakAlam 119Panorama daripada Puncak Alam

Penulis siap sedia untuk menyahut cabaran lasak

Penulis siap sedia untuk menyahut cabaran lasak

Minta nyawa

Minta nyawa

Foto lagi, kliks (More photos) : Puncak Alam 2009

_________________________________________________________

Kayuhan akan datang :

KLMBH #178 – Saujana Utama

Tarikh : June 28, 2009

Masa :  9.30am hingga  2.00pm

Lokasi: Saujana Utama

Jenis : bash

Penganjur : patawi

Pautan lanjut : Sila Klik

June Bash (#178) June 28th 2009

7 Komen (+add yours?)

  1. a0297717
    Jun 03, 2009 @ 21:47:16

    mmg best… sygnyer saya x join…

  2. faizal ahmad
    Jun 14, 2009 @ 15:46:56

    salam, bang saya nak tanya sikit. saya ni baru nak berjinak jinak main basikal ni. plan nak beli T-bolt. saya tengok spec dia agak ok dan harga dia pun x la sampai seribu. tpi kawan saya kata jangan beli sebab ramai yg beli t-bolt ni lepas tu jual balik pasal x puas hati. tu la pasal saya nak mintak pendapat abg ni.

    thanks..

  3. ijass
    Jun 14, 2009 @ 21:15:19

    Salam Sdr Faizal Ahmad,

    Ikut spec. T-Bolt mmg setanding jenama lain. Tapi maklumlah jenama keluaran lokal org kita ni kurang minat & rendah diri. Dari segi harga mmg paling rendah, jika diikutkan sejarahnya beskal ini ada kelas tersendiri. Mereka bukan x puas hati, tetapi cemburu dgn jenama luar negeri kerna kena racun rakan-rakan lain. Terpulang kpd individu bergantung kpd kemampuan kewangan.
    Bagi Sdr yg baru berjinak , T-Bolt kira ok hilangkan rasa rendah diri. Mmg pabila kita bersama geng beskal, mcm-mcm jenama mereka pakai, sebenarnya mereka tak kisahpun jenama apa kita pakai…….disitu juga kita teringin nak perubahan.W/Bmanapun ukur juga duit lebih dlm poket, paling penting maltamat kita berbeskal.
    Mula main beskal dulu saya pakai beskal tua, membuatkan gelak/kelakar mereka tengok, lepas tu beskal MTB zaman sekolah anak saya pakai, beskal racing tahun 70an baru pakai T-Bolt. Kini tengah kumpul duit nak beli beskal idaman yang mahal cecah RM10,000….itupun kalau isteri tak bising dan anak-anak habis belajar.
    Nasihat saya teruskan niat baik sdr jgn tunggu-tunggu, ikutkan kata hati kita pasti menjadi………lepas tu boleh fikirkan yang lain-lain.
    Berkayuh beskal sangat baik untuk kesihatan dpt menghindari penyakit kronik & mental (stress).
    Syabas!

  4. faizal ahmad
    Jun 15, 2009 @ 21:14:33

    thanks. satu lagi saya nak tanya. boleh x abg senaraikan event2 kayuh basikal malam2 ni. saya x boleh mengayuh tengah2 panas ni,x tahan.haha..putrajaya critical mass tu bulan 6 ni ada x? kalau x pakai helmet boleh kan?

  5. ijass
    Jun 15, 2009 @ 21:28:12

    Sdr Faizal Ahmad,

    1. PCM diadakan pada hari Jumaat (malam) minggu terakhir setiap bulan , selalu akan dimaklumkan di http://putrajayacriticalmass.blogspot.com/
    2. GLC diadakan pada setiap minggu sila klik http://gombaklegcycle.ning.com/
    3. Kayuhan Kesas Highway sila klik http://kayuhbeb.blogspot.com/.
    4. Geng Kayuh Malam-Bkt Antarabangsa/UK Perdana
    5. KLANG NITE FUN RIDE

    Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik http://www.jomkayuh.com

    Pemakaian topi bertujuan untuk keselamatan diri, merupakan satu kemestian.

  6. faizal ahmad
    Jun 18, 2009 @ 08:38:43

    bang, saya dah beli t-bolt 18 dah. jumaat ni ada ke PCM tu? kalau ada saya nak turun. kalau x pakai helmet boleh x? saya x sempat nak beli lagi ni..

  7. ijass
    Jun 18, 2009 @ 13:19:52

    Salam,

    Sdr Faizal, minggu ini PCM tak ada, akan diadakan pada 26/06/09. Nak confirm layari http://putrajayacriticalmass.blogspot.com/.

    TQVM

%d bloggers like this: