Kayuhan PCM #9


Berlangsung pada 19 Disember 2008 yang lalu. Ini merupakan kayuhan yang kedua kalinya, hanya saya seorang yang berkayuh menggunakan basikal tua. Nampaknya peminat yang lain belum tergerak hati. Sebelah petang Sdr Mykyocera beritahu tak dapat turut serta di saat-saat akhir kerana ada urusan penting. Saya, isteri dan dua orang anak perempuan bertolak dari rumah ke Puchong  untuk ambil anak lelaki pula. Malam itu turut sama berkayuh anak saudara tetapi dia gunakan basikal MTB. Selepas sembahyang maghrib, kamipun bertolak ke Putrajaya. Langit kelihatan gelap, menandakan hujan bakal turun. Sampai di Putrajaya hujan telah turun, isteri pesan takpayah kayuhlah “nanti demam”. Tutup cerita & bebelan isteri serta anak-anak, hantar mereka ke rumah kenalan di Precint 11, memang dah janji nak ziarah. Hujan semakin lebat walaupun dah jam 8.50 mlm. Nekadkan diri pergi ke lokasi, buat alasan kat isteri ada meeting dengan geng, kalau terus hujan patah balik. Di lokasi anak saudara dah tiba bersama isterinya begitu juga peserta lain ada yang pekena teh tarik kat kedai mamak, yang lain bersidai di kaki lima. Semuanya semacam berdoa hujan cepatlah berhenti.

Masing-masing tidak berganjak seincipun, akhirnya hujanpun mengalah. Kayuhan di mulakan jam 10.15 mlm. Gambar-gambar yang ada  diambil daripada rakan kayuhan (Malam tu tak bawa kamera).

191204jpg

pcm1912

191203jpg

2 Komen (+add yours?)

  1. haitsan
    Dec 24, 2008 @ 14:33:34

    hehehee… cikgu dari K. Selangor?
    Saya orang Sg Besar.. ada 1 raleigh thn 60an.. tapi nk bwk mai sini tgk dah karat byk.. sayang jek.. dulu owner dia cikgu Mat Zin Bin Hj Abu Samah.. Kelab basikal tua Sabak Bernam… skang dpt pasang loceng dia je kat MTB saya..hehee

  2. ijass
    Dec 24, 2008 @ 16:29:03

    Lagi banyak karat lagi bagus, keantikannya terserlah, apatah lagi jika ada sejarahnya. Bertuah dapat disimpan dan buat sedikit gosokan untuk digilap…..nanti ternampak kerlipannya…..gosok jangan tak gosok…..kalau boleh saya nak tengok …. mana tahu ia 1 dalam sejuta……lumayan.

    Jumpa lagi

%d bloggers like this: