CUTI DAH HABIS

Sepanjang bulan Disember tidak banyak aktiviti meng”update” dapat dilakukan. Ini disebabkan masalah pihak Telekom menyambungkan semula talian telefon dan internet ke rumah baru. Kelalaian penulis membaca kemungkinan yang akan berlaku menyebabkan kesalahan ini  seolah-olah dicampakkan kepada oranglain. Pihak Telekom sebenarnya sedaya-upaya menyelesaikan masalah ini dengan berhemah sehingga tempoh yang dijanjikan telah dapat dikotakan lebih awal. Syabas diucapkan kepada pihak Telekom serta para petugas yang komited. Penulis sentiasa tenang  menghadapi masalah ini. Mula sekarang keadaan telah pulih.

Untuk menutup tirai 2009, geng baru bercadang hendak bergabung dengan aktiviti anjuran KayuhBeb. Dengan muka tak malu kami belasah aja, kalau mereka tak bagi kita orang balik.

Pembukaan tahun 2010, geng baru bercadang berkayuh pada 01/01/2010 (Jumaat) . Kayuhan keseluruhan mengambil masa lebihkurang tiga (3) jam, melintasi jalanraya persekutuan, negeri , mukim dan kampung.

Laluan cadangan :

1.K.Selangor-Kg Kuantan-Bkt Rotan-Ijok-Parit Mahang-Bukit Hijau-Simpang Tiga-Jeram-Sasaran-Assam Jawa-K.Selangor.

atau

2.K.Selangor-Ujung Permatang-Bkt Belimbing-Raja Musa-Kg Makmur-Unisel-Batang Berjuntai-Kg Kuantan-K.Selangor.

Tempat / Berkumpul : Stadium Kuala Selangor / 07.30 am

Mula Berkayuh : 07.45 am

Profil Geografi : Tanah Pamah (Rata & Landai) / Jalan Tarmac. Amat sesuai untuk MTB , RB,TB atau “basikal tua”.

Kepada para pembasikal sekitar daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam serta yang lain-lain, sudikanlah bersama kami. Kayuhan seperti ini amat jarang berlaku, anda akan disambut kehairan oleh kalangan penduduk setempat.

Di penghujung tahun 2009 ini, berakhirlah cuti yang panjang  maka aktiviti berkayuh terhad pada waktu petang/malam atau hujung minggu. Minggu depan akan bermula dengan azam baru tetapi lama kemejadiannya.

Geng Baru

Penulis telah berpindah tinggal sepenuhnya di Kuala Selangor mulai 1 Disember 2009. Dalam kesibokan mengemas, sempat juga meluangkan masa untuk berkayuh sekitar Stadium Malawati pada waktu pagi dan petang. Pada awalnya penulis berkayuh secara solo sahaja, tidak kelihatan kelibat pembasikal yang tegar. Aktiviti berkayuh terus berjalan, sehingga suatu petang penulis didatangi oleh seorang pembasikal iaitu En.Nahar. Keesokan petangnnya kami berdua bersama-sama berkayuh mengikut laluan Stadium-Tmn Alam-Bkt Malawati-Pekan Lama-Projek Barat Laut-Bandar Malawati. Hari-hari berikut telah bertambah kepada 3 orang yang diketemukan secara kebetulan iaitu En.Bob dan En.Asari. Seterusnya keanggotaan bertambah dengan penyertaan En.Nasir menjadikan jumlah setakat ini 5 orang. Pada hari Jumaat (11/12/09), kami berempat (Penulis, En.Nahar, En.Nasir dan En.Asari) telah melakukan kayuhan di laluan Stadium-Tmn Alam-Bkt Malawati-Pekan Lama- Projek Barat Laut-Bandar Baru dan pada hari Sabtu (12/12/09) laluan Stadium-Ujung Permatang-Bkt Belimbing-Tiram Buruk-Sg Gulang-Gulang-Sg Terap-Pasir Penambang-Pekan Lama-Bandar Baru. Di Hadapan Masjid Sultan Ibrahim kami bertembung pula dengan kumpulan pembasikal ACT Klang.

Di Puncak Bukit Malawati

Bersua dengan Pengembara dari Amsterdam, Belanda

Seorang lagi Pengembara dari Belanda

Sarapan di Sg Gulang-gulang.

Beramah-mesra dengan Geng ACT Klang

Bergambar ramai