JAMBOREE LASAK MTB TELUK BATIK

TARIKH : 13 MAC 2011 (AHAD)

LOKASI : TELUK BATIK, LUMUT

GELAGAT JURUFOTO

Di atas jambatan Marina Island

Majlis Penamat

Hentian Pondok

Di atas Jambatan Marina Island

Majlis Penamat.

Kayuhan Kota Puteri 2

TARIKH : 27 FEBRUARI 2011
LOKASI :KOTA PUTERI SEKSYEN 5
JARAK : 25 KM

PAUTAN DI SINI

KAYUHAN PAIP BESAR 2

TARIKH : 20 FEBRUARI 2011
LOKASI : KOTA PUTERI/BATU ARANG
JARAK : 25 km

KAYUHAN PAIP BESAR 1

TARIKH : 20 FEBRUARI 2011 (AHAD)
LOKASI : KOTA PUTERI – BATU ARANG
JARAK : 25 km
JUMLAH PENGAYUH : TIGA (3)

KAYUHAN BUKIT MAYONG

TARIKH : 13 FEBRUARI 2011
MASA : 8.00 PAGI

Kayuhan ini disertai hanya empat (4) pengayuh tegar KSCC iaitu Sdr Ahmad Nasir, Sdr Sa’i, Sdr Asa’ari dan Sdr Zulkifli. Kayuhan bermula dari Kota Puteri, ke Bukit Mayong dan Taman Alam Jaya. Keadaan muka buminya berbukit bukau.


Kayuhan Ke UITM, Puncak Alam

Pada 06 Februari 2011, seramai tiga (3) orang pembasikal RB iaitu Sdr Ahmad Nasir, Sdr Mat Nasir dan Sdr Asa’ari telah menjejakkan kaki ke Kampus UITM, Puncak Alam. Rancangan asal cuma setakat Puncak Alam, tetapi di atas arahan Tuan Presiden yang telah berjaya mendapatkan keizinan daripada pihak keselamatan kayuhan diteruskan sekeliling kampus. [Nota : Setinggi penghargaan kepada pihak UiTM]. Ternyata kampus ini menyediakan kemudahan laluan khas berbasikal di sekitar kampus kepada para pelajarnya. Dengan landskap dan bentuk geografi yang menarik kayuhan keseluruhan sekitar kampus sahaja mencecah 10 km. Syabas kepada pihak pengurusan UiTM yang arif tentang hal ini.
Pihak kami tidak dapat memaparkan foto-foto yang menarik kerana Tuan Presiden tidak membawa kamera pada kali ini. Beliau berjanji akan mengulangi kayuhan ini di suatu masa nanti. Harap Maaf.
Kayuhan akan datang “ROMBONGAN ALUMNI UiTM KSCC”, terbuka kepada semua pembasikal yang rasa-rasa masih ada keinginan hendak menjadi “mahasistua”.

Catatan : Tuan Setiausaha, silakan menguruskan surat kebenaran lawatan daripada pihak pengurusan UiTM, Puncak Alam.

Kayuhan Pecah Tanah

Tarikh : 3/2/2011 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi

Hanya seramai 6 orang yang turut serta dalam kayuhan ini. Bermula di Taman Assam Jawa melalui Jalan Rancangan Tanah Kg Api-api ke Sasaran (Sg Buluh). Kayuhan disertai oleh Sdr Asa’ri, Sdr Zamri, Sdr Nahar, Sdr Reza dan Sdr Nasir melalui Jalan Bukit Kuching ke Jalan Rizab Deraman. Di Jalan Simpang Tiga Jeram, operasi pecah tanah dimulakan berhampiran kawasan kuari. Oleh kerana keadaan sekitaran yang tidak selamat, keputusan menangguhkan kerja-kerja seterusnya terpaksa diambil sehingga suatu masa kelak. Keberangkatan pulang pula melalui Jalan Pantai Jeram, dengan jarak keseluruhannya 64 km.

KAYUHAN ECO-5 BERADIK

Tarikh : 16 Januari 2011
Masa : 0800 pagi
Lokasi : Taman Damai Utama, Kuala Kubu Baharu
Penganjur : Assakinah Cycling Club
Peserta KSCC :
1. Ahmad Nasir bin Saji
2. Zulkifli bin Zali
3. Mat Rozi bin Noor
4. Mohd Ilham bin Mohd
5. Mohammmad Nur Azam bin Bahtiar

Foto-Slid Kayuhan Santai Eco-5 Beradik Assakinahcc:

http://images.travelpod.com/bin/tripwow/flash/tripwow.swf
Kayuhan Santai Eco-5 Beradik Assakinahcc Slideshow: Ahmad’s trip to Kuala Kubu Baharu (near Bukit Fraser), Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bukit Fraser slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Kayuhan Bersama Adun Batang Kali

Tarikh : 9 January 2011 (Ahad)
Lokasi : Kg Rasa Tambahan, Kuala Kubu Baharu
Destinasi Kayuhan : Empangan Sungai Selangor

Foto-Slid Kayuhan Bersama Adun Batang Kali

http://images.travelpod.com/bin/tripwow/flash/tripwow.swf

Kayuhan Bersama Adun Batang Kali Slideshow: Ahmad’s trip from Rasa (near Genting Highlands, Pahang, Malaysia) to Kuala Kubu Baharu (near Bukit Fraser) was created by TripAdvisor. See another Bukit Fraser slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

BERNAM JAYA MTB JAMBOREE 2010

Kelab Pengayuh Basikal Kuala Selangor (KSCC) tidak ketinggalan turut menyertai kayuhan ini. Seramai 14 orang pengayuh telah mengambil bahagian. Acara BJJ 2010 ini berlangsung di Bernam Jaya, sebelahan dengan Tol Tanjung Malim. Pihak penganjur iaitu PKNS MTB telah berjaya mengendalikan acara ini dengan baik tanpa sebarang kecacatan. SYABAS dirakamkan kepada semua petugas yang bernaung dan bersatu-hati. Khabarnya inilah satu-satunya acara yang terbaik untuk tahun ini dari segi penganjuran. Jamboree akan datang akan diadakan di KOTA PUTERI, IJOK.

Keputusan Rasmi :

1. 200 Lelaki Terbaik
2. 10 Wanita Terbaik

http://images.travelpod.com/bin/tripwow/flash/tripwow.swf

Bernam Jaya Mtb Jamboree 2010 Slideshow: Ahmad’s trip to Taman Bernam Jaya (near Bukit Fraser), Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bukit Fraser slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Bahagian Basikal

Beberapa bahagian basikal Raleighku

1. Lampu Depan

Lampu depan

2. Striker Rangka Tegak

Rangka Tegak
3. Striker Tubing Tengah
Rangka tengah
4. Striker Bahagian Belakang
Belakang

5. Peti Rantai

peti rantai

Lagi

Dari Stor

Di sini saya paparkan basikal-basikal tua yang sedia disimpan, tersimpan dan direhatkan oleh pemiliknya kerana terlalu hebat. Penulis mohon maaf tidak dapat memaparkan gambar penuhnya di atas permintaan pemiliknya. Maklumlah basikal pingitan.

Lampu

Lampu (gambar kurang jelas)

Lagi

Video Berbasikal

Dipaparkan aktiviti-aktiviti berbasikal dalam bentuk video dipetik daripada Youtube. Untuk tontonan sahaja (penulis tidak dapat maklumat status hakciptanya)

1. Perarakan berbasikal (Basikal Tua Sg Petai,Pasir Putih, Kelantan) - video_01

2. Kuasa Pecutan Basikal Tua (Basikal Tua Sg Petai,Pasir Putih, Kelantan) – video_02

3. Kayuhan Basikal Antik (Basikal Tua Sg Petai,Pasir Putih, Kelantan) -  video_03

PERTEMUAN DENGAN ONTELIS BANDUNG

Sempena lawatan ke Indonesia pada 28/05/2008 yang lalu, saya berkesempatan bertemu dengan peminat basikal (ontelis) di Kota Bandung. Paling gembira saya di bawa oleh Ricky (Ketua PSB) pada 29/05/2008 malam ke tempat perjumpaan mereka di Jalan Jend.A.Jani. Saya berpeluang berkenalan dengan mereka dan melihat sendiri aktiviti yang mereka rancang. Yang paling mengkagumkan koleksi basikal (sepeda) semuanya antik dan cantik.

Di ruangan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyambut saya dengan ramah-mesra terutamanya Sdr Ricky yang sanggup datang menjemput saya di hotel penginapan. Di sini adalah sebahagian foto yang sempat dirakamkan.

Logo Persatuan Basikal Lama (Paguyuban Sapedah Baheula) Bandung

Deretan koleksi basikal ahli-ahli.

Lagi

Raleigh BJ51510

Basikal Raleigh bernombor siri BJ51510 terbiar di belakang rumah seorang jiran saya. Keadaannya semasa dijumpai berkarat, usang dan komponennya banyak yang telah tercabut. Cuma yang asli adalah rangka utama dengan nombor sirinya terletak di bawah tempat duduk. Logo kepala burung pula di bahagian depan. Komponen yang lain rojak singapore. Maklumat daripada empunya tuan basikal, beliau membelinya daripada seorang kawan dengan harga RM250. Sebelum ini saya ada nampak kelibat beliau mengkayuh basikal tersebut, tetapi penulis tak ambil pusing sebab minat belum mari. Selepas itu sudah lama tak nampak lagi, bila ditanya beliau terus tunjuk basikal tersebut tersandar di dinding luar dapur. Sedihnya terkangkang dan terbungkang keadaannya. Dengan sedikit usaha dan kemahiran vokasional secara sambilan, penulis cuba baikpulih dengan kos yang minimum. Komponen yang ada diguna semula dan dicat ulang, cuma tambah carrier. Hasilnya seperti seadanya. nampaknya Raleigh The Rajah Super sudahpun berteman sekarang.

 

Cantik

Masih bergaya

NoSiri

Nombor Siri BJ51510

Lagi

Suatu Senja

Pada satu senja sang suria hampir mengufuk sinarnya ke bumi.

senja05

Sang Raleigh menampilkan gaya anggunnya setelah mendapat teman baru.

senja04

Tanpa gangguan kesibokan kota metropolitan, ketenangan alam yang hening di tengah padang rumput nan luas gagah berdiri bak seorang model.

Lagi

Hercules Uncle Then Chee

Hercules Uncle Then Chee

Hercules Uncle Then Chee

Basikal jenama Hercules ini kepunyaan Uncle Then Chee. Saya berjumpa dengannya secara kebetulan sewaktu berkayuh sekitar taman perumahan pada suatu pagi, dia menegur saya dan pura-pura bertanya tentang basikal Raleigh saya. Beliau mendakwa ianya warisan daripada datuk kepada isterinya. Walaupun tidak lagi dikayuh tetapi beliau menyimpannya dengan rapi. Tengoklah sahaja kuncinya ada tiga demi keselamatan. Setiap satu kunci sesiapa yang berani membukanya bernilai RM500…….Sebelum ini beliau juga ada memiliki dua basikal jenama Raleigh, sebuah telah dipaksa beli oleh seorang pengurus FELDA dan satu lagi dicuri orang. Sebab itu Uncle Then Chee pasang tiga kunci pada basikal tersebut. Beliau teramat sayang dan menghargai basikal antik ini.

Lagi

Raleigh Siam Pak Ali

Raleigh Perempuan Siam
Basikal Raleigh Perempuan Siam ini adalah milik Pak Ali. Beliau menjadikannya teman hidup buat Raleigh Sport yang dilahirkan pada tahun 1957 yang diwarisi daripada datuknya. Pada masa penulis merisik masih dalam keadaan yang baik, cuma tiubnya tidak berangin kerana sudah lama tidak berkayuhan. Pak Ali rela melepaskan Raleigh Perempuan Siam dengan harga siling RM500/= kerana katanya Raleigh Sport sudah tidak serasi untuk hidup bersama lagi. Sesiapa yang berminat boleh hubungi penulis:-
Sebijik macam siam mari

Sebijik macam siam mari

Lagi

Raleigh Batu Tiga

Raleigh keluaran Malaysia, Raleigh Batu Tiga, sedang dalam proses pembersihan daripada karat. Basikal ini diperolehi daripada pemiliknya di Batang Kali dalam keadaan terbiar. Sesiapa yang berminat untuk berkongsi info sila tuliskan dalam ruangan komen. Penulis tidak banyak mengetahui tentang pengeluaran basikal Raleigh di Malaysia.

Sedang dilakukan proses pembersihan

Sedang dilakukan proses pembersihan

 

Logo Raleigh Batu Tiga

Logo Raleigh Batu Tiga

Nombor Siri di bawah tempat duduk

Nombor Siri di bawah tempat duduk

  Lagi

Lampu Minyak Tanah (kerosin)

 Lampu minyak tanah (kerosin) jenama Lucas ini koleksi peribadi Bang Salim, pemilik Kedai VSK Salim. Ada dua (2) buah, jika ada sesiapa yang berminat memiliki barang antik yang jarang ditemui ini, sila hubungi penulis.

Lampu minyak tanah jenama Lucas (Silver King)

Lampu minyak tanah jenama Lucas (Silver King)

Lampu Lucas

Lampu Lucas

Silver King

Silver King

Patent Lucas

Patent Lucas

Lampu minyak tanah

Lampu minyak tanah

 

Lampu basikal

Lampu basikal

Raleigh Wak Basir

Wak Basir adalah salah seorang bapa saudara ( Paman) kepada adik ipar saya. Sewaktu berkunjung ke rumah tempohari, beliau memberitahu tentang hobi pamannya mengumpul barang-barang antik seperti jam, skuter, pasu naga, basikal, botol besar dan dacing. Semua koleksi disimpan dan dijaga dengan baik. Penulis telah mengenali beliau sejak kecil lagi sebelum penulis berpindah ke tempat lain. Tempohari penulis menziarahi serta bersemuka untuk meninjau perkembangan dan keadaan kesihatannya. Sejak kecil penulis memanggil dengan nama gelaran Wak Basir, mempunyai hobi lain iaitu bertani dan menanam pokok bonsai. Kesempatan itu penulis ambil umtuk  meneliti koleksi basikal antik jenama Raleigh yang asli dan masih berfungsi dengan baik.  Hasil daripada perbualan, beliau berhasrat untuk menjual kedua-dua basikal tersebut sekiranya ada pembeli yang berani dengan harga yang sungguh lumayan.

Macam kembar tak seiras

Seperti kembar yang tidak seiras

Along

Abang Long

Abang Long

Abang Long

Angah

Abang Ngah

Kedua-duanya jarang berpisah, sentiasa bersama ke mana pergi. Lagi

Raleigh Pak Ali

Selain Raleigh Siam, Pak Ali juga memiliki Raleigh England yang menjadi teman setianya. Komponennya semuanya asli, sangat bertuah sesiapa yang dapat memilikinya. Kalau kena gaya ayat “power” kemungkinan Pak Ali rela melepaskannya.

Lagi

Aku Pakai Kasut Baru

Sempena Hari Kemerdekaan ke 51, tuan aku belikan kasut (tayar) baru hitam-putih. Aku pakai hari-hari untuk berjalan bersama tuan aku yang budiman. Beliau menjaga aku dengan penuh kasih sayang sehinggakan isteri dan anak-anaknya cemburu. Ketika berjalan ke sekolah, ramai cikgu dan anak murid  tuan aku menegur dan memuji ketampanan diriku. Petang semalam dia bawa aku ke padang untuk sesi fotografi:

Lagi

Basikal Antik Mengiringi Pengantin

Foto yang dipaparkan adalah sedutan daripada koleksi simpanan salah seorang blogger. Penulis mohon izin untuk menyiarkan semula untuk tatapan peminat basikal antik. Jika keberatan sila hubungi penulis untuk dipadamkan dengan kadar segera.

Mempelai menaiki beca roda tiga

 

Bukan saja basikalnya bergaya, orangnya pun segak teruna

Nampaknya lagi klasik

Siap keliling pekan, hebat pasangan pengantin

Pelajar Mengayuh Basikal Tua

Pada 6 Ogos 2008 yang lalu, sekolahku mengadakan program Karnival Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum. Basikalku bergaya sakan mempamerkan kesegakannya. Ramai peminat yang ingin mengenali basikalku lebih mesra. Mereka berebut-rebut ingin mengayuh untuk mengetahui betapa hebat dan lasak basikal tuaku.

Memecut laju

Bakal seorang pengayuh profesional negara ke Olimpik

Hai………..

Meluru bak roket

Tergambar kepuasan mengayuh ………baru sekarang

Hati-hati jangan tersepit pula…….

Semua wiraku terpegun

Lencana Basikal

Lencana (badge), Plat nama (nameplate), Logo sesebuah basikal melekat-kekal di bahagian hadapan rangka (frame) basikal. Terdapat banyak jenama basikal yang dikeluarkan oleh pembuatnya di seluruh dunia samada dari Eropah, Amerika, Asia atau Australia. Rencana kali ini memaparkan koleksi lencana basikal yang menjadi tanda dagangan (trade mark) syarikat pengeluar basikal.

1. Basikal Eropah – England

Bel-Air

Bel-Air -Keluaran tahun 60an

Birmingham Special - Keluaran Tahun60an

Birmingham Special - Keluaran Tahun 60an

Blue Riband - Keluaran tahun 50an

Blue Riband - Keluaran tahun 50an

Lagi

Perkasanya Sebuah Basikal

Sebuah basikal tua walaupun nampaknya telah berusia dan uzur, namun tenaganya masih perkasa mengharungi badai debu-debu di jalanan. Pemiliknya kemungkinan sama usianya, tetapi demi mencari rezeki yang halal, penggunaan basikal ini berubah menjadi beca roda tiga. Pemandangan ini adalah lumrah di Bandar Islam Kota Bahru. Koleksi gambar ini adalah ehsan daripada Saudara Wizan . Terima kasih kerana telah memberikan izin.   

Pengayuh Beca di Kota Bahru
Mengayuh demi sesuap nasi.

Lagi

Video Series Title: Intro To Vintage Bicycles

Saya ada menerima video online mengandungi 16 siri berkaitan dengan basikal antik.

Sila layari : Intro To Vintage Bicycles . Terima kasih

—————————————————————————-

You have received an expertvillage.com video series. Video Series Title: Intro To Vintage Bicycles
Url: http://www.expertvillage.com/video-series/7452_intro-to-vintage-bicycles.htm
Description: Is that bicycle in your basement vintage and worth something? Get an introduction to various vintage bicycles from a bicycle expert in this free video series

Kad Raya

Kepada semua pengunjung setia ke blog saya serta semua peminat-peminat basikal tua , gereker di Malaysia dan Onthelis-onthelis di Indonesia serta seluruh dunia, diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI , SALAM MENYAMBUT HARI LEBARAN dipohon Kemaafan Zahir dan Batin.

 

Kad Ucapan

Kad Ucapan

Jumpa Lagi. Wassalam wrth

MENJEJAKI RAKAN BASIKAL

Tujuan nukilan kali ini adalah untuk menjejaki semua warga peminat basikal antik/tua di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan ini diharapkan semua Persatuan/Kelab serta individu pencinta basikal tua, sekiranya dapat menghubungi saya dengan kadar segera di pautan berikut:-

a) http://basikal.wordpress.com/

b) http://basikal-antik.blogspot.com/

c) emel : ijas@streamyx.com / ijas@inbox.com / ijasanis@gmail.com / ijas_02@yahoo.com

d) Tel : Sdr Ijass (Ahmad Nasir) 019-6953809 / 03-32718097

Segala maklumat berkaitan adalah teramat penting dalam usaha untuk menyatukan persatuan/kelab/individu di bawah naungan satu bumbung. Hasil daripada cadangan Khazanah Sepeda Tua Kg Pasir Baru untuk mengumpulkan semua peminat basikal tua amatlah baik, usaha penulis kini cuba menghubungi seramai boleh peminat basikal tua.

Setakat ini beberapa kumpulan/persatuan yang telah penulis jejaki, tetapi malangnya tidak lengkap dari segi Personel Contact, Alamat Lengkap, Alamat Emel dan Laman Web:–

(1) Nostagia Basikal Tua

URL : http://nostalgiabasikaltua.wordpress.com

Contact Person : En. Sanim Othman : 0123161430
En. Ikhwanizam : 0196065575
En. Hairi : 0124777746

2. GETUAS (Gerek Tua Alor Setar)

Contact Person : Hj. Mansor Shaari : 0195763602

(3) Khazanah Sepeda Tua Kg Pasir Baru,

Alamat :  Lot.34, Kg Pasir Baru,

Petaling Lembah Pantai,

58200 Kuala Lumpur.

Personel : i) Sdr MK – 0123592663

ii) Sdr Jaafar – 0123618480

URL : http://khazanahsepedatua.blogspot.com/

(4) Bangsal Gerek Tua

URL : http://bangsalgerektua.wordpress.com/

(5) Club Basikal Tua Batu Berendam

Alamat :

291-4, Solok Pantai, Batu 4, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Telefon :  0176397119 (Ramli)
0123161785(Bro izan)

Emel  : jebatmlk@yahoo.com

(6) Persatuan Pemilik Basikal Klasik Pulau Pinang

Contact Person : En. Rashid : 0194446244/0174480244

Emel : edee85@gmail.com

(7) Kelab Basikal Klasik Taiping

Contact person : En. Rosli : 0135025732

(8) Persatuan Basikal Tua Sg Petai, Pasir Putih

(9) Persatuan Basikal Klasik Kg. Banggol Pasir, Cangkat Jering

Contact Person : Cikgu Zaidan : 0125638746

(10) Gerekers Sg. Petani

http://gerekersungaipetani@wordpress.com/
Contact person: En. Hairi : 0124777746
En. Ghazali : 0194257834
En Fuad : 0123363536
Email : chegu_korn@yahoo.com
Alamt : No 1, Lorong 2,
Taman Nuri,
08000, Sg. Petani,Kedah

====================================================

Telah dikemaskini pada 11/10/2008 – TERIMA KASIH KEPADA PEMINAT BASIKAL ANTIK

Kemungkinan  masih terdapat banyak lagi persatuan yang ada tidak disenaraikan, penulis mohon bantuan memanjangkan perkara  ini. Jasa baik tuan-tuan amatlah dihargai. TERIMA KASIH

Rak Basikal

Baru-baru selepas menduduki Peperiksaan PTK di Shah Alam, saya singgah di sebuah kedai basikal di Sg Way. Kononnya nak tengok-tengok MTB, terjumpa rak basikal jenama Alaga dan Thule. Harga jenama Thule boleh tahan juga mahalnya,tetapi jenama Alaga berpatutan. Penulis tak lengah terus beli satu.


Selepas ini mudahlah saya membawa basikalku ke mana-mana.

Pandangan sisi

Pandangan sisi-tepi

Sesuai untuk 3 buah basikal (berat maks.40kg)

 

 

Geng Basikal Johor Bahru

Seramai lima (5) orang jejaka tampan penuh bergaya dengan basikal antik jenama Raleigh di Taman Pulai Indah. Mereka nampaknya bergaya dengan pakaian kebangsaan tampak kesegakan bah panglima Tanjung Putri.

Petikan daripada keratan akhbar  JohorBuzz : JohorBuzz

Dengan izin kepada  Jassmine Shadiqe  

Disiarkan semula foto pelakon handalan yang bakal menggegarkan selatan tanahair demi melestarikan basikal antik. SYABAS.

Basikal Terbang

Objek menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui jalan menuju perkampungan di Jeram. Asalnya basikal tersebut berfungsi baik semasa gemilangnya sekitar tahun 1990an. Perekanya merupakan peminat basikal antik yang tidak lagi aktif berkayuh. Beliau memiliki bengkel kimpalan, menjadikan arca basikal yang terletak di hadapan bengkelnya sebagai maskot.

Basikal Tendem sedia untuk terbang

Mana pemandu dan penumpang?

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kipasnya mana?

BASIKAL JENAMA LB

Basikal yang dipaparkan ini dari sumber pemiliknya berjenama LB. Tidak dapat dipastikan samada jenama basikal ini memang wujud ataupun ubahsuai daripada basikal lain. Emblem LB (singkatan Low Brothers) tersemat pada bahagian framenya, manakala hubnya jenama SA. 

Lagi

Kayuhan Putrajaya Critical Mass

Berlangsung  pada 28/11/2008 (Jumaat, 9.30malam) yang lalu, Kayuhan Putrajaya Critical Mass (PCM) di Precint 9. Program kayuhan ini di adakan pada minggu ketiga setiap bulan. Satu-satunya jenis basikal antik/klasik yang turut serta pada malam itu berjaya mencuri-pandang kalangan mereka yang mengayuh basikal “racing” dan MTB. Jarak kayuhan sejauh 20 km mengeliling Putra Jaya dapat dijangkau oleh kehebatan basikal tua dengan santai. Para pengayuh majoritinya kaum muda belia terpegun akhirnya walaupun pada awalnya mereka sinis mengatakan “alah basikal tua”. Trek yang berbukit dapat dilalui dengan mudah menggunakan hub SA 3 speed dengan lancar. Tiada langsung masalah mekanikal. Sepanjang perjalanan kalangan pengayuh rajin bertanya lebih lanjut tentang basikal tua.

Di masa akan datang, para peminat basikal antik di seluruh negara bolehlah bergabung untuk memeriahkan dan menampilkan bahan warisan dikhalayak ramai supaya generasi muda tidak ketinggalan untuk melestarikan bersama-sama. Kayuhan PCM bulan Disember nanti, diharapkan ada peminat basikal antik turut serta dengan saya.

pj280108

Semuanya telah sedia memulakan kayuhan

pj280136

Sempat juga memposing diri

pj280156

Berhenti sebentar di Dataran Masjid Putra

pj280169

Boleh tahan juga “unta tua” ni

pj280172

Menyesal aku jual basikal buruk kepunyaan ayah aku dulu

pj280178

Adik! basikal abang (uncle) tak ada “carrier” belakang

Ada cerita lagi PCM : 

Basikal Putih
Kooky Kash

Haitsan 

REDTONE 

Republic of Puchong

Projectrudy
Radicaliez

Don of All Mountain Bike Action

Matakiri
Man CIOCC

Rezdrake 

Hercules Batu Tiga

Basikal jenama Hercules ini dimiliki oleh En.Suhaimi, merupakan ahli Persatuan Basikal Klasik Bukit Kuching yang aktif sekitar tahun 90an. Kebanyakan ahli-ahli kelab ini sudah jumud, tetapi masih menyimpan basikal masing-masing dalam stor malahan atas loteng. Kunjungan penulis, baru-baru ini berkesempatan melihat tiga (3) buah basikal yang dimilikinya.

Pandangan daripada depan

Pandangan daripada depan

 

Emblem Hercules Batu Tiga

Emblem Hercules Batu Tiga

 

Pandangan daripada sisi kanan

Pandangan daripada sisi kanan

 

Hub 3 speed Hercules

Hub 3 speed Hercules

Pengumuman PCM (Kayuhan Putrajaya Critical Mass)

Date: 19 December 2008 (third Friday nite!)
Venue: Restoran Darussalam Presint 9 (Mamak Double Trouble)
Meeting time: 9.00 PM SHARPIE!
Ride time: 9.30 PM
Distance: About 20km
Ride speed: 15-25km/h

………………………………………………………………………………………..

Terbuka kepada semua peminat pelbagai jenis basikal. Awalnya saya tidak begitu pasti basikaltua diterima, kerana majoritinya mengayuh basikal moden yang canggih. Tetapi apabila Sdr Daoh Darko….mempelawa, saya datang pada 28/11/2008 ……..sangat menyeronokkan. Di sini saya menjemput peminat basikaltua bersama saya untuk berkayuh………malam itu saya “complete” berkayuh macam mereka …..santai sahaja. Jumpa di sana.

[Nota]

Tersangat digalakkan pakai helmet basikal (bukan motosikal) demi keselamatan…….takperlu yang mahal……kat Tesco ada jual, murah aja.

Banyaknya Basikal

Sebahagian daripada video yang menunjukkan basikal masih merupakan kenderaan yang utama di negara maju.

Jika ini berlaku di Malaysia ……….bagaimana?

Kayuhan PCM #9

Berlangsung pada 19 Disember 2008 yang lalu. Ini merupakan kayuhan yang kedua kalinya, hanya saya seorang yang berkayuh menggunakan basikal tua. Nampaknya peminat yang lain belum tergerak hati. Sebelah petang Sdr Mykyocera beritahu tak dapat turut serta di saat-saat akhir kerana ada urusan penting. Saya, isteri dan dua orang anak perempuan bertolak dari rumah ke Puchong  untuk ambil anak lelaki pula. Malam itu turut sama berkayuh anak saudara tetapi dia gunakan basikal MTB. Selepas sembahyang maghrib, kamipun bertolak ke Putrajaya. Langit kelihatan gelap, menandakan hujan bakal turun. Sampai di Putrajaya hujan telah turun, isteri pesan takpayah kayuhlah “nanti demam”. Tutup cerita & bebelan isteri serta anak-anak, hantar mereka ke rumah kenalan di Precint 11, memang dah janji nak ziarah. Hujan semakin lebat walaupun dah jam 8.50 mlm. Nekadkan diri pergi ke lokasi, buat alasan kat isteri ada meeting dengan geng, kalau terus hujan patah balik. Di lokasi anak saudara dah tiba bersama isterinya begitu juga peserta lain ada yang pekena teh tarik kat kedai mamak, yang lain bersidai di kaki lima. Semuanya semacam berdoa hujan cepatlah berhenti.

Masing-masing tidak berganjak seincipun, akhirnya hujanpun mengalah. Kayuhan di mulakan jam 10.15 mlm. Gambar-gambar yang ada  diambil daripada rakan kayuhan (Malam tu tak bawa kamera).

191204jpg

pcm1912

191203jpg

Sawah Padi Ride (SPR) at Tg Karang – Memanjangkan Undangan

Anjuran : Putrajaya Easy Riders (PERs)
Tarikh: 8.Mac. 2009 (Ahad)

Tempat Perjumpaan: Sekitar Homestay Sg Sireh, Tg. Karang

Sebarang perubahan program sila rujuk : http://putrajayaeasyriders.blogspot.com/

Sabtu (7.Mac.2009)

Check-in di Homestay Sg. Sireh (optional)

Tour Tg. karang/Kuala Selangor (optional)

Fireflies at Kuala Selangor (optional)

Sila uruskan sendiri,
Kampung Sungai Sirih Homestay:

Encik Abu Bakar Moin, Parit 1, Sg Sireh, Ban 4, 45500 Tanjung Karang, Phone: 03-3269 8004, Mobile: 019-346 7372

RM20.00/head: Bermalam sahaja

RM40.00/head: Bermalam + makan

RM60.00/head: Bermalam + makan + activity (bersawah, memancing dll)

Lain-lain, boleh arrange dengan this person.

Sunday (8th march 2009):

6.00am Convoy from KL : Meeting point R&R Sg Buloh (Restoran Jejantas, PLUS highway)

7.00am: Gather at Homestay Sg. Sireh Tg. karang

7.15am. Berkayuh-suggestion 40-50km, speed 15km/hr
11.30am. finish cycling/rest
12.00pm Lunch at Pan Timor restaurant (TBC)

—————————————————————————————-

Dipanjangkan jemputan kepada peminat basikal tua/antik/klasik sekitar Lembah Klang khususnya dan seluruh Malaysia, turut serta di aktiviti kayuhan di atas. Walaupun mereka berkayuh menggunakan basikal racing atau MTB…….basikal tua boleh bersaing. Saya sudah buktikan di Kayuhan Putrajaya Critical Mass yang lepas. Kelajuan purata basikal tua sewaktu santai di antara 15 km/jam hingga 25 km/jam. Jangan bimbang tertinggal di belakang………..kami semua akan tunggu sehingga di titik penamat.

……………………………………………………………………………………………….

Sedutan Komentar

aofuad said…

Saudara saudara,
We have more than a month to plan. Let’s make it happen.
Overnight stay is recommended.
We can watch the fireflies together.

December 17, 2008 5:36 PM

Blogger Taufik said…
Kalau ramai yang nak stay overnight, saya tolong boleh uruskan. Ada beberapa option lain penginapan seperti di fireflies resort(Terapung), Bkt belimbing, KS atau De Palma Inn, Kuala Selangor or Taman Alam Kuala Selangor.

December 17, 2008 6:47 PM

Blogger Alimuddin Shahid said…
Layanlah abg2 semua… dekat je dgn kampung saya – Sabak Bernam. Bila2 ready nak offroad frim ke, blh kita ride sekali…

December 17, 2008 9:09 PM

Blogger Taufik said…
Sdr Alimuddin, meh la join, best woo kayuh kat tepi sawah…

December 18, 2008 1:37 PM

Blogger Kopsia said…
Basikal tua boleh join tak, klau takboleh aku pegi kebunlah naik beskal.

December 21, 2008 6:32 PM

Blogger Taufik said…
Boleh, basikal apa puun boleh join. Jom kita kayuh sekali…

December 25, 2008 9:34 PM

Blogger CEMPAKA said…
Trima kasih, kalu gitu nak ajak member2 lain……..klau susah tempat nak stay….tido kat rumah kita kat Btg Berjuntai

December 25, 2008 9:57 PM

[Nota: Kopsia, Cempaka dan Ijass adalah orang yang sama]

Kalau berpandukan peta laluan, kawasan geografinya landai, tidak ada bukit-bukau atau gunung ganang. Sangat sesuai untuk kayuhan santai sambil menikmati keindahan jelapang padi dan suasana desa.

DATANGLAH RAMAI-RAMAI!

Peta Lokasi:

Basikal BSA

Basikal BSA ini kepunyaan Encik Hairi daripada Melaka. Basikal ini asalnya dibawa masuk dari Amerika oleh sepupu Encik Hairi. 

bsa212

 

No.Tentera

No.Tentera

 

Tempat lampu

Tempat lampu

 

Rim Dunlop

Rim Dunlop

bsa6

bsa8

bsa9

bsa10bsa11

bsa122

bsa1

Acara Kayuhan Basikal Di Putrajaya

Sesuai dengan statusnya, Putrajaya merupakan sebuah bandar yang dirancang mirip kepada mesra alam. Melalui pengamatan penulis, laluan pejalan kaki dan berbasikal disediakan untuk kegunaan orang awam. Malangnya kemudahan yang tersedia khususnya laluan basikal jarang digunakan. Dalam masa yang sama, terdapat program berkala kayuhan basikal di adakan oleh individu tertentu.  Tanpa mengira jenis basikal atau waktu (siang atau malam) laluan atau jalanraya di sini amatlah sesuai untuk berkayuh kerana faktor geografinya.

Kali ini penulis ingin mewar-warkan (wara-wara ; p) beberapa acara Kayuhan Basikal  terbuka untuk awam tanpa mengira jenis basikal atau usia pengayuh.

  1. Kayuhan Putrajaya Night Riders (PNR). Setiap ISNIN, RABU dan JUMAAT bermula 9.00 mlm bermula di perkarangan Masjid Putrajaya. Jarak kayuhan 20km.
  2. Putrajaya Critical Mass (PCM). Setiap bulan , Jumaat minggu ketiga bermula 9.00 mlm di Presint 9. Jarak kayuhan 20km.
  3. Kayuhan Putrajaya Morning Ride (PMR). Setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 7.30 pagi di Taman Warisan Pertanian, Precint 16

    Terdapat lagi acara kayuhan yang lain, malangnya penulis tiada maklumat yang lengkap. Untuk makluman semua, berkayuh basikal amatlah baik untuk kesihatan.

    Basikal Merah Griffin

    Basikal berwarna merah berjaya mencuri pandang walaupun sebaris dengan basikal yang lain. Basikal ini kepunyaan Sdr Najib daripada Melaka yang dipamerkan sempena pertandingan basikal klasik MASTANA di Uptown, Bandaraya Melaka tempohari.

    pj280948

    pj280949

    pj280950

    pj280951

    pj280952

    Aktiviti Kayuhan Kelab Basikal Tua Batu Berendam di Putrajaya

    Petang tadi (4.24 pm), saya menerima SMS daripada Sdr Jebat Melaka tentang hasrat ahli-ahli KBTBB ingin berkayuh di Putrajaya. Semasa saya berkunjung ke Melaka tempohari, mereka menyuarakan kepingin berkayuh jauh daripada Melaka iaitu Putrajaya. Saya ingat mereka berseloroh sahaja, sehingga saya menerima SMS barulah saya sedar mereka memang serious. Pada kesempatan ini saya memanjangkan undangan kepada semua peminat/pengayuh basikal untuk turut serta.

    bbbk

    Laluan yang dicadangkan :

    a) Mula dan Tamat: Dataran Putra

                         i) Masa berkumpul : 3.00 -4.00 petang

                       ii) Masa kayuhan :  4.00 – 6.30 petang

    b) Laluan : Dataran Putra – Jambatan Putra – Dataran Putrajaya – Dataran Rakyat – Dataran Gemilang – Jambatan Seri Gemilang – PICC (Ulang-balik)

    c) Perhentian Rehat :

          1. Kompleks Istana Keadilan (Mahkamah)

         2.PICC

         3.Kompleks Perbadanan Putrajaya 

    d) Jarak keseluruhan : 11.5 km

    e) Kelajuan : 15 – 25 km/jam

    f) Tema Pakaian  untuk pemilik basikal antik/klasik/tua :

                                                 TAHUN 50AN

    g) Sila Kliks Peta Laluan

    Nota :

    Insya Allah, kalau diizinkan kita sama-sama melihat gerhana separa matahari lebih kurang jam 4.30 petang. Bawalah besan air macam dulu-dulu, atau kertas penapis lutsinar berwarna untuk  tengok gerhana tersebut.



    View Larger Map

    KAYUHAN PNR

    Hari Jumaat lepas (10/01/09), saya bergabung dengan ahli-ahli PERs seramai lima (5) orang berkayuh dari Dataran Putra ke PICC (pergi-balik). Tak sangka basikal tua yang saya kayuh boleh memanjat puncak PICC dengan gear No.2. Hasil dorongan mereka saya sama-sama seiring sampai ke puncak. Saya rasa sangat puas hati dan seronok, dan lagi oranglainpun boleh melakukannya.

    Natijah yang saya dapat malam itu SEMANGAT DIDORONG OLEH RAKAN SEJATI.

    Silakan  kliks di sini; Kita ada tetamu

    HOBI SAMA LAIN JURUS

    Kini penulis ada minat baru, untuk tambah satu (1) dahulu. Sudah ada pilihan lain untuk disesuaikan dengan situasi semasa. Aktivitinya tetap sama iaitu berkayuh,
    cuma berlainan jurusan sahaja.
    Penulis akan cerita lebih lanjut selepas Kayuhan Nostalgia Kelab Basikal Tua Batu Berendam. Harap bersabar

    Kayuhan KBTBB 2009

    Berlangsung pada 26/01/2009  di Putra Jaya, seramai 13 orang pengayuh handalan daripada bumi Hang Tuah telah mengambil bahagian. Selain ahli-ahli Kelab Basikal Tua Batu Berendam, peserta individu daripada Shah Alam (Sdr Fareed Reza), Seri Kembangan (Sdr Ikhwan & isteri /basikal malaya), Abang Long dari Pelabuhan Klang, penulis dan turut mengiringi ahli-ahli PERs (Sdr Samad, Azhar, MBA dan Tok Penghulu) sebagai penunjuk arah dan keselamatan.

    pj261726

    Berhenti rehat di atas Jambatan Putra

    pj261762

    Bersama Tok Penghulu PERs di Dataran Rakyat

    pj2617171

    Di hadapan Istana Kehakiman

    pj261714

    Di Dataran Putra

    KBT02

    Acara berjalan lancar dan menjadi tumpuan orangramai yang berkunjung ke Putrajaya termasuk pelancong-pelancong asing. Peserta kayuhan berpakaian ala tahun 50an dan 60an telah menguasai laluan daripada Dataran Putra ke PICC dengan aman. Pelbagai jenama basikal tua bergerak gagah membelahi laman (precint) pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

    Sila kliks di sini untuk melihat gambarfoto acara gemilang tersebut di ijassfoto dan cerita tentang basikal tua di  Old Bikes

    Iklan Samping

    borangmtb1logo-2009-web2

    map

    Kayuhan Sawah Padi

    img_6311Bergambar sebelum memulakan kayuhan (Foto oleh PERs)

    Berlangsung pada 8/3/09 yang lalu. Saya dan isteri sampai di lokasi lebih kurang jam 6.55  pagi. Sedia menunggu Dr.Taufik dan isteri serta dua rakan basikal dari Sabak Bernam (mereka menginap di Homestay). Sejurus itu datang berkonvoi kumpulan PERs di ikuti anak saudara saya dari Puchong. Semuanya berkumpul di tapak letak kereta di hadapan Loji Penapisan Air Sg Sireh. Selepas mengambil sarapan pagi, masing-masing berkumpul untuk mendengar taklimat kayuhan dan bergambar kenangan. Kayuhan kali ini terdiri daripada pengayuh basikal MTB dan RB.

    img_1673Seramai 30 orang pengayuh menyertai kayuhan ini (Foto oleh PERs)

    Saya berlima turut  mengayuh iaitu isteri, anak saudara (isteri dan anak). Kali ini saya cuba mengayuh basikal yang telah saya perbaiki sendiri yang telah lama tersimpan. Saya pun tidak mengetahui macam mana basikal ini ada, yang pasti ianya milik rakan saya yang katanya pernah digunakan oleh anaknya untuk pergi ke sekolah. Daripada tersadai di belakang rumah, saya ambil baik-pulih. Setiap petang saya kayuh bergilir-ganti dengan basikal tua.

    img_1801Saya, isteri dan Dr.Azmi berkayuh beriringan (Foto oleh PERs)

    Isteri mengayuh basikal MTB jenama Proton T-Bolt, manakala saya mengayuh basikal yang telah lama tersimpan jenama Norton (kira tua juga) yang diperbaiki. Basikal Tua Raleigh, kali ini saya rehatkan kerana kalau dikayuh juga dia merengek hendak berteman. Tunggulah kayuhan akan datang, itupun kalau ada kawan. Inilah jarak yang paling jauh pernah isteri saya ikuti, walaupun belum cukup mahir menggunakan gear. Sepanjang perjalanan Dr.Azmi banyak membantu dan mengajarnya.

    sawahpadiride_mba4Barisan pengayuh di tengah bendang (Foto oleh MBA2U)

    img_1693Merentasi bendang yang terbentang luas (Foto oleh PERs)

    Lagi

    Klinik Sepeda – Rantai

    p891

    1.1 Apakah dia Rantai ?

    Rantai adalah satu komponen mesin yang penting, berfungsi untuk memindahkan(transmisi) kuasa oleh suatu daya kilasan (tensile forces) seperti rantai basikal dan rantai motosikal. Fungsi dan kegunaannya sama dengan tali sawat. Terdapat pelbagai  jenis rantai,  bergantung kepada komposisi bahan yang digunakan  atau kaedah pembuatannya.

    Rantai dibahagikan kepada lima (5) jenis:

    1. Cast iron chain – rantai besi acuan
    2. Cast steel chain – rantai keluli acuan
    3. Forged chain – rantai tertempa
    4. Steel chain – rantai keluli
    5. Plastic chain – rantai plastik

    Kegunaan jenis rantai besi acuan, keluli acuan dan tertempa semakin berkurangan kecuali untuk kegunaan tertentu sahaja. Contohnya;  rantai besi acuan untuk bahagian peralatan rawatan air, rantai keluli digunakan untuk  kawat penghantar di dalam kilang industri automotif.

    Dalam artikel ini; fokus perbincangan tertumpu kepada jenis rantai keluli  yang juga dikenali sebagai rantai gelinting (roller chain).Rantai gelinting (roller chain) adalah rantai yang terdiri daripada plat luaran, plat dalaman, peniti (pin), pengalas (bushing) dan gelinting (roller). Ianya banyak digunakan sebagai rantai basikal, merupakan rantai paling awal dicipta. Terdapat 3 jenis berdasarkan rekabentuknya;

    chain-3typesAtas kiri – rantai bebaling (pitch chain) 1/2 inci

    Atas kanan – rantai langkau bergigi (skip tooth)1 inci

    Bawa tengah  – rantai jemala /blok

     

    1.1.1 Struktur Asas Rantai Pemindah (Transmissi) Kuasa

    fig-11

     

    Susunan tipikal rantai gelinting (roller chain). Terdiri daripada 3 komponen utama iaitu  penyambung mata rantai (connecting link), gelinting (roller) dan pengimbang mata rantai (offset link).

    a) Penyambung Mata Rantai

    fig-12

     

    Kebiasaanya terdiri daripada plat penyambung  dan pin penyambung  yang  mudah dipasang. Terdapat 2 jenis penyambung mata rantai iaitu spring penyepit (spring clip) dan sendal (cotter).  Kedua-dua  penyambung diletakkan di atas plat penyambung dan pin penyambung, lalu diketatkan. Kekukuhannya menyamai rantai berkenaan.

    b) Pengimbang Mata Rantai

    fig-131

    Pengimbang mata rantai digunakan apabila banyak mata rantai diperlukan. Dua plat dan pin dipasang menyelinap dan dua pelaras dipasang supaya kekukuhannya sama dengan rantai.

    c) Gelinting Rantai

    i. Plat

    Plat adalah satu komponen yang menahan ketegangan (tension) pada rantai.  Ianya diperbuat supaya lasak dan tahan kepada sebarang perubahan sekitaran seperti karat, kakisan dan sebagainya.

    ii. Pin

    Pin merupakan bahagian yang berfungsi untuk meratakan dan membengkokkan plat rantai semasa bergerak. Ia juga satu bahagian yang membawa beban bersama-sama dengan pengalas apabila rantai melentur semasa gegancu (sprocket) sedang berputar. Pin mempunyai daya kilasan yang tinggi, teguh, tahan daripada bengkok, lasak kepada hentakkan dan tidak haus.

    iii. Pengalas (Bushing)

    Pengalas berfungsi meratakan dan menahan terikan pembengkokkan di antara plat dan gelinting apabila dikenakan beban muatan semasa rantai berpusing pada gegancu. Ianya juga bertindak sebagai sesendi di antara permukaan luaran dan dalaman  dengan pin yang membawa bebanan dan hentakkan.

     

    Nota : Akan disambung dikeluarkan akan datang – penulis

    Kayuhan Selangor MTB Challenge 2009

    Berlangsung pada 29/03/2009 di Bukit Lagong, Sg Buloh. Ini merupakan penyertaan pertama secara serious sejak keluar dari Institut Jantung Negara. Walaupun doktor mengesahkan tiada masalah yang membimbangkan , tetapi trauma berada di  bilik operasi (bedah)  masih ada dan membataskan segala aktiviti lasak seperti ini. Sejak aktiviti berkayuh diaktifkan semula, bermula dengan basikal tua masalah kesihatan dalam keadaan terkawal. Mempelbagaikan jenis basikal kayuhan meluaskan pengalaman dan meramaikan rakan kenalan.

    bassel-0352

    V022 tu saya . V = veteran

    bassel-0481

    Bersama kenalan semasa PCM

    Keputusan Kategori Veteran : Kliks di sini.

    Lihat foto-foto:-

    SELANGOR MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2009
    Selangor MTB 2009

    Kayuhan akan datang :

    KLMBH BASH # 175 – BDR TASIK PUTERI

    KLMH 2009 Bandar Tasik Puteri

    Telah di adakan di Ladang Tuan Mee, Bandar Tasik Puteri pada 05 April 2009. Laluan yang mencabar ketahanan fizikal dan mental. Disertai oleh pengayuh basikal daripada seluruh negara termasuk peserta dari luar negara. Kayuhan bermula jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 1.30 tengahari, terdiri daripada dua (2) laluan alternatif iaitu laluan pendek dan laluan panjang.

    Peserta mendaftarkan diri

    Peserta mendaftarkan diri

    ARB Krew

    ARB Krew

    Sekawan daripada Bukit Beruntung

    Sekawan daripada Bukit Beruntung

    Wanita Besi

    Wanita Besi

    Memulakan laluan

    Memulakan laluan

    Di antara peserta dikalangan gadis pingitan

    Di antara peserta dikalangan gadis pingitan

    Menuju destinasi

    Menuju destinasi

    Menuruni bukit

    Menuruni bukit

    Tunggu giliran mendaki bukit

    Tunggu giliran mendaki bukit

    Di antara peserta luar negara

    Di antara peserta luar negara

    Menuruni cenuram

    Menuruni cenuram

    Peserta dari Perancis terdiri daripada 4 beranak

    Berhenti rehat

    Untuk melihat dan memuaturun foto-foto dengan percuma silakan ke  http://en.netlog.com/ijass/photo/setid=270403 .

    ————————————————————————————-

    Kayuhan akan datang :  UPSI MTB CHALLENGE 2009

    Jelajah Malaysia 2009

    Berlangsung peringkat pertama pada 19/04/2009 di Kuala Selangor. Kesempatan ini diambil untuk melihat lebih dekat perjalanan acara yang besar ini. Sebanyak 21 pasukan dari dalam dan luar negara telah mengambil bahagian. Peringkat ini kayuhan sejauh 176.8 km ke Ipoh melalui Pekan Tanjung Karang – Sekinchan – Sg Besar – Sabak Bernam – Simpang Empat – Teluk Intan – Kampar – Gopeng – Ipoh. Maklumat lanjut sila kliks di sini . Pada hari ini pekan kecil tempat kelahiran penulis yang senantiasa aman dan sepi, tiba-tiba bergegar dibanjiri  orang ramai terutamanya pelumba basikal. Hari biasa orang awam akan kelihatan hairan apabila penulis mengkayuh basikal bersendirian mengelilingi pekan ini. Tetapi hari ini mereka disajikan ramai pengayuh yang hebat belaka. Diharapkan selepas ini ramai penduduk tempatan mengikuti jejak penulis, berbasikal untuk riadah. Laluan yang sering penulis lalui bermula dari Stadium – Taman Alam – Bukit Malawati – Pekan Lama – De Palma -Villa Malawati – Projek Barat Laut – Stesen Bas – Bandar Baru – Malawati Jaya –  Assam Jawa – Permatang Pasir – Pasir Tuntung – Permatang Tengah – Jalan Keretapi Lama – Tesco – Bandar Baru. Dipaparkan foto yang sempit dirakamkan.

     

    Bersama pasukan Letua

    Bersama pasukan Letua Cycling

     

    Pasukan Jazy Sport Beacon (Filipina)

    Pasukan Jazy Sport Beacon (Filipina)

    Mohd. Faris (Malaysia)

    Mohd. Faris (Malaysia)

    Permulaan

    Permulaan

    Krew09 - Tiada mereka basikal boleh hilang.

    Krew09 - Tiada mereka basikal boleh hilang.

    Mereka dilepaskan

    Mereka dilepaskan

    Foto lagi  di sini

    Kayuhan Mesra Ipoh

    Pada 26/04/09 (Ahad) yang lalu, saya dan isteri menjengok anak bongsu saya yang bersekolah di Kuala Kangsar. Pagi tersebut saya ambil kesempatan berkayuh bersama-sama dengan ahli-ahli Kelab Basikal Meru, Ipoh. Jam 7.30 pagi mereka berkumpul di tempat letak kereta Dewan Orang Ramai Meru. Terdapat dua kumpulan kecil iaitu RB dan MTB. Saya menyertai kumpulan MTB berkayuh santai sekitar Kg Chepor, suasana desa yang nyaman dan segar. Di pertengahan jalan kami berhenti rehat di Warung Wak Sakip, menjamu selera roti canai dan nasi lemak. Perjalanan diteruskan menghala balik,  singgah sekali lagi bertemu ahli-ahli yang tidak berkayuh di sebuah warong. Akhirnya mereka bersurai balik ke rumah masing-masing. Manakala saya di temani oleh En.Rosli dan En.Megat menuju ke Dewan Orang Ramai. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan mesra daripada ahli-ahli Kelab Basikal Meru yang sudi menerima saya menyertai aktiviti berkayuh yang mereka adakan.

    Sedang memeriksa mesin masing-masing

    Sedang memeriksa mesin masing-masing

    Yang baru merah tu fasih bertutor Jawa dengan saya.

    Yang berbaju merah tu fasih bertutor Jawa dengan saya.

    Mereka mesra dikenali.

    Mereka mesra dikenali.

    Jumpa lagi

    Jumpa lagi

    Kayuhan akan datang :

    Jom Ronda Melaka – 2hb Mei 2009

    Kayuhan Putrajaya Critical Mass

    Semua dijemput hadir.

    Tarikh : 29 May 2009

    Tempat Kumpul : Palace of Justice (Istana Kehakiman), Putrajaya

    Masa Kumpul: 9.00 PM

    Mula Kayuhan: 9.30 PM

    Jarak: lebihkurang  20km

    Kelajuan : 15-25km/h

    KLMBH Bash #177 Bukit Cerakah

    Tarikh/masa: May 31, 2009 ( 0900am hingga 1300pm)
    Lokasi: Puncak Alam
    Info : Kelolo (012-9049031)
    Jenis acara: Bash

    Event Description

    here are 2 routes described below – one coming from Sg Buloh and the other from Shah Alam

    The bash is to be held in Bukit Cerakah and the on-on is in Bandar baru Puncak Alam

    Please note about the parking: PARKING – There is plenty of parking if you go to the roundabout described at the end of the km readings ie the hash registration counter area, and turn hard left towards the football ground. The is a dirt strip purpose designed for car parking. Please do NOT park under the trees on the corner as these are “owned” by some mamak stall vendors who turn up usually about midday. They will be unhappy if people park in their place of business.

    DIRECTIONS

    km readings from Sg Buloh toll:
    The road number is 53 by the way (little yellow signs with 53 on them)

    Zero Trip meter at Sg buloh Toll and turn left onto Jln Sg Buloh
    1.1 km go under the new fly over heading towards Kuala Selangor and Kuang
    2.7 km Stay to the left and do NOT go up and over the fly over to Sg Buloh
    2.9 km Keep following the signs to Kuala Selangor – road veers to the left
    Keep following this road for a long time passing by various kampungs, shops traffic lights etc
    7.8 km Traffic lights and a sign to Kuang – do NOT go to Kuang, go straight lah towards Kuala Selangor
    9.9 km pass through / under / over the Guthrie expressway and keep heading for Kuala Selangor
    11.4 km Pass by a big entrance sign for Suajana Utama
    16.3 km TURN LEFT at signs for Puncak Alam
    19.2 km Traffic lights with sign board to Shah Alam – go straight lah, do NOT go to Shah Alam
    19.4 km pass through sign board for Bandar baru Puncak Alam
    20.1 km abandoned shop lots on your left … slow down
    20.4 km TURN RIGHT into Puncak Alam housing estate (almost opposite a Petronas garage which is just a bit past this intersection)
    21.5 Hash Registration desk.

    From the Shah Alam end of town / Federal Highway / NKVE …

    head towards the bukit Jelutong Toll either on the Federal Highway or NKVE. Zero your trip meter where the Guthrie expressway and the Bukit Jelutong toll booth access road meet…..

    From the Guthrie expressway Take exit 3506 towards Bukit Jelutong. If you miss this exit you will go through the Guthrie toll.
    2.0 kms At the exit, turn right at the lights and then turn immediately left
    3.2 kms Turn left back across the expressway following signs to Puncak Alam (road number 15)
    Follow this road until it ends … Scenery includes at 6.9 kms you pass by University on your left
    19.5 kms T-instersection. Turn left at the lights to Puncak Alam
    20.6 Turn right into Puncak Alam housing estate (abandoned shop lots on your left, Petronas garage almost opposite the turn.
    22.0 Hash On On site

    The ride is 100% palm oil estate. The short is all estate type roads and is suitable for most although there is some climbing … but just take your time lah .. its all very rideable even by me.

    Bring sun screen as you may want to spend some time taking in the spectacular views. In all the rides we have yet to experience any mosquitoes, but now that I have said that, of course on the day there will be plenty so maybe bring some repellent as well.

    No helmet, no ride … don’t be like the 13 y.o. kid and make me bring my power drill! (see other forum discussions if you don’t know what I mean)

    As usual, the briefing will be at 9:20 and the ride will commence at 9:30am.

    Memanjangkan Jemputan Kayuhan Bumi

    Bumi-Biru-PosterKBTBB dengan sukacitanya ingin menjemput rakan-rakan basikal tua yang berminat untuk menyertai satu acara kayuhan bertemakan “Bumi Biru” pada Ahad, 7hb Jun 2009 pada jam 7:30 pagi bermula di Batu Berendam, Melaka. Bersempena dengan cuti sekolah dan Pesta Sungai Melaka 2009, KBTBB telah merancang untuk mengadakan kayuhan menyelusuri Sungai Melaka melalui laluan pejalan kaki di tebing sungai tersebut bermula di sekitar Kg. Morten dan akan berakhir di Bangunan Merah.

    KLMBH Bash #177 Bukit Cerakah (Puncak Alam)

    Kayuhan lasak ini telah berlangsung pada 31 May 2009 di Puncak Alam. Kawasan berbukit meliputi laluan tanah berkelikir  di sekitar Bukit Cherakah sehingga ke puncak. Ada dua laluan pilihan, iaitu Laluan Panjang dan Laluan Pendek, disertai oleh pengayuh yang berani dari kalangan tempatan dan luar negeri.  Kayuhan dimulakan jam 9.30 pagi dan tamat jam 12.00 tengahari. Acara berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

    PuncakAlam 119Panorama daripada Puncak Alam

    Penulis siap sedia untuk menyahut cabaran lasak

    Penulis siap sedia untuk menyahut cabaran lasak

    Minta nyawa

    Minta nyawa

    Foto lagi, kliks (More photos) : Puncak Alam 2009

    _________________________________________________________

    Kayuhan akan datang :

    KLMBH #178 – Saujana Utama

    Tarikh : June 28, 2009

    Masa :  9.30am hingga  2.00pm

    Lokasi: Saujana Utama

    Jenis : bash

    Penganjur : patawi

    Pautan lanjut : Sila Klik

    June Bash (#178) June 28th 2009

    KLMBH #178 – Saujana Utama

    Tarikh/Date : June 28, 2009

    Kumpul dan Taklimat/Pre-Ride Briefing :  9.20 am

    Masa/Time Ride : 9.30am hingga 2.00pm

    Lokasi/Location: Saujana Utama

    Jenis/Type : Bash/Lasak

    ________________________________________________________

    Cara ke Saujana Utama/ Route to Saujana Utama

    From KL via NKVE/Highway B54 to Kuala Selangor:

    Take NKVE north towards Ipoh, exit at Sg Buloh toll.

    - Zero trip meter at toll. After toll keep left for Sg. Buloh and Kuala Selangor
    - At 0.9 km pass underneath NKVE. You are proceeding west on highway B54
    - at 3.2 km the road forks. Keep left for Kuala Selangor/Kuang
    - at 8.5 km (Kg. Sg. Plong) continue straight ahead
    - at 11.7 km pass underneath Guthrie Expressway
    - at 12.4 km turn left to Saujana Utama
    - at 13.6 km turn right onto Persiaran Elmina
    - at 15.9 km don’t turn right, continue straight ahead and park off the side of the road. There is a limited number of shady spots for early arrivals

    Travel time from Jalan Duta Toll is approximately 30 minutes.

    Please note that the long ride is longer than what we normally set, roughly 35km with plenty of climbs. It is not technically demanding but it is tough. We expect strong riders may take as long as 3 hours to complete it. Please consider carefully before committing to the long ride as there are no bailouts or shortcuts.

    In view of this we will set both a scenic ride of 10 to 12 kms (suitable for young children and nursing mothers) and an intermediate ride of 15 to 20 kms for those who want something a bit more challenging without diving into the deep end.

    There are some unshaded sections on all three rides so don’t forget the sunscreen, plenty of water, snacks, carbo supplements, oral rehydration salts, whatever. As it has been so hot and dry lately we advise taking extra precautions by using mozzie and tick repellent (that’s the stuff with Deet in it). Ticks are not normally a problem but there have been some incidences lately so it’s best to be on guard as there are cows in the vicinity and they are a prime host.

    Maklumat lanjut  sila klik / More Info please click:

    June Bash (#178) June 28th 2009

    Kayuhan Antara Gapi 2009

    Poster Kayuhan Antara Gapi 2009

    Poster Kayuhan Antara Gapi 2009

    Dijemput semua peminat MTB seluruh negara bersama-sama berkayuh.
    Untuk lihat dan semak senarai nama peserta, klik di sini

    Saya sudahpun daftar No.plat ialah 043. Insya Allah jika tiada halangan saya akan turut serta.

    Sufino Tribute Ride

    Time: July 5, 2009 from 8:30am to 12:30pm
    Location: Bdr Tasik Puteri.
    Organized By: Haris KeLoLo

    Event Description:
    Seorang dari orang lama GLC, SUFINO, akan berpergian ke AFRIKA atas sebab kerja. Dia berhajat sangat nak ride kat teres-teres Ladang Tuan Mee yang mengujakan sebelum terbang ke Afrika.

    Untuk itu, satu tribute ride special untuk Sufino akan diadakan;

    TARIKH : AHAD, 5 JULAI 2009
    MASA : 8.30 PAGI TAYAR BERGOLEK
    TEMPAT RV : MEDAN PUTERI, BANDAR TASIK PUTERI

    Ladang Tuan Mee adalah home turf untuk Briged Basikal BTP. Satu kelompok pembasikal tegar yang telah bersusah payah mengukir teres-teres di dalam Ladang Tuan Mee menjadi taman permainan MTB yang mengujakan.

    Siapa yang inginkan cabaran dan kembara, jangan lepaskan peluang ini.

    Tempat parkir merupakan medan selera yang menawarkan aneka hidangan sedap dan lazat. Pelengkap kepada penutup kayuhan. Jangan lupa mencuba len chee kang sedap, laksa utara istimewa, cendol buatan di rumah…dan baaanyaaaakkkkk lagi.

    Untuk ke BTP, ambil Jalan Rawang atau hiway PLUS. Kemudian ambil Jalan Batu Arang. Selepas Country Homes, akan ber jumpa simpang kiri kedua selepas jambatan. Itu adalah pintu masuk utama ke BTP. Masuk ke BTP dan maju terus sehingga berjumpa sekolah menengah BTP di sebelah kiri. Masuk kiri pada simpang sekolah dan maju terus sehingga nampak gerai-gerai di sebelah kanan pada satu medan parkir. Itu adalah destinasi anda.

    Kayuhan Sawah Padi Bersama CIMB Group

    Penulis mendapat jemputan berkayuh bersama kakitangan CIMB Group. Acara berkayuh ini telah di adakan pada 12/07/2009 (Ahad) bertempat di Homestay Sg Sireh, Tanjung Karang, Selangor. Mereka diketuai dan dikoordinati oleh En.Azman (Manciooc) dan beberapa orang sukarelawan, jumlah keseluruhan peserta ialah 45 orang. Kecuali penulis, mereka menginap di beberapa rumah keluarga angkat di sekitar Kg Sg Sireh sejak 11/07/2009. Pelbagai acara sampingan telah diadakan seperti melawat bendang, pertunjukan kebudayaan, melihat kelip-kelip, melawat Bukit Malawati dan acara kemuncaknya berbasikal sekitar kampung. Para pembasikal berhenti rehat di beberapa lokasi homestay untuk melihat lebih dekat kegiatan harian para petani. Mereka dijamu dengan minuman air kelapa.

    Taklimat sebelum berkayuh

    Taklimat sebelum berkayuh

    Pemeriksaan basikal

    Pemeriksaan basikal

    Basikal Tua

    Basikal Tua

    Taklimat lagi

    Taklimat lagi

    Berkayuh sepanjang Ban Kanal

    Berkayuh sepanjang Ban Kanal

    Berhenti rehat

    Berhenti rehat, yang baju biru Puan Permaisuri

    Tampi sampai Ketuk Ketampi

    Tampi sampai Ketuk Ketampi

    Demo tukar tiub basikal

    Demo tukar tiub basikal

    Makan nasi ambeng

    Makan nasi ambeng

    Banyak lagi foto sila lihat di sini

    Walau macam manapun jutaan terima kasih kepada Sdr Manciocc kerana jemputan itu dan semua peserta CIMB Group yang baik hati lagi peramah.

    KLMBH#179 Rasah 26 July 2009

    Date: 26 July 2009
    Time: 9:30am
    Venue: Rasah
    Hares: Reme, Ajis, Paie, Ying How
    More info here
    ——————————————————————
    RV Point GPS Coordinate
    ====================
    N3 27 07.6 E101 38 06.2

    Bash Directions via Rawang
    ====================
    Take the North South Highway and exit at Rawang (Exit 116). Reset your trip meter here. Shortly after the toll at the traffic lights, turn right towards Rawang.
    - 2.1km APC factory on the right and pass under electrical tower with high tension cables.
    - 3.7km go up flyover
    - 4.0km the hares breakfast stop at Restoran Ali Maju.
    - 4.0km, take 3 o’clock at the roundabout.
    - 5.2km you will pass newly painted brown shoplots (left&right) and then pass traffic lights with Shell Station on the right.
    - 7.1km a Caltex Station on the left.
    - 8.1km go straight at traffic light.
    - 10.4km BHP Station on the left, and pass a traffic light, you will then see the “Serendah” signboard.
    - 12.4km Serendah KTM Train Station on the left.
    - 13.9km Serendah Golf Club with the big golf ball on
    the right.
    - 15.5km Ladang Sg Gapi on the left.
    - 18km Junction to Antara Gapi homes on your right
    - 18.3km Rapid KL bus warehouse on the left, then go
    up the bridge over railway track (Do not
    turn left or right on the bridge!!!)
    - 20.4km Kampung Batu 30 on your left.
    - 21.5km Turn left into Taman Emas on your left. You will see a row of single storey shoplots. The registration table will be near the corner lot at Restaurant Maju Iman.
    You have arrived at the RV point.

    PCM#17 – 24 Julai 2009

    PCM #17 - Lain dari yang lain

    PCM #17 - Lain dari yang lain

    Lebih info di sini

    PCM#17 – Awal Seminggu

    Kali ini PCM diadakan seminggu lebih awal. Sebenarnya ianya tidak menjadi masalah atau penyebab kekurangan pengayuh yang turut serta pada malam itu seperti disuarakan oleh sebahagian individu. Seperti yang sedia maklum, PCM tidak terikat atau diikat dengan kerenah birokrasi yang menyulitkan orang awam. Seseorang yang berani tampil ke muka untuk menghebohkan kepada orangramai tentang program ini, bukannya calang-calang orang. Tabik kepada Sdr Manciocc dan Daoh serta rakan-rakannya yang lain. Melalui pemerhatian saya, notis pemberitahuan biasanya mencukupi iaitu tujuh (7) hari, menerusi ruang maya. Kebanyakan blogger yang komited bersama berganding bahu untuk menghebohkan kepada rakan-rakan sepengayuhan masing-masing. Inilah yang paling unik PCM, sebarang kecacatan atau kecelaan sama-samalah kita perbaiki. INSYA ALLAH.

    Pengayuh regular

    Pengayuh regular

    Adik kecil ini pun seronok ikut abahnya, mana maknya?

    Adik kecil ini pun seronok ikut abahnya, mana maknya?

    Para muda belia

    Para muda belia

    Tunggu foto-foto lain di sini

    PCM#18 (31/07/09) datang lagi

    Lanjutan dari PCM#17 pada 24/07/09 yang lalu akan diadakan sekali lagi pada 31/07/09 di tempat dan masa yang sama. Ini untuk memberikan peluang kepada mereka yang telah lama membuat perancangan. Apabila diubah sedikit rasa terkedu, dengar-dengar ada yang telah merancang hendak bawa kaum kerabat satu kampung berbasikal di Putra Jaya. Tetapi sebagai ingatan, kepada yang membawa kaum ibu dan gadis-gadis jangan dikhabarkan ada pasar malam……..nanti berkayuh tidak mereka menapak ke situ pula. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI…….program ini akan menjadi dengan sendirinya tanpa sebarang ucapan perasmian oleh “datuk bandaraya”. Cuma yang ada satu taklimat ringkas sahaja ……..sesiapapun boleh mengendalikannya.

    PCM#18

    PCM#18

    Terkini :

    Hari ini 696 Hari ini 699

    Hari ini 707

    Sebahagian daripada foto yang sempat di rakam untuk tatapan anda semua.

    Kayuhan Antara Gapi 2009

    KAYUHAN ANTARA GAPI 2009

    Meja Pendaftaran Peserta

    Petugas Bantuan Beruntung Cycle Club

    Petugas Bantuan - Beruntung Cycle Club

    Peserta datang mendaftar diriPeserta datang mendaftar diri

    Keluarga Berbasikal AtokMTB

    Keluarga Berbasikal AtokMTB  P8090081 Dah mula rupanya

    Acara kayuhan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan pembasikal di luar jangkaan. Setinggi “Puncak Dagu” dan “seSyabas” kepada penganjur Kelab Kembara PKNS dengan penyokong kuatnya  Beruntung Cycle Club yang bertungkus mulus mengendalikannya dengan sempurna dan baik sekali. Soal kekurangan dan cacat-cela adalah perkara lumrah, pembasikal dan pengayuh yang budiman tidak mengambil kira dan tidak kisah sedikitpun, asalkan selamat pergi dan selamat kembali. Lain kali boleh anjurkan acara serupa atau lebih mencabar daripada ini, “kalau boleh percuma” lagi bagus. Kelebihan penganjur ianya disokong oleh satu organisasi yang mantap dan memiliki kawasan yang luas. Selepas ini saya cadangkan Kota Puteri pula sebagai tempat mencabar lutut pembasikal selepas terbukti dagunya sampai ke puncak.  Di sini saya paparkan sebahagian foto yang sempat di”pukul”, malangnya tidak sebanyak macam selalunya kerana saya gunakan kamera “compat” bukannya DSLR. Ini satu pengalaman yang kurang menarik dalam satu peristiwa penting sebegini saya tidak berpuas hati dengan keupayaan kamera jenis ini. Lain kali saya akan patut ikuti saranan Sdr Iswardy pada hari berkenaan supaya menggunakan kamera DSLR, walaupun berat tetapi hasilnya sangat berbaloi.

    P8090007

    Merekalah yang menjaga keselamatan dan keamanan

    P8090040

    Dengar Taklimat

    P8090068

    Sedia untuk bermula

    P8090017

    Geng campuran PujMAC dan KayuhBeb

    Geng PujMac (Pembetulan-Penulis)

    P8090129

    Mendaki Bukit Dagu

    Ini khusus untuk Sdr Din dan Sdr Iwan.....sebagai bukti saya dah sampai kat iniIni khusus untuk Sdr Din dan Sdr Iwan…..sebagai bukti saya dah sampai kat ini

    P8090161

    Penerima Cabutan Bertuah

    ———————————————————————————–

    Pada acara tersebut, saya sempat juga bertemu dengan ahli-ahli kelab basikal dan para blogger yang ternyata memang jauh lebih hebat daripada saya. Hanya menyatakan yang teringat sahaja iaitu AtokMTB, AsSakinah, PujMAC, BCC (supporting team), KayuhBeb, Roto X Team, KEV Pedal 2 Kick, FRIMbiker, R O Puchong, GLC, Sg Buaya Cycling, SBXC BIKERS, JOMKAYUH, ARB Bdr Tasik Puteri, Mahkota 6 MTB, Beskal.com, Speed Ontell CT, Anggerik MTB, PTEC Biker, P2CC, Berkat Bikers, Nilai MTB, Team Sauk XC, Rawang MTB, Samy Orbea, KLMBH, KD Cyclist, Btg Kali Rider, CYCCO, UMCT, UMobile CC, Genggerek, BBB, Lubuk Merbau Replica, WAY2RIDE, Radialmtb, KRTKP, Yellow Helmet, Senawang, Ridemore, Bursa MTB, Kakitua Riders, Budjetcheeput, Seremban Basikal Hash, TNB Elite, Mbikeabaruk dll. Jumpa lagi.

    P8090155

    Lelong Basikal

    P8090031

    Yang Baju Merah tu saya dengan DeDin dari AtokMTB

    Lagi foto-foto DI SINI

    Nota :

    Untuk muaturun foto, perlu jadi ahli secara percuma di http://netlog.com. Semua foto yang terdapat adalah perkongsian percuma untuk koleksi peribadi sahaja.

    Cara muaturun saiz penuh:

    1. Kliks pada foto yang dikehendaki.

    2. Semasa foto sedang diturunkan, tekan butang kanan tetikus  dan kliks  ”save image as” (mozilla) atau “save as” (opera/internet explorer). Jangan tunggu sampai semua foto selesai dimuaturun, jika anda tekan butang kanan tetikus, yang keluar ialah “save link as” (mozilla).

    3. Simpan foto di folder.

    Jika ada masalah sila emel ke ijas@streamyx.com

    Basikal Tua Membawa Watikah Kemerdekaan

    Sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang diadakan pada 10/08/2009,  sebuah basikal tua jenama Raleigh telah digunakan untuk membawa Surat Watikah Perisytiharaan Kemerdekaan Malaysia. Surat berkenaan di bawah oleh dua  warga watan bersama-sama sebuah gong gangsa. Mereka memasuki Dewan Lestari SMTKS, di mana ianya menjadi tempat berlangsungnya majlis tersebut .Dengan tepukan gemuruh dan laungan MERDEKA oleh rakyat jelata, maka sempurnalah Majlis Sambutan Kemerdekaan Malaysia Kali ke 52.

    P8100244P8100236P8100237P8100245P8100251P8100253P8100238

    Blog Basikal Muncul Sebagai Pos Tertinggi

    Pos Tertinggi

    Sebenarnya penulis tidak mengambil kisah tentang perkembangan terkini blog ini samada popular ataupun tidak. Paling penting matlamat penulis supaya kewujudannya menjadi sumber informasi berkaitan aktiviti berbasikal. Sehinggalah seorang rakan pembasikal MTB menghubungi penulis pagi tadi tentang perkara di atas. Daripada deretan pos tersebut cuma Kayuhan Antara Gapi 2009 bukannya bersangkut-paut dengan hal politik.

    Kayuhan Antara Gapi 2009 telahpun berlangsung dengan jayanya. Penganjuran yang terancang dan terbaik kerana kerjasama yang mantap dan padu daripada semua pihak. Kelancaran majlis berjalan dengan sempurna walaupun dalam suasana yang santai lagi sederhana. SYABAS KEPADA JALURAN PIHAK PENGANJUR YANG TELAH PENULIS NYATAKAN SEBELUM INI.

    Nota :

    Terima kasih kepada Sdr Iswardy yang telah banyak kali mengingatkan saya supaya dapat menyertai kayuhan ini sehingga ke hari kelangsungannya. Beliau dan pasukannya amat dedikasi, semoga pihak pengurusan PKNS menyedari potensi kakitangan yang komited ini.

    LIPUTAN PERTANDINGAN SEPEDA KLASIK

    Pertandingan ini telah dilangsungkan pada 16/08/2009, di Padang Awam, Jalan Waja, Telok Panglima Garang, Banting. Acara ini di anjurkan oleh Anjung Sepeda Antik Sijangkang dengan kerjasama Kelab Sukan Medan Bakti Banting.

    Logo AsasUntuk mengetahui Keputusan Pertandingan, Sila Kliks Logo ASAS di atas

    Deretan basikal di awal penyertaan

    Deretan basikal di awal penyertaan

    Deretan basikal yang menyertai pertandingan

    Deretan basikal yang menyertai pertandingan

    KOMUNITI PEMILIK BASIKAL KLASIK MALAYSIA

    PENDAFTARAN SUKARELA DI SINI

    PENDAFTARAN SUKARELA DI SINI

    Basikal Jenama Phoenix

    Dipertontonkan sebahagian foto basikal/sepeda jenama Phoenix. Tidak diketahui buatan negeri mana. Ada pendapat ianya buatan Negara China. Walaubagaimanapun item ini masih di dalam keadaan asal dan dijaga dengan teliti. Foto-foto yang lain akan menyusul, sejurus penulis memperincikan pemilik yang sah.

    Pandangan Depan

    Pandangan Depan

    Lencana Kepala Hercules

    Lencana Kepala Hercules

    No.Siri

    No.Siri

    Basikal Chooper

    Sebahagian daripada foto basikal Chooper yang popular pada awal tahun 70an. Basikal jenis ini sangat diminati oleh kanak-kanak. Konsepnya hampir sama dengan motosikal Chooper yang mempunyai handel gapit yang tinggi. Terdapat pelbagai jenama, tetapi yang paling terkenal adalah jenama Raleigh. Maklumat lanjut diterangkan di bahagian akhir artikel ini.

    Sebahagian Chooper yang dipamerkan

    Sebahagian Chooper yang dipamerkan

    Asas 065

    Asas 064

    Tiga Chooper

    Tiga Chooper

    Himpunan Basikal Chooper

    Himpunan Basikal Chooper

    Berdasarkan rekod terdapat tiga (3) kategori basikal Chooper jenama Raleigh mengikut tahun keluaran

    Mark 1 drawing

    Mark I (1970 – 1972)


    Rangka bahagian belakang lurus dan bercantum dengan hub belakang.
    • Handel basikal gapit, boleh dilaraskan
    • Tempat duduk panjang
    • Tompol gear bundar

    Mark 2 drawing

    Mark II (1972 – 1982)

    • Rangka bahagian belakang terbuka pada bahagian bawah.
    • Handel basikal tetap
    • Tempat duduk pendek

    Tompol gear T-Shift
    • Rak di bahagian belakang

    Mark 2 - 5spd drawing

    Mark II 5-Speed (1973 – 1976)
    • Mempunyai gear Derailleur 5-kelajuan
    • Gear Berbeza Ganjak (2 Levers)

    [Sumber artikel berkaitan : http://homepage.ntlworld.com]

    Maklumat lanjut pergi ke link berikut:

    1. The Chopper  Return

    2. Basikal Chopper Aku

    Projek Basikal Kembara (Touring Bike)

    Setelah berehat sementara  waktu daripada meneruskan minat terhadap basikal tua, penulis memberikan tumpuan kepada rangka basikal lumba (racing) jenama Singer. Basikal ini diperolehi daripada anak saudara di Ipoh. Semasa ditemui keadaan basikal ini dalam keadaan uzur, terbengkalai sejak 1994 selama 15 tahun. Ianya dibeli pada tahun 1986 ketika berusia 12 tahun sebagai kenderaan ke sekolah dan riadah.  Basikal ini tidak lagi digunakan apabila beliau melanjutkan pelajaran ke Jepun ketika berusia 18 tahun. Penulis telah membaik-pulih basikal tersebut dengan mengecat semula, mengganti tayar serta tiub, rantai,  engkol pedal (crank), tempat duduk, tali-kawat dan komponen mekanikalnya.  Komponen lainnya termasuk gear-ganjak jenama Shimano 6-kelajuan, sistem brek dan handel dikekalkan seperti asalnya. Penulis pernah mengayuh beberapa kali di Kayuhan Putrajaya Critical Mass selain kayuhan biasa. Oleh kerana keadaannya amat memuaskan, penulis melakukan sedikit inovasi kepada basikal kembara (Touring Bike). Matlamatnya untuk kayuhan santai sepanjang masa dan menjelajah tempat sendiri. Sekiranya projek ini memberangsangkan penulis berhasrat mencari basikal serupa yang lebih baik untuk penjelajahan yang mencabar pulak.  Semuanya bergantung kepada masa dan kesihatan serta ilmu yang sedang dituntut daripada para pengayuh basikal yang berpengalaman. Di sini dipaparkan foto berkaitan, sila komen jika sudi. Terima Kasih.

    Pandangan Sisi-Kiri
    Pandangan Sisi-Kiri
    Pandangan Depan
    Pandangan Depan
    Lencana Singer (pembuat mesin jahit)
    Lencana Singer (pembuat mesin jahit)
    Carrier keluli kos rendah (RM11.00 sahaja).Akan datang nak upgrade aluminum pula.
    Carrier keluli kos rendah (RM11.00 sahaja).Akan datang nak upgrade aluminum pula.
    Handel kupu-kupu susah nak dapat, taruh tanduk lagi bagus (sepasang RM12.00)
    Handel kupu-kupu susah nak dapat, taruh tanduk lagi bagus (sepasang RM12.00)

    Lagi

    Lanjutan Projek Basikal Kembara (Touring Bike)

    Sedikit perubahan dilakukan, iaitu menukarkan fender dengan mudguard (pelindung lumpur) di kedua-dua bahagian. Mudguard saiz 26 jenis kepingan keluli yang biasa digunakan pada basikal tua. Pada mulanya pemasangan agak sukar kerana “clearance” (kelegaan) adalah kecil. Mudguard tersangkut pada tayar. Penyelesaiannya mudguard dipasang rapat ke fork  dan bahagian hujung perlulah ditarik sedikit ke atas. Oleh kerana saiz tayar 27×1.25 (32-630) panjang batang pengikat 27 sukar diperolehi, terpaksa menggunakan batang 28 yang perlu diubahsuai samada dibengkokkan atau dipotong. Pemasangan ke rangka basikal tidak ada masalah kerana tersedia lubang skru-nut di kedua-dua rakap depan dan belakang. Hasil kerja setakat ini adalah seperti dipaparkan di bawah.

    Pandangan belakang dengan pemantulan cahaya.

    Pandangan belakang dengan pemantulan cahaya.

    Pandangan Sisi-Kiri

    Pandangan Sisi-Kiri

    Mudget Depan

    Mudguard Depan

    Pandangan Sisi-Kanan Mudget Depan

    Pandangan Sisi-Kanan Mudguard Depan

    Pandangan Sisi-Kanan Mudget Belakang

    Pandangan Sisi-Kanan Mudguad Belakang

    Lagi

    Juadah Istimewa Aidil Fitri

    Dalam proses perpindahan ke rumah baru, banyak barang-barang yang telah lama tersimpan di dalam stor terpaksa diasing-asingkan. Pemilihan item-item memakan masa yang agak lama dan merumitkan malahan menjemukan. Tidak disangka-sangka terjumpa album koleksi basikal tua yang disangkakan telah hilang selama ini. Salinan foto berkenaan ada tersimpan di dalam komputer peribadi, tetapi malangnya hilang kerana komputer mengalami kerosakan yang kronik baru-baru ini.

    Sempena menjelang Aidil Fitri disajikan semula gambarfoto basikal tua. Kepada pengunjung setia blog basikal diucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN”.

    Bahagian Hadapan

    Bahagian Hadapan

    Pandangan Sisi-Kiri Hadapan

    Pandangan Sisi-Kiri Hadapan

    Raleigh03Raleigh06Raleigh08Raleigh04Raleigh09

    BIOGRAFI BLOGGER

    Keunikan blogger ini ialah keserasian beliau memilih perkataan (kosa kata) bahasa Melayu sebagai alamat webblog yang dibinanya. Terdapat dua (2) laman blog yang menggunakan perkataan Melayu iaitu Orang Basikal dan Kopi Ais . Kedua-dua blog tersebut mengisahkan tentang basikal. Berpandukan profil, beliau adalah seorang realtor (perunding hartanah) daripada Arlington, Virginia, USA dan berhasrat suatu hari  nanti dapat melancung ke Malaysia.  Walaupun beliau tidak fasih berbahasa Melayu tetapi minat terhadap bahasa Melayu amatlah dikagumi. Ikutan seperti ini amat ketara menyongsang hala daripada kebiasaan kalangan rakyat di negara kita yang lebih selesa menggunakan perkataan asal bahasa Inggeris atau Perancis.  Penulis pernah berhubung dalam talian dengan beliau menggunakan Bahasa Melayu, ternyatalah beliau tidak kekok untuk memahaminya. Dengan bantuan perkakasan penterjemahan Google , tidak timbul masalah perhubungan atau komunikasi. Di sini penulis ingin memberikan sedikit panduan, setiap artikel yang ditulis seboleh-bolehnya menggunakan laras bahasa baku, supaya para pembaca bahasa asing boleh menterjemahkan ke bahasa ibunda masing-masing dengan baik. Berikut  diturunkan artikel berkaitan dengan nama blog yang dinukilkan oleh beliau.

    About the blog name

    So I wanted to create a blog just for my bicycle activity, with a name that referred to bicycles, was if possible clever, memorable and not already being used by someone else. You’d be amazed how difficult that is. I spend half an hour writing down ideas, checking online to see if they showed up elsewhere, and finally choosing this one. It means, literally, “bicycle man” in Malay. In addition the similarity between “orang” (man) and “orange” amuses me. I did play with some puns on “basikal” and decided against them all. And I considered simply translating the name my brother uses for his cycling blog, “Citizen Rider” into Malay. However, I’m not really fluent in Malay and I could not be certain of the translation. Even the name I am using is a bit of a guess and actual Malay speakers may tell me I got it all wrong. But here it is.

    Di sini adanya pengajaran yang patut di ambil kisah oleh kalangan pembaca watan. Tanggapan bahasa Melayu tidak ada nilai dagang di arena global, nampaknya tidak boleh di terima. Ini cuma satu contoh yang dapat penulis lampirkan untuk halwa pembaca blog basikal.

    Bulan Syawal kita beraya,

    Berbaju Melayu nampak tampan,

    Kami hanya hamba sahaya,

    Bersalaman kita mohon kemaafan

    Petikan Artikel “BICICLASICA”

    Artikel asal dalam Bahasa Sepanyol  [http://biciclasica.wordpress.com] dengan izin.

    Penulis terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk tatapan peminat basikal. Tidak dinafikan basikal klasik masih diminati oleh orang ramai di seluruh dunia. Di Sepanyol pula basikal jenis ini berjenama SpritNomade masih dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Barcelona.

    Sprit Nomade 04Oct09

    Desde Barcelona

    Dari Barcelona

    det_hermann4002

    En esta ocasión es una empresa de Barcelona la que nos ofrece unas buenas bicicletas clásicas, SpritNomade comercializa varios modelos, los tradicionales de barra baja y barra alta y doble barra alta(Audrey y Hermann), además de la interesante posibilidad de personalizarlas para uso corporativo, también tienen algún modelo cruiser (Malcom), los modelos mas clásicos siguen la línea de las bicicletas mas tradicionales con frenos de varilla, ruedas de 28″, sillín de piel con muelles, cubre cadenas total, y una sola marcha.

    Pada kali ini diperkenalkan sebuah syarikat yang beroperasi di Barcelona yang mengeluarkan basikal klasik yang terbaik di  pasaran iaitu berjenama SpritNomade yang terdiri daripada berbagai model samada bar rendah tradisional, bar tinggi dan bar tinggi berkembar dua (Audrey dan Hermann). Sebagai tambahan untuk menarik citarasa para pengguna, syarikat membuat sedikit pengubahsuaian  untuk kegunaan tertentu seperti model untuk kembara/jelajah ( Malcolm), pelbagai model klasik  yang lebih bercirikan tradisional dengan brek rod, roda bersaiz 28 “, pelana kulit berspring, peti rantai/peti minyak dan sistem gear tunggal.


    Estas bicicletas son una elección robusta y duradera además de ser modelos con un aire clásico indiscutible y un estilo muy elegante, con buena relación calidad precio, en torno a los 450 Euros.

    Basikal ini sangat kukuh dan tahan lasak, maka tidak hairanlah ianya menjadi  pilihan yang terbaik di seluruh negara kerana bergaya klasik dan elegan dengan harga yang berpatutan sekitar 450 Euro

    Para comprarlas, en su propia web

    Untuk maklumat lanjut, sila lawati web berikut.

    www.spritnomade.com
    ——————————————————————————————————————————————

    Apa kata Albert Einstein tentang basikal.

    einstein2La vida es como andar en bicicleta; para mantenerte en equilibrio, tenés que seguir moviéndote…
    (Albert Einstein) : [http://sexandthebici.blogspot.com/]

    Hidup ini umpama menunggang basikal; untuk  mengawal keseimbangannya, anda harus terus berkayuh …
    (Albert Einstein) : [http://sexandthebici.blogspot.com/]

    Plentong Epic Ride Johor Bahru : 15 NOV 2009

    Pautan di SINI

    http://www.cyclemotion2000.com/cycleforum/YaBB.pl?num=1255342633

    MONSOON RIDE 2009

    Pautan di SINI

    MR3000

    CUTI-RONDA LUMUT

    Penulis sekeluarga mengambil keputusan untuk bercuti di Lumut sempena Hari Cuti Deepavalli. Tidak ada program khusus yang diatur kecuali bertemu dengan kawan-kawan lama. Kesempatan ini penulis dan isteri gunakan untuk berkayuh sekitar Bandar Lumut, manakala anak-anak mempunyai aktiviti sendiri iaitu mandi-manda dan membeli-belah. Nampaknya sejak akhir-akhir ini aktiviti membeli belah sudah diturunkan kepada tiga (3) anak-anak. Penulis daftar masuk di hotel penginapan pada jam 1200 (17/10/2009; Sabtu), setelah bersua-mesra dengan rakan-rakan pada petang itu, penulis berkayuh sendirian sekitar Lumut sehingga ke Titi Panjang. Cuma pagi Ahad (18/10/2009) barulah penulis berkayuh dengan isteri selama lebih kurang 3 jam. Setelah selesai berkayuh disambung pula dengan acara kedua iaitu berenang. Tepat jam 1300 kami sekeluarga berangkat balik tanpa membeli belah seperti kebiasaannya.

    Di Marina Wing, Lumut

    Di Marina Wing, Lumut

    Marina Wing

    Marina Wing

    Berlatarkan kapal dan bot berlabuh

    Berlatarkan kapal dan bot berlabuh

    Water Front, Lumut

    Water Front, Lumut

    Di Pintu Utama Maritim, Lumut

    Di Pintu Utama Maritim, Lumut

    Balai Polis, Lumut

    Balai Polis, Lumut

    Jeti, Lumut

    Jeti, Lumut

    Bukit sebelum Bandar Lumut (Tak Tahu Nama?)

    Bukit sebelum Bandar Lumut (Tak Tahu Nama?)

    Old Skool Bike, Experimental Ferum

    Old Skool Bike, Experimental Ferrum

    T-Bolt, Proton Excited

    T-Bolt, Proton Excited

    Lumut

    Lumut

    Tempat Penginapan

    Tempat Penginapan

    Marina Wing

    Sendiri

    Sila saksikan video di bawah ini.

    MDHS RAJA BUKIT

    Butiran lanjut di SINI

    Raja Bukit

    Raja Bukit

    Putrajaya Critical Mass – 30 October 2009

    PCM#21 KEMBALI LAGI

    TARIKH : 30 OKTOBER 2009 (JUMAAT)

    TEMPAT BERKUMPUL : ISTANA KEADILAN, PUTRAJAYA.

    MASA BERKUMPUL : 9.00 PM (JAM 2100)

    MULA KAYUH : 9.30 PM (JAM 2130)

    SEKILAS MERAKAM PERISTIWA

    Pada 25/10/2009 (Ahad) dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, melalui Jalan Klang saya terserempak dengan sekumpulan kecil pengayuh basikal sedang gigih meneruskan misi perjalanan. Kebetulan ketika itu isteri saya yang memandu kereta dan saya duduk di kerusi sebelah. Mulanya saya kelihatan kelibat mereka di Pekan Assam Jawa, tetapi saya tidak menghiraukannya kerana ada sedikit urusan dan singgah sebentar di Pekan Sasaran. Cuma apabila menghampiri Pekan Jeram, kelibat mereka muncul semula barulah menaruh minat saya untuk merakamkan foto dari dalam kereta. Saya tidak memberhentikan kereta untuk menemuramah mereka kerana kesuntukan masa dan kereta pula dipandu laju. Hasilnya beberapa foto dipaparkan di sini. Saya cuma meneka sahaja, mereka ini ahli ACT Selangor yang sedang “tryout” Meru-Kuala Selangor-Meru. Sekiranya ada di kalangan pembaca daripada kumpulan berkenaan saya merakamkan setinggi tahniah.

    HM250718

    HM250713
    HM250714
    HM250715
    HM250717

    PUTRAJAYA CRITICAL MASS#21

    Kayuhan PCM bermula lagi setelah ramai pengikutnya berehat sementara waktu pada sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.  Walaupun ada daya usaha daripada pihak penganjur-bebas mengadakan kayuhan biasa dan kayuhan khas pada hari Ahad, tetapi kayuhan malam itu menggamit memori. Penulis bertekad sepenuh hati pada hari itu untuk hadir berkayuh, walaupun pada mula ada  halangan kecil sebelum bertolak ke Putrajaya. Bertolak dari rumah jam 6.45 petang melalui Lebuhraya GCE, berlaku kesesakan yang amat teruk selepas Tol Bukit Jelutong sehingga Hentian Rehat USJ. Kesesakan itu menyebabkan perjalanan terganggu dan masa terbuang sia-sia begitu sahaja. Penulis tiba jam 8.10 malam di Tol Putrajaya dari Lebuhraya KLIA, singgah untuk solat Maghrib. Keadaan luar biasa berlaku, bilangan jemaah sangat ramai sedangkan keluasan surau hanya dapat menampung 2 saf sahaja. Memandangkan masa yang suntuk untuk menunggu giliran bersolat, penulis membuat keputusan meneruskan perjalanan dan bersolat di Stesen Petronas Percint 9. Jam 8.45 malam penulis sampai di Istana Keadilan, cuma kelihatan Sdr Haris Kelolo.  Hati penulis berbelah bahagi  samada PCM diadakan ataupun tidak, kerana sebelum pergi penulis menyemak blog PCM; ruangan komentarnya sunyi sepi. Setelah meletakkan kenderaan, penulis beredar ke arah bangunan Perbadanan Putrajaya, kelihatan sebuah kereta dengan basikal terletak di atas bumbung. Penulis tidak pasti siapa dia. Jam 9.00 malam satu persatu pengayuh datang memenuhi ruang letak kereta sekitar Istana Keadilan. Mereka bergegas mempersiapkan jentera masing-masing dan beramah mesra antara satu sama lain. Kayuhan agak lewat dimulakan lebihkurang jam 9.45 malam, kerana menanti ketibaab pengayuh lain yang masih terperangkap dengan kesesakan jalanraya di merata Lembah Klang. Laluan kayuhan kali ini berbeza sama sekali daripada masa lalu. Saksikan sendiri rakaman peristiwa PCM#21.

    KAYUHAN JANTUNGKU

    Kayuhan Jantungku akan diadakan bersempena “Hari Jantung Sedunia” seperti berikut

    Tarikh : 13 Disember 2009 (Ahad)
    Lokasi : Dataran Shah Alam, Seksyen 14
    Penganjur : SJ Cycle
    Keterangan lanjut sila kliks:

    1. Keterangan Program

    2. Borang Penyertaan

    Sedikit maklumat tentang penganjuran kayuhan ini

    This is a ride inspired by the former Malaysian cyclist, En Shaharudin bin Jaafar who won the gold medal during the SEAP Games in 1965. As a heart patient, he who underwent the heart by pass surgery this year and his deep passion for cycling inspired the ride in conjunction with the ‘World Heart Day’.

    Heart disease and diseases of the pulmonary circulation are the top killers in Malaysian government hospitals. “Malaysians are suffering from heart attacks about 10 years earlier than their counterparts in developed countries”, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai. Malaysian patients who had severe heart attacks were far younger, with an average age of 56 compared with people from developed countries in the West, where the average age was 65. In Malaysia, coronary heart disease or heart attack affects 141 out of every 100,000 people each year.

    One of the ways is carrying out prevention programs is to encourage people to have a healthy, active lifestyle and eat a healthy diet.

    Register NOW to participate for the ride on 13th December 2009 and start cycling to a healthier heart”.

    Penulis juga pernah mendapat rawatan jantung di Pusat Perubatan Puteri Klang pada tahun 2002, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada tahun 2003 hingga 2007 dan Institut Jantung Negara pada tahun 2003-2005. Dalam tempoh itu juga penulis secara aktif berkayuh basikal, bermula dengan basikal tua diikuti basikal MTB, RB dan sekarang Touring Bike. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kesihatan penulis bertambah baik dan terkawal.

    KAYUHAN MALAM ROTOR-X-TEAM

    Sekalung tahniah kepada Rotor-X-Team Klang yang telah berjaya mengadakan aktiviti kayuhan ini. Acara ini telah berlangsung pada 6 November 2009 (Jumaat) jam 9.00 (kumpul) di Jusco-Aeon Bukit Tinggi. Kawasan yang luas untuk meletakkan kenderaan berbayar. Yang istimewanya ajaklah isteri dan anak-anak sekali, mereka pasti tidak menolak dan mengganggu-gugat pembasikal budiman. Kayuhlah sepuas-hati malam itu, sementara mereka berkayuh-kaki di Kompleks Jusco-Aeon sampai tak larat.
    Penyertaan ini merupakan yang pertama kali, oleh yang demikian ramai di kalangan pembasikal belum cukup kenal-mengenali. Beberapa kumpulan seperti KayuhBeb turut serta bersama satu kumpulan dari Kg Delik, Berkat Kapar dan saya solo dari Kuala Selangor. Setelah dicampur-tolak-darab-bahagi lebih kurang 48 orang pembasikal turut berjuang pada masa itu. Sebelum bermula Bro Faizal memberikan taklimat-padat. Kayuhan dimulakan secara santai melalui beberapa bulatan, lama-kelamaan mereka memecut macam di kejar anjing garang. Penulis terpaksa ikut rentak mereka, tiba-tiba kumpulan besar (peloton) menghilangkan diri di satu bulatan tanpa dapat dijejaki. Cukup hairan ke mana mereka lesap, penulis berhenti menunggu kumpulan kecil yang lain di belakang pulak tak muncul-muncul. Dalam keseorangan penulis bergerak ikut rentak terkini menggunakan kemahiran membaca kompas alam. Sesampai di Jusco-Aeon , sudah ada kumpulan kecil telah tiba kemudian diikuti kumpulan besar yang lesap ditelan malam. Penulis tidak terkata apa-apa, sedang memikirkan peristiwa malam itu. Marilah kita layan foto-foto yang sempat dirakamkan, oleh kerana pergerakan terlalu laju penulis tidak ada kesempatan memukul gambar ketika berkayuh. Lain kali penulis akan bawa kamera lain bukan DSLR macam malam itu. Kepada Bro Wahid, Bro Kulat, Bro Rule, Bro Faizal , Bro Leon dan yang lain-lain jumpa lagi di kayuhan akan datang.

    Kayuhan 109 km Putrajaya-Goldcoast

    Kayuhan ini dianjurkan oleh Republic of Puchong (ROP), iaitu satu kumpulan pembasikal yang dianggotai oleh pengayuh yang betul-betul handal dan hebat. Perjalanan yang jauh bersama-sama pengayuh regular amat menguja semangat dan ketahanan mental-fizikal. Penulis, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah jam 5.15 pagi dan berhenti solat suboh di Surau Tol KLIA-Putrajaya. Tepat jam 6.30 pagi kami tiba di Dataran Masjid Putrajaya, telah kelihatan beberapa pengayuh sudah menunggu. Silapnya kali ini penulis mengayuh basikal MTB, bukannya RB. Pada awalnya memang basikal RB sudah sedia untuk dibawa, tetapi kesilapan teknik berlaku. Walau begitu ini merupakan satu pengalaman yang tidak pernah diajar. Perjalanan jauh di atas jalan raya, lebih selesa menggunakan basikal RB kerana daya pecutan yang stabil. Kali ini juga penulis tidak bertindak sebagai jurugambar, sebaliknya tugas ini dipikul oleh kedua-dua orang anak yang kurang berpengalaman. Jadi di dalam episod kali ini banyaklah gambar penulis tersaji. Hasilnya seperti yang bakal dipaparkan. Keadaan cuaca ketika itu adalah redup tetapi setibanya di Bagan Lalang hujan turun dengan lebat sebagai tanda menyambut ketibaaan wira-wira negara. Perjalanan balik tidak dapat bersama kerana penulis ada urusan penting. Saksikan media ini untuk mengetahui cerita yang amat menarik.

    Atau muaturun foto Di SINI

    Layari juga di SINI

    Erratta : Ikut rekod GPS jarak sebenarnya 116 km.

    Geng Baru

    Penulis telah berpindah tinggal sepenuhnya di Kuala Selangor mulai 1 Disember 2009. Dalam kesibokan mengemas, sempat juga meluangkan masa untuk berkayuh sekitar Stadium Malawati pada waktu pagi dan petang. Pada awalnya penulis berkayuh secara solo sahaja, tidak kelihatan kelibat pembasikal yang tegar. Aktiviti berkayuh terus berjalan, sehingga suatu petang penulis didatangi oleh seorang pembasikal iaitu En.Nahar. Keesokan petangnnya kami berdua bersama-sama berkayuh mengikut laluan Stadium-Tmn Alam-Bkt Malawati-Pekan Lama-Projek Barat Laut-Bandar Malawati. Hari-hari berikut telah bertambah kepada 3 orang yang diketemukan secara kebetulan iaitu En.Bob dan En.Asari. Seterusnya keanggotaan bertambah dengan penyertaan En.Nasir menjadikan jumlah setakat ini 5 orang. Pada hari Jumaat (11/12/09), kami berempat (Penulis, En.Nahar, En.Nasir dan En.Asari) telah melakukan kayuhan di laluan Stadium-Tmn Alam-Bkt Malawati-Pekan Lama- Projek Barat Laut-Bandar Baru dan pada hari Sabtu (12/12/09) laluan Stadium-Ujung Permatang-Bkt Belimbing-Tiram Buruk-Sg Gulang-Gulang-Sg Terap-Pasir Penambang-Pekan Lama-Bandar Baru. Di Hadapan Masjid Sultan Ibrahim kami bertembung pula dengan kumpulan pembasikal ACT Klang.

    Di Puncak Bukit Malawati

    Bersua dengan Pengembara dari Amsterdam, Belanda

    Seorang lagi Pengembara dari Belanda

    Sarapan di Sg Gulang-gulang.

    Beramah-mesra dengan Geng ACT Klang

    Bergambar ramai

    CUTI DAH HABIS

    Sepanjang bulan Disember tidak banyak aktiviti meng”update” dapat dilakukan. Ini disebabkan masalah pihak Telekom menyambungkan semula talian telefon dan internet ke rumah baru. Kelalaian penulis membaca kemungkinan yang akan berlaku menyebabkan kesalahan ini  seolah-olah dicampakkan kepada oranglain. Pihak Telekom sebenarnya sedaya-upaya menyelesaikan masalah ini dengan berhemah sehingga tempoh yang dijanjikan telah dapat dikotakan lebih awal. Syabas diucapkan kepada pihak Telekom serta para petugas yang komited. Penulis sentiasa tenang  menghadapi masalah ini. Mula sekarang keadaan telah pulih.

    Untuk menutup tirai 2009, geng baru bercadang hendak bergabung dengan aktiviti anjuran KayuhBeb. Dengan muka tak malu kami belasah aja, kalau mereka tak bagi kita orang balik.

    Pembukaan tahun 2010, geng baru bercadang berkayuh pada 01/01/2010 (Jumaat) . Kayuhan keseluruhan mengambil masa lebihkurang tiga (3) jam, melintasi jalanraya persekutuan, negeri , mukim dan kampung.

    Laluan cadangan :

    1.K.Selangor-Kg Kuantan-Bkt Rotan-Ijok-Parit Mahang-Bukit Hijau-Simpang Tiga-Jeram-Sasaran-Assam Jawa-K.Selangor.

    atau

    2.K.Selangor-Ujung Permatang-Bkt Belimbing-Raja Musa-Kg Makmur-Unisel-Batang Berjuntai-Kg Kuantan-K.Selangor.

    Tempat / Berkumpul : Stadium Kuala Selangor / 07.30 am

    Mula Berkayuh : 07.45 am

    Profil Geografi : Tanah Pamah (Rata & Landai) / Jalan Tarmac. Amat sesuai untuk MTB , RB,TB atau “basikal tua”.

    Kepada para pembasikal sekitar daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam serta yang lain-lain, sudikanlah bersama kami. Kayuhan seperti ini amat jarang berlaku, anda akan disambut kehairan oleh kalangan penduduk setempat.

    Di penghujung tahun 2009 ini, berakhirlah cuti yang panjang  maka aktiviti berkayuh terhad pada waktu petang/malam atau hujung minggu. Minggu depan akan bermula dengan azam baru tetapi lama kemejadiannya.

    Kayuhan Kuala Selangor-Sekinchan

    Cadangan Kayuhan Kuala Selangor – Sekinchan

    Penyertaan : Terbuka dan Percuma (Ahli Kuala Selangor Cycling Club WAJIB)

    Tarikh/Hari : 09 Januari 2010 (Sabtu)

    Tempat Berkumpul : Stadium Kuala Selangor

    Masa Berkumpul : 7.30 AM

    Masa Bermula : 7.45 AM

    Laluan : Sila Rujuk Peta Di Bawah


    View Larger Map

    Keperluan :

    a) Basikal MTB/RB/TB dalam keadaan baik dan perkakasan.

    b) Bekalan makan-minum dan sedikit duit untuk belanja.

    c. Persalinan bersih (untuk solat), jika lambat balik.


    ——————————————————————-
    Ulasan:
    Kayuhan ini hanyalah disertai oleh tiga (3) orang pengayuh iaitu saya, Cikgu Asari dan Cikgu Nasir. Ahli-ahli yang lain tidak dapat bersama kerana ada urusan rasmi. Aboy ke Sarawak, Nahar betulkan basikal dan Zul ada urusan penting di saat akhir. Laluan asal terpaksa diubah kerana terdapat jalan yang ditutup kerana kerja perparitan JPS. Bertolak dari Stadium K.Selangor tepat jam 0745 melalui Route 5 ke Kg Sg Gulang-gulang – Parit Serong – Kg Tiram Jaya – Kg Sawah Sempadan – Kg Seri Gambut – Jalan Ban Canal – Parit 6 Sg Burong – Sekinchan. Kami berhenti rehat untuk mengisi perut di Tmn Ria, Sekinchan setelah berkayuh selama 2.5 jam. Tepat jam 1045 pagi kami bertiga bertolak pulang melalui jalan kampung sepanjang petak sawah padi sehingga ke Parit 1, Sg Sireh. Kemudian melencong ke jalan utama (Route 5) ke Pekan Tg Karang. Di Pekan Tg Karang, kami singgah sebentar di kedai basikal untuk membeli tiub basikal yang telah saya pesan dua (2) minggu lepas. Perjalanan diteruskan melalui Route 5 sehingga ke rumah. Jarak perjalanan ialah 90km (K.Selangor) / 95km (Assam Jawa). Pengayuhan kali ini tanpa rakaman foto kerana penulis/jurufoto kehilangan kedua-dua kamera DSLR dan compact tempohari. (Tengah kumpul duit beli kamera yang lain).

    Kembara Beskal Ke Kuala Selangor

    Cadangan kayuhan tersebut diusulkan  oleh geng Beskal.com. Sdr Ken memilih Kuala Selangor sebagai landasan mula untuk Kembara Pangkor yang akan diadakan pada 26-28 Feb 2010 nanti. Kami geng baru Kuala Selangor Cycling Club akan turut memeriahkan kehadiran mereka nanti. Penyertaan dialu-alukan kepada kalangan pembasikal yang berada sepanjang laluan terutama Shah Alam, Klang, Meru, Kapar. Lagi ramai lagi seronok.

    SELAMAT DATANG KEPADA GENG BESKAL.COM ke KUALA SELANGOR INDAH DAN BERSEJARAH.

    MAKLUMAT LANJUT DI SINI

    BERITA TERKINI, DI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU PIHAK PENGANJUR TELAH MENGUBAH HALUAN KEMBARA KE KUALA KELAWANG . PENULIS INGIN MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA DI ATAS MAKLUMAT YANG TERTERA DI ATAS. UNTUK KETERANGAN SELANJUTNYA, SILA LAWATI BLOG BERKENAAN. TERIMA KASIH.

    Kencana-SIC Bikeathon 2010

    Menjelang tahun 2010, promoter perlumbaan motor Sepang International Circuit (SIC) menganjurkan acara kayuhan kriterium basikal lumba (RB) dan basikal gunung (MTB) pada 24 Januari 2010 dikenali Kencana-SIC Bikeathon 2010. Acara kayuhan ini turut ditaja oleh Kencana Petroleum berlangsung dalam dua (2) peringkat. Kayuhan kriterium (basikal lumba/RB) diadakan sebelah pagi di atas litar perlumbaan dan pada sebelah petang pula diadakan cabaran MTB di sekitar prasarana litar.

    Kencana-SIC Bikeathon 2010

    Kencana-SIC Bikeathon 2010

    Untuk keterangan lanjut sila klik di SINI. Hadiah menarik disediakan sehingga lima ribu ringgit (RM5,000), terbuka kepada peserta dari usia 18 tahun ke atas hingga veteran berusia 45 tahun ke atas. Terdapat juga acara khas untuk kanak-kanak.

    Maklumat lanjut tentang acara dipertandingkan dan borang penyertaan sila klik DI SINI

    KAYUHAN BULAN JANUARI

    a) KUALA SELANGOR-PUNCAK ALAM
    Jalur : K.Selangor – Sasaran – Bkt Hijau – Puncak Alam – Bkt
    Kapar -Bkt Kerayong – Jeram – K.Selangor

    1. Tarikh: 16 Januari 2010
    2. Masa / Tempat Berkumpul 1 : 07.30 am /
    Stadium K.Selangor
    3. Mula Kayuh 1 : 07.45 am
    4. Masa /Tempat Kumpul 2 : 8.00 am / Depan Restoren
    Ramli, Tmn Assam Jawa
    5. Sambung kayuh : 08.15 am
    6. Penyertaan : TERBUKA
    7. Kategori Basikal : RB/MTB/TB

    b) FRIM, Kepong

    Kolabarasi dengan GLC (Haris Kelolo)

    1. Tarikh: 17 Januari 2010
    2. Masa Berkumpul : 08.00 am
    3. Mula Kayuh : 08.30 am
    4. Tempat Kumpul : Pintu Utama Frim
    5. Penyertaan : TERBUKA (Beginner)
    6. Kategori Basikal : MTB
    7. Bayaran masuk : RM3.00 per basikal.

    Nota : Ahli-ahli KSCC bertolak dari rumah No.71
    jam 6.30 pagi.(keluar awal untuk dapatkan
    ketenangan)

    DUA (2) NASIR KE PUNCAK ALAM

    Kedua-dua pengayuh ini mempunyai nama dan kerjaya yang sama. Ditambah minat mengayuh tidak pernah luntur kecuali hujan, kerana mereka takutkan petir dan kilat. Setakat air hujan dan panas sang mentari masih mampu digapai. Seperti yang dijanjikan hari ini mereka memulakan kayuhan dari Assam Jawa ke Puncak Alam. Sebelum itu Nasir 1 yang lebih mesra panggilannya dalam dunia blog sebagai ijass menunggu pembasikal di Stadium K.Selangor jam 7.30 am. Cuma Sdr Nahar yang ada tetapi beliau telah memaklumkan hanya berkayuh sekitar Bkt Malawati sahaja kerana ada urusan kerja. Jam 7.45 am beliau bertolak ke Assam Jawa seorang diri dan bergabung dengan Nasir 2 lalu bertolak jam 8.15 am. Jalur laluan ialah Assam Jawa-Sasaran-Kg Bkt Kuching-Kg Bkt Cherakah-Jln Deraman-Puncak Alam.Jalan yang diiikuti kebanyakannya adalah jalan kampung. Telah menjadi kemestian ahli KSCC telah sepakat untuk mengelakkan daripada menggunakan laluan utama yang sibok dan sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Laluan yang digemari ialah jalan kampung yang lengang dan nyaman. Di Puncak Alam setelah berehat untuk bersarapan, kedua-dua pengayuh berangkat pulang menggunakan laluan yang sama. Jarak perjalanan keseluruhan ialah 62 km dan purata kelajuan jentera pula ialah 20 km/jam.

    Shah Alam 2


    Ambang Suria


    Stesen Petronas Puncak Alam


    Shah Alam 2


    Shah Alam 2


    Kg Bkt Kuching Tengah


    Ambang Suria

    JAMUAN MAKAN MALAM ONTELL

    Telah berlangsung pada 16/010)2010 (Jumaat) jam 9.00 mlm di Restoren Deris, Pantai Jeram, Selangor. Lebihkurang 60 orang ahli-ahli Kelab Basikal Speed Ontell serta ahli keluarga turut memeriahkan majlis jamuan makan malam tersebut. Majlis diserikan pula dengan kehadiran dua (2) ahli Kuala Selangor Cycling Club (KSCC) iaitu Sdr Ijass dan Sdr Nahar sebagai tetamu yang tidak diundang tapi tetap datang. Terima kasih setinggi langit kepada warga SOT dan daun keladi, lain kali jemput lagi. Pada kesempatan itu, kami bersua dengan rakan-rakan sekayuhan yang pernah turut serta dalam acara-acara PCM, Hash dan Jamboree yang pernah diadakan sepanjang tahun lepas. Dengan itu bertambah mesra lagi suasana majlis berkenaan.

    Ahli SOT yang hadir



    Tiga jejaka pingitan


    Tuan Presiden


    Teruna belaka


    Srikandi Puteri Jawa


    Ahli SOT paling muda.

    Lagi foto klik DI SINI

    KAYUH DI FRIM

    Tarikh : 17/01/2010
    Ahli KSCC yang kayuh : Sdr ijass (Tbolt), Nahar ()Tbolt) dan Zul (Bianchi)
    Kolaborasi dengan BC Kelolo.
    Mula kayuh : 8.30 am
    Tamat : 11.30 am

    Kami bertiga bertolak daripada rumah penulis jam 7.00 pagi dengan sebuah kereta melalui Jalan Kuala Selangor.  Tiba di FRIM jam 8.00 pagi, kereta di “parking” di hadapan Tokong. Kelihatan telah ramai kehadiran pembasikal daripada merata tempat. Sementara menunggu Sdr Haris Kelolo, kami mempersiapkan jentera masing-masing. Kali ini Sdr Zul buat kejutan awal pagi dengan jentera baru dibeli jenama Merida. Sehari  sebelum acara beliau sibok mengendalikan Proton TBlazenya, alah-alah pagi itu yang muncul  Bianchi rupanya. Ada pula cerita menariknya. Kayuhan ini merupakan satu peristiwa menyahut undangan terbuka daripada Sdr Haris tempohari. Waima keinginan dan hasrat yang tinggi untuk berkayuh di “trail” yang mencabar telah membawa kami semua ke sini. Selama ini kami hanya berkayuh di permukaan landai. Disajikan foto-foto yang sempat dirakamkan.

    BC Kelolo sekeluarga

    Dua orang ahli KSCC ; Sdr Nahar dan Sdr Zul

    Kalau ikut hati, aku dah malas mengayuh basikal ini - Haris Kelolo

    Anak Sdr Haris Kelolo; baru Tahun 5

    Sdr Zul dengan basikal Merida, pertama kali kayuh di FRIM

    Ayah berkayuh bersama dengan anak

    Sdr Zul bertemu dengan pembasikal dari Rawang.

    Anak beranak berkayuh dan berjogging

    Potensi besar menjadi juara

    Sang anak lagi hebat daripada ayah.

    Dapat juga aku bergambar.

    Berkumpul semula

    Meluncur laju bagai peluru

    Sedang bertapa

    Rakan baru

    Ahli-ahli KSCC

    Pecutan terakhir

    Penyertaan ke SIMTBE2010

    Maklumat selanjutnya, Sila Kliks DI SINI

    0457 Ahmad Nasir Bin Saji M L Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC)
    0458 As’Ari Bin Hj.Salleh M L Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC)
    0459 Amat Nasir Bin Agale M L Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC)
    0460 Nahar Bin Sharif M L Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC)
    0461 Zulkifli Bin Zali M L Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC)

    Kali ini pasukan KUSCYC hanya dapat menghantar seramai enam (6) peserta sahaja termasuk seorang peserta iaitu Sdr Mohd Sai’e bin Mahmood (0435) yang bernaung dengan pasukan Kakikayuh. Beliau baru sahaja menyertai pasukan ini. Penyertaan ini merupakan titik mula penglibatan aktif dalam Jamboree yang di adakan pada tahun ini. Dengan pertambahan ahli-ahli di masa akan datang, dijangka pasukan KUSCYC akan mampu menghantar lebih ramai lagi peserta. JUMPA DI SANA

    IKUT KEMBAS 2010

    Penantian selama ini untuk berjelajah dengan basikal akhirnya tercapai. Walaupun tidak sepenuhnya, rasanya amat praktikal dicuba dahulu. Seramai empat (4) orang ahli KUSCYC serta seorang ahli Kakikayuh telah tersahut cabaran yang diwar-warkan oleh Sdr Haris Kelolo. Program KEMBAS 2010, telah berlangsung pada  30/01/2010 bermula daripada Gombak dengan disertai oleh lima (5) orang pembasikal. Ketibaan mereka pulak disambut oleh ahli-ahli Kuala Selangor Cycling Club (KUSCYC) dan Kakikayuh di Stesen Trem, Kuala Selangor pada jam 11.45 pagi.

    Foto Selamat Datang

    Melepaskan lelah

    Bertemu kenalan baru

    Basikal Touring Old Skool jenama Singer Projek Sendiri (Sila bagi komen)

    Menunggu Tetamu Kayuhan

    Kayuhan diteruskan jam 12.00 pm melalui jalanraya utama K.Selangor-Teluk Intan.  Laluan ini melewati Pekan Tanjung Karang, Sekinchan, Pasir Panjang, Sg Nibong, Simpang Lima, Sg Besar dan Sabak Bernam. Melepasi sempadan Perak/Selangor kayuhan diteruskan oleh kelompok asal. Pasukan KUSCYC berbalik balik melalui Jalan Pasir Panjang danTerusan Utama (Ban Canal). Dalam perjalanan pengayuh kehabisan air minuman, terpaksalah  singgah di sebuah warung di Kg Seri Gambut untuk mengisi bekalan.  Kayuhan diteruskan melalui Kg Sawah Sempadan-Kg Sg Gulang-Gulang-Jalan Utama dalam keadaan gelap. Berbantukan lampu jalan dan kenderaan lalu-lalang kayuhan diteruskan sehingga ke rumah masing-masing lebih kurang jam 7.45 malam. Lagi

    KE PUNCAK MENARA

    Kayuhan ini sebenarnya bermula daripada Simpang Ijok melalui Jalan Kuala Selangor ke Kota Puteri. Dari sini ke Batu Arang melalui jalan alternatif ke Menara Pemancar Radio dan Telekomunikasi yang berada di puncak bukit yang tertinggi. Itu sebabnya di kalangan penduduk tempatan menyebutnya sebagai “jalan menara”. Ketinggian bukit tak dapat dipastikan, tetapi tampak kelihatan daripada Jalan Kuala Selangor.
    Pada 07/02/2010 seawal jam 6.30 pagi Sdr Saie telah menjemput penulis terlebih dahulu sebelum yang lain-lain. Pengayuh yang turut serta ialah penulis, Sdr Saei, Sdr Nasir dan Sdr Asari. Kayuhan ini sebagai latihan tegar sebelum ke SIMTB2010 nanti.

    [Kualiti foto kurang memuaskan, kerana menggunakan telefon PDA]

    Dipersimpangan jalan ke menara
    Di persimpangan jalan ke Batu Arang dari Kota Puteri

    Masih berkabus di Puncak Menara


    Sempadan Gombak/Kuala Selangor

    Jalan Rawang

    Aura Matahari

    Di Pekan Batu Arang kami singgah untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Tasik Puteri. Di pertengahan Lebuhraya BTP kami berjumpa tiga (3) orang pengayuh daripada Rawang yang berhenti di hadapan SMKA Rawang. Berkenalan lebih kurang, perjalanan diteruskan ke Jalan Rawang yang dipenuhi selekoh tajam. Perjalanan di bawah naungan pepohon bukan sahaja meredupkan tetapi terasa banyak oksigen segar memasuki rongga pernafasan. Keletihan tidak terasa sehingga kami berhenti rehat di persimpangan ke KOPEDIK. Laluan berjajaran dengan Selangor Fruit Valley sangat panas hingga ke Pekan Batang Berjuntai. Untuk mengelakkan panahan bahang matahari berterusan kami melencung ke jalan kampung di bawah teduhan dedaun kelapa sawit. Kami sekali lagi berhenti untuk mengisi air minum yang telah habis di Warung Pak Hitam di Jalan Dato Karjan Bukit Badong. Penulis pekena air nenas sejuk, diikuti rakan-rakan yang lain. Selesai kami meneruskan kederat ke Simpang Ijok. Keseluruhan jarak kayuhan ialah 56 km di permukaan geografi yang landai dan berbukit-bukau. Semua pengayuh di dalam keadaan yang baik.

    Minum Air Nenas Di Warung Pak Hitam, Bkt Badong.

    REDAH SAJA

    Sejak akhir-akhir ini ahli KUSCYC pantang ada masa kelapangan. Tidak mengira masa samada pagi atau petang, pasti turun berkayuh. Lokasi kayuhan tidak setakat jalanraya tetapi meliputi juga laluan luar bandar. Dipendekkan ayat “redah saja”. Cadangan terbaru daripada salah seorang ahli, hendak meredah  waktu malam pula. Saya cuma bernasihat, tunggu masa yang sesuai sehingga pihak berkuasa memasang lampu jalan sepanjang laluan yang dicadangkan. Di bawah ini dipaparkan beberapa peristiwa yang telah berlaku dalam kategori REDAH SAJA. Para pembaca boleh menilai kesungguhan mereka untuk menarik dan mengajak pengayuh baru untuk bergabung dengan kami.

    Kunci Air Sg Selangor di Jalan Keretapi Lama

    Pintu Air Sg Selangor di Jalan Keretapi Lama

    Jalan Sempadan Teluk Penyamun

    Singgah minum di Warung Amat, Taman Laksamana

    Bukan setakat minum sahaja, sambil promosi aktiviti berbasikal kepada pengunjung.

    Kolam Udang, Kg Pasir Tuntong (hujan sudah turun)


    Kolam Udang


    Bocor ke pancit?


    Tampal tiub


    Sasaran


    Belajar merempit


    REDAH KEBUN SERAI

    Keadaan mukabumi yang rata dan landai di sekitar Kuala Selangor tidak cukup mencabar untuk pembasikal yang tegar. Beberapa laluan denai dicari untuk mengwujudkan sedikit kesukaran semasa kayuhan. Petang ini (9/2/2010), seramai enam (6) orang ahli KUSCYC telah melakukan misi redah kebun serai di Kg Assam Jawa. Bermula jam 5.30 petang Sdr Nasir dan Sdr Saei telah berada di hadapan Kompleks PKNS menunggu rakan-rakan yang lain. Lihat urutan peristiwa melalui rakaman foto di bawah.

    Menunggu rakan-rakan yang lain


    Masih menunggu seorang lagi rakan.


    Laksamana KUSCYC


    Awas! titi tu dah reput.


    Tunggu giliran


    Tak jadi jatuh.



    Lagi foto DI SINI

    REDAH PANTAI

    Hari ini ramai kalangan ahli-ahli Kuscyc mengambil kesempatan balik kampung sempena Cuti Tahun Baru Cina. Mereka sedang sibok menyediakan juadah makanan istimewa pada pagi ini untuk majlis makan malam nanti. Dalam kesibokan itu, pagi ini kami berempat yang tidak ada peluang balik, telah berkayuh meredah pantai. Bermula dari rumah penulis singgah di Kg Assam Jawa menunggu Sdr Asari, Sdr Nasir dan anak bujangnya. Tetap jam 0850 pagi kami bertolak menyusuri Kg Pasir Tuntong, Sasaran, Bukit Jeram, Jalan Tok Sulaiman, Pantai Jeram, Pantai Remis dan Kg Sungai Sembilang.

    Berlatarbelakang Sg Assam Jawa


    Inilah sahaja Panglima Basikal yang tinggal tidak balik beraya.


    Sebalik geriji besi


    Nelayan turun ke laut, pembasikal meredah pantai.


    Macam kat Gurun Sahara


    Makan di sini murah.

    Lagi foto di SINI

    REDAH SAKAN

    Orang lain beraya, kami berkayuh, semalam (15/02/10, Isnin) berkayuh bersama rakan baru Aru dan anak daripada Bangi dan kelmarin (14/02/10, Ahad) berkayuh bersama Sdr Ken dari Beskal.com.
    Laluan Jalan Rawang-Jalan Saga-Jalan Kuala Selangor-Jalan Batu Arang-Jalan Rawang (Dari Kuala Selangor-Ijok-Kota Puteri-Batu Arang-Rantau Panjang-Batang Berjuntai-Kuala Selangor) jarak keseluruhan 88 km. Kami berempat iaitu Sdr Asari dan anak, Sdr Nasir dan Sdr Ijass bertolak daripada Kuala Selangor jam 08.00 pagi melalui Jalan Rawang ke Jalan Saga sebelum bergabung dengan Sdr Aru dan anak bujangnya di Stesen Petronas Simpang Ijok. Perjalanan memakan masa 50 minit dengan kelajuan purata 25km/jam.

    Bergabung untuk memulakan kayuhan


    Sahabat baru

    Kayuhan diteruskan menuju Kota Puteri melalui Jalan Kuala Selangor sebelum memasuki Jalan Batu Arang (Menara). Pendakian yang panjang mula terasa mencengkam otot-otot maskulin. Semua jejaka yang hebat berjaya mendaki tanpa rungutan.

    Berhenti rehat di sempadan


    Mengendurkan urat-urat otot.


    Hebat baru Tingkatan 2 seperti bapanya.


    Sedikit masa diperuntukkan untuk menghirup udara segar. Kayuhan diteruskan dengan menuruni bukit dengan kelajuan mencapai maksimum 75 km/jam. Sesampai di Pekan Batu Arang kami singgah untuk bersarapan pagi.

    Bersarapan pagi


    Kayuhan diteruskan melalui jalan bergeografi berbukit-bukau ke persimpangan Jalan Rawang. Sepanjang Jalan Rawang kami berkayuh di bawah teduhan dedaun pepohon yang membekali oksigen yang banyak. Kepenatan tidak terasa sangat sehingga berhenti untuk berehat di Jambatan Kopedik.

    Alangkah bahagia kalau duduk kat rumah sahaja.


    Campak sahaja


    Gaya meletak basikal macam inipun ada.


    Selepas ini tiada gambar, jurukamera tak larat hendak pukul kerana lalui yang mencabar dalam keterikan pancaran matahari.

    REDAH TAMAN ALAM

    Setelah lelah berkayuh di jalan raya, hari ini (16/02/10, Selasa) bersama isteri berkayuh pula di Taman Alam Kuala Selangor (Kuala Selangor Nature Park). Taman ini dibuka pada tahun 1987 oleh Malaysian Nature Society (MNS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Kawasan seluas lebih kurang 800 ekar merupakan tempat tinggal pelbagai hidupan liar habitat tanah bakau. Hutan bakau daripada kategori sekunder ini yang telah dipulihkan meliputi kawasan sekitar tebing Kuala Sg Selangor dan Selat Melaka. Terdapat sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar di sini yang menjadi tempat persinggahan pelbagai jenis burung. Penerokaan ke kawasan hutan ini samada berjalan kaki atau berbasikal melalui denai yang disediakan menggamit kedamaian bakal pengunjung yang mencintai keindahan alam sekitar. Hasrat rakan-rakan untuk berkayuh di sini sebenarnya telah lama terpendam. Kesempatan kali ini penulis dan isteri gunakan untuk merintis laluan baru. Kerjasama daripada pihak taman yang mengizinkan kami berkayuh akan menjadi daya tarikan hiliran kepada pengayuh lain yang sering menjadikan Kuala Selangor sebagai destinasi mereka.

    Sdr Ken dari Beskal.com


    Papan Info tentang laluan denai


    Laluan denai yang nyaman.


    Suasana yang reduh.


    Berjalan kaki atau berbasikal>


    Kawasan IBA



    Wakaf, untuk keselamatan basikal mesti dituntun/dipikul.


    Selamat Datang ke Teratak Hamba.


    Bukit Malawati dari jauh.


    Jangan tiru macam saya.


    Demi keselamatan pakailah topi keledar semasa melalui Jambatan Gantung ini


    Jangan pening, dua-dua jalanpun sama.

    REDAH SERI ISKANDAR

    Inilah penyertaan sulung pasukan KUSCYC pada tahun ini. Sebagai pasukan yang baru, penyenaraian seramai enam (6) orang pengayuh hanya dapat disempurnakan oleh empat (4). Yang lain terpaksa menarik diri di saat akhir kerana ada urusan penting. Kami bertolak pada hari Sabtu jam 3.00 petang dan tiba di tempat penginapan pada jam 6.30 petang. Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang ahli Kakikayuh yang telah tiba awal dan mereka jugalah yang tempat membantu untuk menguruskan tempat penginapan untuk kami.

    Rumah Penginapan

    Ada masalah problem lah.

    Basikalpun turut menginap.

    Tempat ambil "goodies"

    Petugas belum datang.

    Hantar laporan.

    Menu Makan Malam Nasi Goreng Bantal Peluk

    Siap sedia untuk berangkat

    Naik lori ke?

    Seorang ahli KUSCYC Sdr Asari ditemuramah oleh TV2

    Di antara peserta wanita yang berani menyahut cabaran.

    Pasukan Sentosa

    Di antara ahli pasukan Kayuhbeb.

    Lebih banyak foto di SINI

    BERGAYALAH DENGAN JERSEY SIMTB2010

    Penyertaan sulung ahli-ahli KUSCYC dalam acara jamboree telah memberi kesan gaya diri yang mendalam. Mereka telah menimba semacam pengalaman yang sukar diperolehi sebelum ini. Rata-rata mereka agak teruja untuk terus menyertai aktiviti berkayuh basikal lasak ini. Kecuali penulis yang telah melalui pengalaman tanpa dorongan daripada oranglain, yang lain terutamanya Sdr Asari, Sdr Saei dan Sdr Nahar telah dimotivasikan sebelum ini. Keyakinan yang tinggi telah membawa mereka ke Seri Iskandar. Mereka teramat berpuas hati, waima pihak penganjur sendiri telah berjaya mengadakan prasarana yang kelas. Bagi ahli yang tidak dapat turut serta iaitu Sdr Nasir dan Sdr Zul, mereka terasa terkilan dan cuma menimba cerita sahaja. Untuk merasakan bahang panas Seri Iskandar, kami telah berkayuh berpakaian jersey SIMTB2010 dari Kuala Selangor-Batu Arang (pergi-balik) sejauh 88 km. Pada hari Sabtu (27/02/2010) seawal jam 08.00 pagi kami berempat telah berkayuh secara santai, seraya mempromosikan aktiviti berbasikal sempena LtDL. Semasa berehat di persimpangan jalan ke UNISEL di Kg Rantau Panjang, tak semena-mena kami disapa oleh pasangan suami-isteri pengayuh daripada Scotland. Mereka berdua memulakan kayuhan daripada Shah Alam melalui Lebuhraya Guthrie-Jalan Kuala Selangor-Jalan Bukit Badong-Jalan Rawang-Lebuhraya PLUS.

    Sdr Saei dan Sdr Nasir membetulkan posisi sadel.

    Di hadapan Taman Kuala Selangor Utama

    Kalau dah bergaya macam ni, memang hebat.

    Di hadapan Selangor Fruit Valley

    Selepas ini mereka berdua bergerak pantas.

    Sebenarnya saban minggu ramai pengayuh daripada sekitar Lembah Klang menggunakan laluan di atas serta menjadikan Batang Berjuntai sebagai “transit”. Kami akan cuba menjejaki mereka jika ada kesempatan.

    PROJEK BASIKAL TERPAKAI

    Penulis mempunyai hasrat untuk melestarikan pelbagai jenis basikal. Walaupun disedari tentang  kemunculan model basikal terkini lebih menarik, tetapi basikal model lama tidak sepatutnya dilupakan begitu sahaja. Misalnya, banyak pemilik basikal “RoadBike” atau MTB akan menyimpan basikal lama ke dalam stor simpanan atau terbelangkai terbiar di tepi rumah, bawah rumah atau belakang rumah. Akibatnya ianya menjadi sasaran pencari besi lusuh, kesannya lenyaplah riwayat sebuah basikal yang suatu ketika dulu sama gagah membelah lapangan. Nasib ini serupa dialami oleh basikal tua/antik/klasik (utiliti), yang cukup terkenal sebagai salah satu bentuk kenderaan yang serbaboleh pada masa silam.

    Dalam usaha ini, penulis terasa berat untuk merealisasikan tanpa dorongan dan sokongan pelbagai pihak. Pengalaman penulis tentang basikal tua, sukar digambarkan keperitannya terutamanya untuk mendapatkan  maklumat tentang sesebuah basikal itu. Kedangkalan pengetahuan dan rujukan yang amat terhad menambahkan lagi kesukaran tersebut. Setelah melihat dan mengalami sendiri  penglibatan para pengayuh basikal dalam beberapa acara kayuhan yang telah diadakan, terdapat beberapa individu menaruh minat ke arah melestarikan basikal lama. Mereka berusaha mengekalkan keadaan fizikal seperti asal, mengubahsuai, menaikgred dan mengubah untuk tujuan khusus.

    Asalnya basikal "roadbike" , komponen utama masih asal.

    Cat semula

    Sebagai permulaan kita timba ilmu di SINI

    JELAJAH TIGA DAERAH

    Tarikh : 16/03/2020 hingga 17/03/2010
    Hari : Selasa dan Rabu
    Penyertaan : Terbuka

    Meliputi 3 daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Bermula di Kuala Selangor melalui Jalan Rawang-Jalan Raja Musa-Jalan Timur Tambahan-Felda Sg Tengi/Soeharto-Jalan Sg Panjang-Jalan Parit 13-Bagan Terap-Jalan Sepintas-Sabak Bernam-Jalan Sekendi-Jalan Kuala Selangor Lama-Sg Besar-Sg Dorani-Jalan Bernam-Tanjung Karang-Kuala Selangor.

    Format kembara : Terbahagi kepada 2 sesi selama dua (2) hari dan satu (I)malam. Jarak keseluruhan lebih kurang 200 km, sesi hari pertama perjalanan sejauh 100 km dan sesi hari kedua juga sejauh 100km.

    Cadangan peta laluan

    Setakat ini empat (4) orang ahli KUSCYC telah memuktamadkan untuk turut serta. Mereka sedang mempersiapkan jentera dan kelengkapan segala keperluan.

    1. Basikal Touring
    2. Perkakasan dan alat-ganti.
    3. Pakaian, kosmetik dan medisana.
    4. “Surat Izin Laksana Pasport” meninggalkan daerah/kariah.
    5. “Surat Cuti Khas” daripada tugas rumahtangga.

    Sebenarnya kami juga mengalu-alukan penyertaan daripada kalangan peminat basikal yang lain. Sesiapa yang berminat dipersilakan untuk menghubungi penulis.

    Jadual Perjalanan:

    Hari Pertama (16/03/2010 ; Selasa)

    Jam 0630-0645 – berkumpul di rumah penulis.
    Jam 0645-0745 – Perjalanan bermula, tiba di Batang Berjuntai
    Jam 0745-0900 – Meneruskan perjalanan, tiba di Kg Fajar (Felda Sg Tengi Selatan).
    Jam 0900-1030 – Perjalanan menuju ke Kg Soeharto.
    Jam 1030-1100 – Berhenti Rehat (Stesen Minyak BHP, Kg Soeharto)
    Jam 1100-1300 – Meneruskan perjalanan ke Kg Belia 2
    Jam 1300-1400 – Berehat Rehat, Makan Tengahari dan Solat Zohor di Restoren Rimba Sg Lembing.
    Jam 1400-1500 – Perjalanan diteruskan ke  Dorani Homestay (Raden Puteh Homestay, Parit 2, Sg Haji Dorani.
    Jam 1500-1730 – “Check In”, berehat , solat Asar dan bersua-kenal dengan penduduk tempatan.
    Jam 1730-1900 – Ronda Sekitar Kampung dan Bendang.
    Jam 1900-2300 – Berehat, Solat Maghrib dan Isyak, sua-kenal dengan penduduk tempatan.
    Jam 2300-0500 – Istirehat santai.

    Hari Kedua (17/03/2010 ; Rabu)

    Jam 0830-0900 – Memulakan perjalanan ke Sg Besar, melalui Parit 2. Jam 0900-1030 – Tiba di Pekan Sg Besar, meneruskan perjalanan melalui Jalan Kuala Selangor Lama.
    Jam 1030-1045 – Berehat di Pantai BM, Kg Sg Nibong
    Jam 1045-1145- Meneruskan perjalanan ke Pekan Tanjung Karang, melalui Jalan Pesisir Pantai
    Jam 1145-1200 – Berehat di Persimpangan Bagan Tenggorak
    Jam 1200-1300 – Meneruskan perjalanan ke Kg Sg Gulang-gulang, berhenti makan tengahari di Stesen BHP.
    Jam 1300-1400 -Perjalanan balik ke Kuala Selangor.

    Peta dan masa perjalanan cuma anggaran sahaja. Perubahan drastik mungkin dilakukan sekiranya perlu.

    BERKAYUH LAGI KE KOTA PUTERI

    Cadangan untuk berkayuh ke Bukit Kapar terpaksa ditunda ke suatu masa yang belum ditetapkan. Untuk menghilangkan sakit badan, kami berlima (5) iaitu Sdr Ijass, Sdr Sa’i, Sdr Nasir, Sdr Nahar dan Sdr Azzrul (Aboy) telah sepakat untuk mendaki Bukit Menara di Kota Puteri. Kayuhan bermula jam 8.00 pagi melalui laluan Jalan Rawang-Jalan Kelab/Bukit Rotan-Jalan Kuala Selangor-Kota Puteri-Jalan Batu Arang-Kota Puteri-Jalan Kuala Selangor-Assam Jawa-Jalan Klang-Kuala Selangor. Jarak perjalanan keseluruhan 66 km, masa diambil lebih kurang empat (4) jam. Pada mula cuaca mendung, tiba di Ijok hujan turun dengan lebatnya, kami terpaksa berhenti untuk berteduh dan bersarapan pagi lebih sejam lamanya. Perjalanan diteruskan setelah hujan bersidang.

    Sementara menunggu, Aboy buat senaman.

    Nak tengok kelip-kelip siang lagi.


    Kota Puteri


    Jalan tengah lengang

    Ditemuramah oleh wartawan Berita Harian

    LAPORAN 1 JELAJAH 3 DAERAH

    Aktiviti berkembara dengan basikal ini merupakan salah satu program yang diperkenalkan oleh KUSCYC untuk ahli-ahlinya. Kalangan ahli-ahli boleh menjana aktiviti berbasikal mengikut minat masing-masing. Pihak  pengurusan KUSCYC sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada semua ahli-ahli untuk merealisasikan impian mereka. Secara tidak langsung ianya akan menarik lebih ramai lagi bakal ahli baru untuk menyertainya. Aktiviti kembara atau jelajah kali ini dimulakan oleh tiga (3) ahli pemuka iaitu Sdr Ijass, Sdr Nasir dan Sdr Sa’i. Mereka bertiga telah memulakan kayuhan pada 16/03/2010 jam 7.30 pagi dari Kuala Selangor melalui Jalan Rawang menuju destinasi pertama iaitu Pekan Batang Berjuntai (Bestari Jaya). Mereka diiringi oleh Sdr Asari dan berhenti rehat untuk bersarapan pagi di Warong Pak Mail.

    Inilah basikal penulis gunakan. Yang lama tetap berjasa.

    Di Warong Pak Mail, Bestari Jaya

    Rasalah keenakan aroma kopi di sini.

    Menu utamanya ialah Nasi Lemak Ayam

    Selera makan bertambah, tenagapun bertambah.

    Perjalanan diteruskan melalui Jalan Raja Musa dan Jalan Timur Tambahan menuju Felda Sg Tengi. Sdr Asari berpecah laluan di persimpangan Jalan Timur Tambahan. Beliau meneruskan kayuhan solo ke Kuala Selangor melalui Jalan Raja Musa.

    Di hadapan Universiti Industri Selangor (UNISEL)

    Di sempadan daerah Kuala Selangor-Hulu Selangor

    Di sempadan daerah Hulu Selangor-Kuala Selangor

    Sinar matahari yang terik tidak melemahkan para pengembara. Perjalanan di laluan yang lurus dan rata telah bertukar berbukit-bukau bermula dari persimpangan Bukit Tagar. Pendakian di laluan ini menguji kekuatan fizikal dan mental. Di gerai buah-buahan milik Perladangan Felda kami berhenti membeli pisang untuk bekalan kalori.

    Pisang

    Makan pisang untuk kayuhan yang mantap

    Gerai Buah-buahan Perladangan Felda, Sg Tengi.

    Kanak-kanak ini menyambut ketibaan kami

    Kanak-kanak ini baru lepas mandi sungai, lalu mengejar kami.

    Di Stesen Minyak BHP, Felda Soeharto.

    Berbelah-bahagi, ke kanan atau ke kiri. Timbul idea kembara seterusnya ke Negeri Perak


    Tanpa menghiraukan sinar matahari yang terik jarak perjalanan telah mencecah 86 km diikuti pula keadaan geografi yang landai tidak menyukarkan rentak kayuhan. Semuanya telah membakar semangat waja pengayuh tegar. Sebaliknya ketahanan fizikal tidak mampu dikekalkan kerana cuaca yang panas dan kering. Bekalan air minuman semakin susut.

    Sg Dusun memisahkan dua daerah.

    Daerah Sabak Bernam

    Masih di daerah Hulu Selangor


    Perhentian di cari untuk berteduh, tetapi malangnya keadaan belukar yang semak sepanjang jalan tidak sesuai. Setibanya di Ladang Gagasan, terdapat warung yang sesuai untuk berehat dan mengisi air minuman. Pemilik warung keluarga ini tergamam melihat kami yang berjuang bak medan perang. Kamipun bertukar cerita sehingga hilang kelelahan.

    Bang jangan marah, kita ni jauh dari rumah.


    Tanda amaran banjir yang tak banjir


    Tengok warung sempoi saja, tetapi pemiliknya peramah.


    Iklan ini ada kat sini saja. Besar tuuu.

    Setelah meninggalkan warung makcik dan anak daranya, kayuhan diteruskan menuju Kg Belia 2. Jam di tangan menunjukkan jam 1.45 tengahari. Cadangan awal hendak singgah di masjid untuk solat zohor, tetapi ditunda kerana perut sudah meminta diisi. Kayuhan dilaratkan juga menuju Restoren Selera Rimba yang sudah dikenali ramai. Pemiliknya iaitu Sdr Hamka, seakan-akan tidak percaya salah seorang pengayuhnya adalah saya. Selama ini saya dan keluarga datang menjamu selera di situ dengan kenderaan bermotor, tetapi amat berbeza kali ini cuma kenderaan berkaki.

    Menjamu selera Rimba



    Menu utamanya makanan Ala-Jawa dan Ala-Banjar.


    Singgah tengok kebun nenas.


    Nenas belum berbuah.

    Setelah berkayuh sejauh 125 km, kami bertiga memutuskan untuk mencari tempat penginapan. Rancangan asal menginap di Villa Permai Homestay, Parit 8, Sg Panjang dibatalkan serta-merta. Ini disebabkan sewaktu ketibaan di situ, selama 30 minit kami menunggu petugas homestay yang tidak muncul. Telefon didail tiada jawapan. Akhirnya kami bergerak menuju ke Raden Puteh Homestay, Parit 2 Sg Dorani beristirehat.

    Sambungan di Laporan 2 Jelajah 3 Daerah.

    LAPORAN 2 JELAJAH 3 DAERAH

    Kami tiba di Raden Puteh House jam 3.15 petang setelah berkayuh sejauh 132km. Nasib menyebelahi kami kerana masih ada bilik penginapan yang kosong. Kedudukan rumah setingkat di tengah-tengah bendang menyegarkan minda para pengunjung. Tuan rumah beserta ahli keluarga yang peramah menyambut kami dan saling bertukar cerita. Ini adalah laporan hari kedua kembara kami.

    Raden Puteh House, Dorani Homestay

    Rumah di tengah bendang

    Pak Yatim, tuan rumah.

    Bendang sedang ditenggala

    Di remang senja mentari melaboh tirai.

    Kenangan

    Kami meninggalkan rumah penginapan jam 8.45 pagi dengan kenangan. Perjalanan sepanjang petak sawah menuju Pekan Sg Besar. Dari situ kami menyusuri pinggir pekan dan meneruskan kayuhan melalui Jalan Kuala Selangor Lama. Jaluran jalan ini kami pilih bagi mengelakkan kesibokan kenderaan di jalan utama. Sepanjang perjalanan kami telah singgah di beberapa buah tempat yang belum pernah dijejaki.

    Melalui Jalan Kuala Selangor Lama

    Nelayan berlabuh di Muara Sg Nibong membawa hasil tangkapan.

    Melepaskan penat dan lelah

    Hairan bin Pelik, basikal macam inipun boleh jalan jauh. Pening?

    Semangat 2Bendera Malaysia di D'Muara Marina Park.

    Ada yang menyambut ketibaan kita.

    Beberapa orang ahli Perkumpulan Wanita dari kawasan Meru, Klang.

    Sedondon, kekuningan memencar ke langit.

    D'Muara Marina Park, Sg Haji Dorani.

    Pusat Pelancungan Pantai BM

    Sarapan pagi di Pantai BM

    Arca 2 tapak tangan

    Melawat tempat peternakan arnab di Kg Pantai Rasa Sayang

    Penjaga arnab

    Makan tengahari di Stesen Minyak BHP, Kg Sg Gulang-Gulang.

    Nampak muka orang letih

    Sejauh itu untuk sampai ke rumah.

    Tanda Amaran Patut Dipatuhi.

    Tepat jam 2.00 petang kami selamat sampai di Kuala Selangor setelah mengharungi satu perjalanan kembara basikal selama 2 hari 1 malam. Jarak keseluruhan 214 km, banyak pengalaman yang dapat ditimba. Di masa akan datang kami tekad untuk pergi lebih jauh lagi.

    REDAH BUKIT FRASER

    Hasrat kalangan ahli KUSCYC untuk meredah Bukit  Fraser suatu masa nanti sememang sudah ada di dalam Rancangan Program Tahunan. Program ini cuma ditunda supaya masa yang secukupnya dapat dilaksanakan dengan baik termasuk menjadikannya salah satu program keluarga. Jemputan daripada rakan blog Kayuhbeb dan Assakinah sebenarnya tidak mampu ditolak, nafsu kayuhan meledak ke tahap 360 darjah. Dalam masa yang tersingkat, semua ahli diwar-warkan untuk menyahut cabaran ini. Hasilnya seramai lima (5) orang ahli KUSCYC turut serta dengan semangat waja. Seramai tiga (3) orang menggunakan jentera MTB dan dua (2) jentera RB termasuklah sebuah jentera “old skool”. Saya berdua bertolak seawal jam 6.30 pagi seusai solat subuh untuk bergabung dengan kumpulan bertiga di Pekan Assam Jawa. Penantian melajak ke jam 7.00 pagi, barulah kami semua bertolak bersama menempuhi  Kuala Selangor-Kota Puteri-Batu Arang-Bandar Tasik Puteri-Rawang-Sg Choh-Serendah-Batang Kali-Rasa-Ampang Pecah-Kuala Kubu Bahru. Jam 8.15 pagi kamipun tiba di tempat mereka berkumpul, sesi bersua kenal alah kadar sambil mempersiapkan jentera dan menjamu selera sebagi alas perut. Tepat jam 9.00 pagi para pengayuh memula kayuhan dalam kumpulan sambil diiringi oleh penjuang ASSAKINAH.

    Ketibaan di perhentian pertama Empangan Sungai Selangor.

    Mamat Haidi dari KayuhBeb

    Sdr Zul dari Kuscyc

    Di antara ahli Kuscyc Sdr Sa'i, Sdr Nasir, Sdr Nahar dan Sdr Zul

    Bergambar beramai-ramai

    Lagi bergambar

    Penat sangat ke bang?

    Geng Tezi Bone Puncak Alam

    Sampai juga di Perhentian Kedua (Air Terjun)

    Air Terjun.....melepaskan lelah.

    Sedia untuk mula kayuhan lagi

    Kita patah baliklah

    Cilik berbisa.....adik-adik yang perkasa

    Macam manalah kat atas tu.

    Perhentian Ketiga, Gap menunggu pintu gate dibuka jam 1300

    Orang kuat Assakinah sentiasa prihatin sepanjang kayuhan

    Sdr Ken dari Beskal.com, turut memberikan sokongan moral.

    1,524 meter di atas paras laut, sejuknya

    Sempadan Negeri Pahang dan Selangor

    Sdr Sa'i sedang menurun petua

    Pickup pun tak dapat nak potong

    3 km lagi, tak sesia aku bawa beskal ini. Berjasa.

    Santai aja.

    Kuat lagi, sikit aja.

    Apek Sweeper yang dedikasi

    Di Bulatan Jam

    Geng ACT

    Semata-mata nak tengok jam pukul serapa.

    4 ahli Kuscyc

    5 ahli Kuscyc

    Angkat juga.

    Turun 30 km

    Berangkat balik

    Lagi ada foto DI SINI

    JELAJAH 2 NEGERI

    Susulan daripada Jelajah 3 Daerah yang telah berjaya dilaksanakan, usul menjelajah 2 negeri bakal diadakan pada bulan Jun nanti. Diharapkan lebih ramai lagi ahli tetap Kuscyc dan rakan taulan akan menyahut cabaran ini. Berikut adalah cadangan laluan yang akan diikuti:

    Hari Pertama sejauh 154 km (Kuala Selangor-Telok Batek, Lumut)


    View Larger Map

    Hari Kedua sejauh 152km (Telok Batek,Lumut-Pekan Trolak)

    View Larger Map

    Hari Ketiga sejauh 101km (Pekan Trolak-Kuala Selangor)

    View Larger Map

    Tarikh yang dicadangkan iaitu pada Cuti Sekolah Pertengahan Tahun selama tiga (3) hari dua (2) malam iaitu 08/06/2010 (Selasa) hingga 10/06/2010 (Khamis).

    Nota.

    Ini pula cadangan laluan oleh Sdr Nahar sejauh 313km.


    View Larger Map

    Belajar pengalaman daripada Sdr Jamal di SINI

    SEDIA REDAH DAN TERJAH JASIN MTB JAMBOREE 2010

    Jasin Jamboree

    Ahli-ahli KUSCyC (Kuala Selangor Cycling Club) telah sedia untuk meredah sekaligus menerjah sebarang halangan dengan keazaman fizikal dan mental. Kali ini Kuscyc menghantar seramai lapan (8) orang ahli yang perkasa untuk menyahut cabaran di bumi Hang Tuah.

    1. 301 Sdr Zulkilfi
    2. 303 Sdr Azzrul Azzrin
    3. 304 Sdr Asari
    4. 305 Sdr Nahar
    5. 306 Sdr Amat Nasir
    6. 307 Sdr Sa’i
    7. 308 Sdr Ijass
    8. 479 Sdr Zaidi

    Walaupun masa berlangsung lebih kurang sebulan daripada sekarang, latihan untuk memantapkan stamina dan ketahanan fizikal telahpun bermula. Sebahagian ahli Kuscyc terpaksa menggantungkan diri basikal RoadBike masing-masing buat sementara waktu. JUMPA DI SANA.

    SELANGOR MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2010

    Kayuhan Tahun 2009

    Pelaksanaan program pada tahun lepas yang baik, telah mendorong pihak penganjur mengulanginya sekali lagi pada tahun ini. Syabas diucapkan.

    Untuk mengimbau peristiwa, sila kliks DI SINI, juga DI SINI

    Kayuhan Tahun 2010


    Kali ini penganjur bertindak lebih berani dan bertenaga dengan memperkenalkan format baru dan acara tambahan. Dengan situasi ini diharapkan ianya dapat menarik minat para pembasikal untuk mengambil bahagian.
    Untuk keterangan terperinci DI SINI

    Sehingga berjumpa lagi di sana.

    MEREDAH SENTOSA

    Papan Notis tergantung di Aziz Kiosk.

    Kali ini seramai lima (5) ahli KuSCyC menerjah dengan berani Bukit Sentosa bersama pasukan Sentosa Cycling Team, KayuhBeb, PKNS MTB, Penjara Sg Buloh, Tasik Puteri dan peserta solo. Terima kasih kepada tuan rumah SCT yang sudi menerima kami walaupun tidak menerima kad jemputan. Budi tuan-tuan besar maknanya. ketibaan kami di sambut mesra di Tol Bukit Beruntung, mana ada orang buat masih ini zaman sekarang. Itu yang buat kami amat terharu.

    Di Tol Bukit Beruntung


    Sarapan Pagi di Aziz Kiosk

    Putrajaya Critical Mass : Ulang Tahun Kedua # 30 April 2010

    Putrajaya Critical Mass kali ini diadakan khusus untuk menyambut ulang tahun kedua. Perkara ini diwar-warkan pada kayuhan yang lepas. Para pengayuh yang berkesudian dialu-alukan datang dengan membawa buah tangan yang termampu. Kita akan sama-sama memeriahkan sambutan tersebut pada malam itu. Sila bawa ramai lagi rakan-rakan.

    Tarikh : 30 April 2010
    Tempat : Istana Keadilan (Mahkamah)
    Tempat letak kereta : Sebelah Istana Keadilan arah selatan.
    Masa berkumpul : 9.00 mlm

    Nota :

    Sebarang perubahan sila rujuk blog Putrajaya Critical Mass

    JASIN MTB JAMBOREE 2010

    Acara jamboree ini telah di adakan pada 2/5/10 di Stadium Jasin, Melaka yang lalu. Seramai enam (6) orang ahli Kuala Selangor Cycling Club (KuSCyC) telah menyertai kayuhan sejauh 50 km. Empat (4) orang daripadanya telah berjaya menamatkan kesemua 4 Check Point, seorang 2 Check Point dan seorang lagi terpaksa menamatkan di awal kayuhan kerana basikalnya mengalami kerosakan mekanikal (rantai putus).
    Kami semua telah bertolak dari rumah pada 1/5/10, jam 11.00 pagi dengan dua kenderaan mengangkut basikal dan pengayuh. Perjalanan dimulakan dengan singgah di Kedai Basikal CMS, Shah Alam untuk membeli keperluan basikal.

    Di Kedai Basikal CMS, Shah Alam.

    Adik ini sedang menilik basikal tandem.

    Kenderaan pengangkut basikal

    Brother ini kena "tag" di Lebuhraya PLUS sempadan Negri Sembilan_Melaka

    Semakan Terakhir sebelum berjuang, buat apa-apa yang patut.

    Pada awal kayuhan terjadi masalah salah laluan, sebahagian besar pengayuh terpaksa berpatah balik ke laluan yang betul.

    JAMBOREE KARNIVAL LIPIS 2010

    Apabila diwar-warkan acara ini di laman Facebook oleh Sdr Jai (JBC) dan Sdr Assry (PujMac), penulis mula berkira-kira tentang agenda pada bulan berkenaan. Sebenarnya sudah lama tidak menjengok tempat ini yang telah banyak meninggalkan kenangan pahit-manis, suka-duka, susah-senang kehidupan sekitar tahun 70an dan 80an.

    Sila Klik DI SINI untuk keterangan lanjut.

    Menara Jam Kuala Lipis

    Alamat HOTEL PENGINAPAN

    Bulatan Hospital

    HOMESTAY 1
    HOMESTAY 2

    Rumah Residen

    Kami ahli-ahli daripada KUALA SELANGOR CYCLING CLUB (kuSCyC) akan turut serta untuk memeriahkan acara ini. Di samping itu, kesempatan diambil untuk melihat semula suasana Kuala Lipis tiga (3) dekad yang lalu. JUMPA DI SANA KEUTAMAANNYA ANAK-ANAK LIPIS DAN RAUB KHUSUSNYA. JOM KITE KAYUH WEHHH.

    JAMBOREE KUALE 2010

    Seramai 18 orang ahli KSCC telah menyahut cabaran kali ini. Dengan enam (6) kenderaan mereka telah bergerak ke Kuala Kangsar seawal jam 2.00 petang. En.Mat Rozi memulakan perjalanan bersama ahli-ahli keluarganya sekaligus balik kampung melalui Hilir Perak. Tuan Cyfu bergerak jam 2.15 petang bersama En.Zul Zali dan En.Jamali (Chef de Mission) melalui Lebuhraya PLUS. Tiba di KK jam 4.30 petang terus menguruskan pengambilan Goodies. Sementara menunggu ketibaan Mat Rozi, ronda-ronda Kuale. Manakala empat (4) lain bertolak jam 5.00 petang melalui Hilir Perak. Mereka tiba pada jam 8.00 mlm, terus ke tempat penginapan Homestay No.46, Tmn Raja Bendahara, Bukit Chandan. Seperti biasa sebelum tidur, semua jentera diperiksa dan diselenggara terlebih dahulu.

    Tepat jam lima (5), ayam telah berkokok untuk mengejutkan mereka yang masih diulit mimpi. Persiapan teliti dilakukan sebelum bertolak ke tempat permulaan. Jamboree kali ini menampilkan kehebatan peserta KSCC menamatkan dan melalui semua kelima-lima check point dengan jayanya. SYABAS!

    http://images.travelpod.com/bin/tripwow/flash/tripwow.swf

    Jamboree Mtb Kuale 2010 Slideshow: IJASSANIS’s trip to Kuala Kangsar, Perak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Kangsar slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

    Kayuhan Kolam Udang

    Tarikh :10 Oktober 2010

    Lokasi : Kolam Udang, Kg Pasir Tuntong, Kuala Selangor

    From Kayuhan Kolam Udang

    Kayuhan KSCC-PUJMAC

    Acara : Lawatan Sambil Berkayuh

    Tarikh : 8 Mei 2010

    Lokasi : Kuala Selangor

    Destinasi : Bukit Malawati-Keramat Tanjung-De Palma-Villa Malawati-Pekan-Telok Piai-Kg Sepakat-Telok Penyamun-Kg Kedah-Kg Kuantan (Kelip-kelip)-Jln Keretapi Lama-Bandar Baru-Kg Baru -Kolam Udang – Tmn Malawati Jaya-Bandar Malawati.

    JELAJAH BERBASIKAL 3 DAERAH

    TARIKH :16,17 MAC 2010

    DESTINASI : KUALA SELANGOR-BATANG BERJUNTAI-SG TENGI-KG SOEHARTO-SG PANJANG-SG HJ DORANI-SG BESAR-SEKINCHAN-TANJONG KARANG-KUALA SELANGOR

    PERSONALIA : AHMAD NASIR , MAT NASIR, MOHAMMAD SAI

    Foto Jelajah Di sini

     

    http://images.travelpod.com/bin/tripwow/flash/tripwow.swf
    Jelajah Berbasikal Siri 1 Slideshow: Ahmad’s trip from Kuala Selangor (near Klang, Selangor, Malaysia) to 3 cities Hulu Selangor (near Genting Highlands, Pahang), Batang Berjuntai (near Subang Jaya) and Sungai Besar (near Sri Kembangan) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

    Previous Older Entries

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.