Sawah Padi Ride (SPR) at Tg Karang – Memanjangkan Undangan


Anjuran : Putrajaya Easy Riders (PERs)
Tarikh: 8.Mac. 2009 (Ahad)

Tempat Perjumpaan: Sekitar Homestay Sg Sireh, Tg. Karang

Sebarang perubahan program sila rujuk : http://putrajayaeasyriders.blogspot.com/

Sabtu (7.Mac.2009)

Check-in di Homestay Sg. Sireh (optional)

Tour Tg. karang/Kuala Selangor (optional)

Fireflies at Kuala Selangor (optional)

Sila uruskan sendiri,
Kampung Sungai Sirih Homestay:

Encik Abu Bakar Moin, Parit 1, Sg Sireh, Ban 4, 45500 Tanjung Karang, Phone: 03-3269 8004, Mobile: 019-346 7372

RM20.00/head: Bermalam sahaja

RM40.00/head: Bermalam + makan

RM60.00/head: Bermalam + makan + activity (bersawah, memancing dll)

Lain-lain, boleh arrange dengan this person.

Sunday (8th march 2009):

6.00am Convoy from KL : Meeting point R&R Sg Buloh (Restoran Jejantas, PLUS highway)

7.00am: Gather at Homestay Sg. Sireh Tg. karang

7.15am. Berkayuh-suggestion 40-50km, speed 15km/hr
11.30am. finish cycling/rest
12.00pm Lunch at Pan Timor restaurant (TBC)

—————————————————————————————-

Dipanjangkan jemputan kepada peminat basikal tua/antik/klasik sekitar Lembah Klang khususnya dan seluruh Malaysia, turut serta di aktiviti kayuhan di atas. Walaupun mereka berkayuh menggunakan basikal racing atau MTB…….basikal tua boleh bersaing. Saya sudah buktikan di Kayuhan Putrajaya Critical Mass yang lepas. Kelajuan purata basikal tua sewaktu santai di antara 15 km/jam hingga 25 km/jam. Jangan bimbang tertinggal di belakang………..kami semua akan tunggu sehingga di titik penamat.

……………………………………………………………………………………………….

Sedutan Komentar

aofuad said…

Saudara saudara,
We have more than a month to plan. Let’s make it happen.
Overnight stay is recommended.
We can watch the fireflies together.

December 17, 2008 5:36 PM

Blogger Taufik said…
Kalau ramai yang nak stay overnight, saya tolong boleh uruskan. Ada beberapa option lain penginapan seperti di fireflies resort(Terapung), Bkt belimbing, KS atau De Palma Inn, Kuala Selangor or Taman Alam Kuala Selangor.

December 17, 2008 6:47 PM

Blogger Alimuddin Shahid said…
Layanlah abg2 semua… dekat je dgn kampung saya – Sabak Bernam. Bila2 ready nak offroad frim ke, blh kita ride sekali…

December 17, 2008 9:09 PM

Blogger Taufik said…
Sdr Alimuddin, meh la join, best woo kayuh kat tepi sawah…

December 18, 2008 1:37 PM

Blogger Kopsia said…
Basikal tua boleh join tak, klau takboleh aku pegi kebunlah naik beskal.

December 21, 2008 6:32 PM

Blogger Taufik said…
Boleh, basikal apa puun boleh join. Jom kita kayuh sekali…

December 25, 2008 9:34 PM

Blogger CEMPAKA said…
Trima kasih, kalu gitu nak ajak member2 lain……..klau susah tempat nak stay….tido kat rumah kita kat Btg Berjuntai

December 25, 2008 9:57 PM

[Nota: Kopsia, Cempaka dan Ijass adalah orang yang sama]

Kalau berpandukan peta laluan, kawasan geografinya landai, tidak ada bukit-bukau atau gunung ganang. Sangat sesuai untuk kayuhan santai sambil menikmati keindahan jelapang padi dan suasana desa.

DATANGLAH RAMAI-RAMAI!

Peta Lokasi:

4 Komen (+add yours?)

  1. Taufik
    Dec 26, 2008 @ 16:52:58

    Adr Cempaka/kopsia,
    Terima kasih kerana mewar-warkan aktiviti kayuhan sawah padi ini. Harap dapat jumpa geng-geng lain dalam acara ini nanti.

  2. jaafarzain
    Jan 18, 2009 @ 12:08:09

    InsyaAllah saya join. Prefer overnight stay.

  3. ijass
    Jan 18, 2009 @ 23:16:08

    En.Jaafar, setakat duduk orang bujang rumah saya di Kuala Selangor kosong. Boleh stay lebih satu malampun tak apa, sebelah masjid Sultan Ibrahim. Ajak member-member lain.

  4. jaafarzain
    Jan 19, 2009 @ 21:44:39

    satu tawaran baik, terima kasih. akan consider nanti, siapa lagi?

%d bloggers like this: